Selasa, November 24, 2009

C Cup, Tinggi dan Loser. (Tajuk lapuk dan bosan)

Benda ni dah lama kecoh pun. Aku pun selalu baca komen orang Korea kat Youtube, nak tahu gak pandangan mereka macam mana. Ha, baru kau tahu. Gadis-gadis sama bangsa kau mempunyai citarasa yang tinggi terhadap lelaki.

Lelaki pendek, OUT!!!.

"It's Me, A-Ma-Re!"

Lelaki ini baik, berharta, charming, hensem tapi pendek. Loser gak?


Semalam, aku ikut kelab (aku pun tak ingat nama apa). Tapi, kelab yang ditubuhkan untuk orang-orang yang rasa segan silu hendak berbahasa lain, terutama Inggeris. Aku ikut kelab ini, sebab nak cari lebih ramai 'social networking'. Pelajar yang join, bukan saja dari bangunan yang sama. Ada yang datang dari bahagian Kejururawatan (jururawat=lawa kan?), budak-budak bisnes, pelajar bahasa Sepanyol atau Jepun dan sebagainya.

Kiranya, agak bersimpang siur.

Lagi satu aku ikut serta, aku nak mantapkan bahasa Korea aku. Banyak gak vocabulary yang budak remaja pakai aku tak tahu. Biasanya, aku faham vocab seharian, macam makan, minum, tidur. Biasa. Nak juga belajar mencarut bahasa lain yang jarang keluar kat drama-drama.


Untuk maklumat lanjut, pasal lelaki loser ni.



OK, semalam tiada golongan wanita yang ikut serta. Dan juga, semalam kami buka topik pasal 'A man below 180 cm, is a Loser!'. Walaupun aku agak macam tajuk ini dah hambar (sebab selalu sangat baca komen orang dalam Youtube), nak tak nak dengarlah juga. Akhirnya, aku dapat dengar komen yang paling best!

"...Pertama kali dengar dia cakap lelaki pendek adalah 'loser', memang nak lempang saja muka wanita itu. Saya mengaku yang saya loser. OK. Tapi, saya tengok balik rancangan itu. Saya usha dada dia (dia menggunakan 'woman chest', tapi dibetulkan agar lebih menarik, boobs atau breast). Saya tengok dada dia, bukanlah saiz C Cup pun. Saya anggap dia loser, sebab buah dada dia bukan saiz C Cup. Dia loser, saya loser. Kiranya ada keadilan disitu..."

Selepas dia habis cakap, dia mendapat tepukan gemuruh dari lelaki-lelaki Korea yang lain.

Cakap dia memang betul. Wanita nak lelaki yang mempunyai ketinggian. Lagipun, rancangan itu bertanyakan tentang pendapat wanita tentang lelaki impian. Mungkin, sepatutnya sebagai tindakan reaksi balas, maka perlu juga diwujudkan rancangan bertanyakan tentang pendapat lelaki terhadap wanita.

...mungkin, kalau aku akan cadangkan nama budak yang sama kelab dengan aku ni. Dia patut cakap depan TV...

"Perempuan yang bukan saiz C Cup, dia loser."


Lelaki Korea kononnya tercabar sebab di panggil loser. Kamonlah, itu hanya pendapat mereka saja. Kamu pun boleh buat penyataan berani begitu kalau nak populariti murahan.

PS: Lelaki yang bagi komen tadi, minat Han Ga In yang sudah lama berkahwin. Sebab apa? Dia suka wanita yang mempunyai saiz buah dada...C!

Kebosanan mencipta kelainan.

9 ulasan:

jumari jipan berkata...

sapekah lelaki itu? mcm saiful apek jew..

Aku tergolong dlm lelaki pendek gak. mknenye xde can dpt gadis korea la erk? xpe, gadis melayu kan ramai,

Sape bilang gadis melayu x menarik?. ni yg nk marah nih. dont ever f***king judge a book by its cover. haa..

wani berkata...

aku rasa setiap ciptaan tu seni..
setiap ciptaan tu ada hikmah..
setiap inci ciptaan yang diciptakan ada sebab..

kalau aku pun nak lelaki tinggi..
at least tinggi dari aku sebab selesa kot..
tapi takde ah cakap lelaki yang lagi rendah dari aku adalah loser..
keke..

nicolas sarkozy contohnya..
cuak kot bini lagi tinggi..
seboleh2 nak bagi kasut dia tinggi..
tapi aku tak rasa dia loser..

pasal cup c..
scha alyahya cun tapi bukan dari golongan cup c..
rilek je fahrin sayang dia..
dan aku tak rasa scha tu loser..

aku rasa kan ni isu pendapat individu tapi telah disimpulkan menjadi pendapat berkumpulan..
err..
paham tak?

ek eh..
terpanjang pulek..
kiki~

jijie berkata...

huyooo...
kalo tinggi bawah 180cm da dianggap loser, maksudnya ramai la lelaki di malaysia ni loser.
dan kalau pmpuan bukan ber'cup' C adalah loser, mostly perempuan di malaysia ni loser la yek... hurmmmm....isu global ni..

fallenchonsa berkata...

aku rase gempak ape laki pendek dapat makwe lagi tinggi dari die.

Judiene berkata...

ssh kalo ketinggian yg dipandang oleh pompuan, dan saiz boobs yg di'usha; oleh lelaki

p/s ~ buat2 baik..hahaha!!

DandelinoiD berkata...

jumari: saiful apek rupa je, tp suara mcm faizal tahir beb!

chocolatte: biasa la, bakal lawyer kena ckp berjela-jela... leh praktis kan sini...sila2

jijie: malaysia terasa gak ke benda alah ni?

judiene: kah kah...kau nak C cup gak ke?

DandelinoiD berkata...

fallenchonsa: dah ko pendek, awek ko lebih kurang...mana ko tak rasa gempak. akakakka....such a honor bg komen kat blog aku! tada!

Sharina berkata...

komen terbaik yg didengar setakat ni hahaha~!

happycloud berkata...

yg kesiannye dekat eunhyuk dengan eeteuk yang sah sah ade dalam rancangan tu T_T

HAHAHAHA,tapi kalau kat Malaysia,mana lah sampai 180.susah lah nak carik.HAHAHA.so,tak kisah la tinggi mana atau rendah mana pun,kita patut bersyukur :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...