Isnin, November 09, 2009

Kawan aku yang berjambang lebat.

Aku mempunyai seorang kawan, yang berjambang lebat.

Dan cara kami berkawan adalah agak unik sekali. Yer, aku rasa ianya begitu unik.

Remember HIM (Black & White)
Aku tak suka bermisai tebal. Aku tengok pun geli!


Kali pertama dia berjumpa aku adalah ketika aku tengah mengambil wuduk. Mengambil wuduk di bilik air adalah perkara yang biasa kalau kita berada di persekitaran yang penuh ramai muslim. Kau ambil, aku ambil. Kalau dalam situasi aku, kiranya agak pelik. Di kala cuaca sejuk, tak pasal-pasal kau tengok orang basuh muka, tangan, telinga dan kaki. Kiranya pelik la kan, sebab orang lain tak tahu apa sebenarnya kau sedang buat.

Bulan puasa lalu...seperti biasa aku pergi bilik air. Masa aku ambil wuduk ada orang perhatikan aku.

Dalam hati, aku kata, "Harap-harap jangan tanya lebih sudah,".

Bila aku keluar, aku toleh muka orang yang tenung aku dari tadi. Dia berjambang. Pandangan agak tajam. Aku bilang dia dari area negara India. Ya, betul. Dia dari Bangladesh.

Keesokannya pula, aku menyidai kain pelikat yang aku selalu pakai ketika solat di luar bilik. Basah sebab baru habis dibasuh. Ketika aku menyidai kain pelikat tersebut. Dia tenung aku sekali lagi, seperti renungan ketika aku keluar dari bilik air setelah berwuduk.


Aku rasa, aku tak fikir: Dia seorang muslim juga.

Memang betul.


Setelah beberapa episod usha-mengusha antara satu sama lain, akhirnya dia menjadi orang yang kerap datang ke bilik aku. Pernah juga dia cerita awal-awal tiba disini dia tidak berpuasa, tidak solat sebab tidak tahu mana kiblat, tak tahu apa yang boleh makan disebabkan tulisan palang-palang yang sukar difahami.

Dia tahu aku adalah seorang muslim melalui 2 benda:

1. Gaya aku membasuh muka ketika berwuduk.
2. Aku memakai kain pelikat, mana lazimnya mereka pakai untuk ke masjid.

Dia sekarang dah balik Bangladesh semula. Antara makanan Bangladesh yang pernah dia jamu kat aku dan budak bilik aku adalah sejenis maruku. Maruku itu asalnya budak bilik aku ketagih, lepas itu suruh aku rasa. Dan kami berdua agak ketagih dengan maruku tersebut. Siap habiskan stok maruku dia yang dipos khas dari Bangladesh.


Cuma...

Andaikata dia jumpa aku dalam keadaan aku memakai seluar pendek dan berkata 'syet' bila kain pelikat dari ampaian jatuh. Mungkin dia tak ada fikiran aku adalah seorang muslim.

Akhirnya, kita sedar bahawa dari cara kita menutup aurat dan tingkah laku kita, orang lain boleh tahu macam mana muslimnya kita. Tak semua. Tapi sekadar 'first impression'.

Kebosanan mencipta kelainan

3 ulasan:

MuniMuni berkata...

dan kadg2 betul kata pepatah inggeris.
don't judge a book by its cover.

Judiene berkata...

1st impression is important, xkire kt mne atau dgn sape sje kte b'jmpe
wow, what a nice story..

DandelinoiD berkata...

muni: ada betulnya pada situasi tertentu... ke semua? muwahhaa

judiene: aku rasa x penting...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...