Rabu, November 11, 2009

Zaman games aku yang meniti senja.

Orang sekarang sukakan Wii, kononlah boleh sihatkan badan. Aku tak ada pengalaman main Wii lagi. Sebab aku rasa aku dah malas nak main game yang memerlukan tumpuan seratus peratus. Aku lebih gemarkan game-game untuk bersantai-santai sambil menunggu perkara yang patut aku buat dengan serius:

Belajar tentang kehidupan.

Craziness G-Ration.
Aku amat hargai masa bermain game. Aku pernah jadi seorang gamers juga.


Mungkin kalau kau lahir sekarang, dah kenal Playstation 3 edisi slim.

Dulu aku main game tape beb!. Yang SEGA yer tu, grafik macam celaka cipan. Itupun siap berebut nak main kat rumah kawan lepas balik kelas mengaji agama. Aku masih ingat tajuk-tajuk game yang popular pada zaman aku:

Macam Street Fighter, Contra, Mario. Kira waktu agak takjub sekali bila Chun Lee buat twist kick kat langit boleh nampak panties warna biru. Aku masih ingat, kali pertama aku pegang game tape, aku pakai Sagat. Aku tekan mana-mana button yang ada, akhirnya aku menang. Beginner luck, orang putih kata.

Main Contra la antara games yang mula menunjukkan aku mula ketagih kat games. Nak main kena sampai menang. Nak tahu bila kita menang, adalah bila watak yang kita main dapat naik helikopter lepas itu pulau musuh pula meletup-letup. Dah kira hebat grafik waktu itu.


Aku pegang PC secara serius pada umur aku 11 tahun. Banyaklah games berasaskan simulation aku main. Aku gila nak buat rumah (SIMS), nak buat bandar (SIMS City), nak buat hospital (Theme Hospital), buat hotel (Hotel Tower). Games-games ini membuatkan aku begitu serius berfikir secara logikal.

Lepas itu aku mula minat bola secara menggila pada usia 12 tahun. Zaman aku main FIFA dan apa sahaja yang berkaitan dengan FIFA. Tiap-tiap tahun aku tunggu FIFA terbaru. Sehinggalah ada apek Cina cakap kat aku, "Lu try la main ini punya game, lagi bagus woo!". CD playstation Winning Eleven. Sejak itu, aku dah tak main FIFA dah.

Satu lagi siri games yang sentiasa evolusi: Need For Speed (NFS). Setiap kali games baru keluar, aku akan habiskan games sampai habis. Inilah games yang banyak makan masa aku. Pernah satu games dari NFS, Most Wanted, aku bertungkus-lumus habiskan dalam masa lebih satu bulan. Akhirnya, aku berjaya juga memiliki kereta BMW M3 Factory Painted: Blue. Ianya lambang yang kau sudah menghabiskan games ini dengan cemerlang sekali.

Aku masih main Winning Eleven (bila ada ajakan, jemputan atau sesi cabar-mencabar). Aku baru berhenti main Need For Speed Shift atas sebab komitmen aku sebagai pelajar (nak main shift kena perlu masa lebih 5 jam sehari tanpa henti). Aku dah lama bersara dari DotA. Sekarang budak-budak DotA dah main HoN pula.

Games yang aku kerap main adalah games Facebook iaitu Mafia Wars dan aplikasi-aplikasi permainan menggunakan minda dalam iPod Touch.



Bermain games adalah perkara yang terpenting dalam hidup aku. Sebab games lah aku menjadi seorang yang ada imiginasi bebas tentang suatu perkara.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

cafiena berkata...

kata kawan ku

tipu!! panties chun lee warna putih

hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...