Khamis, November 19, 2009

9 nafsu, 1 akal. 9 akal, 1 nafsu. 9 emosi, 1 akal?

[Beberapa minggu yang lepas...]

Semua orang dah tahu, lelaki ada satu nafsu ada 9 akal. Dan terbaliklah kisahnya bila untuk perempuan. 9 nafsu, dan 1 akal.

Angkanya antara 9 dan 1. Tapi huraiannya panjang. Ada pendapat itu hanya sebagai metafora nombor. 9 itu banyak dan 1 itu sikit. Tapi kenapa 9, bukan 10, 100 atau seribu? Itu pandai-pandai pikir sendiri, bukan?

AT07-Darling Park, Sydney.
Gambar lama dalam komputer lama. Nak buang dah ni.


Ini telah menjadi perbincangan antara 2 lelaki yang statusnya hanya pelajar kejuruteraan, bukan mengambil psikologi mahupun mempunyai cita-cita hendak menjadi pakar sakit puan. Dan kedua-dua mempunyai masalah yang bakal dihadapi bila memikirkan alam perkahwinan: menemani isteri ketika bersalin.

Ini akibat menonton filem 'Knocked Up'. Tengoklah, samada kau dah bersedia belum untuk menemani bini kau meraung kesakitan bersalin.

Huraian 9 nafsu dan 1 akal oleh kami mungkin agak pelik untuk di tulis dalam artikel-artikel majalah seperti Dara.com, atau Wanita, Perempuan dan macam-macam lagi. Adakala baiknya hanya disini.

Merujuk 9 nafsu, kiranya nafsu ini ada kaitan dengan emosi/perasaan. Kalau secara tepat nak menunjukkan nafsu adalah nafsu, agak macam boleh menimbulkan kesangsian. Dulu aku ingat bila aku dengar ayat 9 nafsu 1 akal, secara automatis kaum wanita dahagakan seks gila-gila. Maka, nak merungkai salah faham dalam otak aku, aku ambil keputusan 9 emosi dan 1 akal. Ok tak? Kalau tak setuju, peduli apa.

Hasil-hasil borak-borak kosong:

Kami memang setuju perempuan ini mempunyai 9 emosi (kalau nak sangat ayat nafsu, tukar je lah). Sebab apa? Perempuan ini kena faham-fahamlah. Mereka ini makhluk yang suka ambil berat pasal orang lain. Sebab itu masa kerja melukis lakaran skru pun boleh fikir kenapa Robert Pattison hensem sangat. Berlainan dengan lelaki, bila kerja: senyap. Senyap, tak faham baru tanya. Kalau tanya, mungkin itu simbol lemah. Sebab itu bila lelaki bertanya benda yang tidak tahu, dia bernada senyap. Perhatikan je dalam kelas.

Pemikiran logik dan fikir memang aku akui itu sinonim dengan lelaki. Sebab banyak kali aku berhadapan dengan situasi mengenai kejuruteraan (banyak melibatkan pemikiran logik), memang agak fed-up bila ada perempuan dalam satu kumpulan. Mesti pernah dengar satu fakta, kebiasaannya perempuan tak boleh membaca pelan 2 dimensi?

Kenapa peta-peta seperti peta perjalanan ke Myeong Dong atau Bandaraya Kuala Lumpur ada lukisan bangunan-bangunan yang begitu comel dan berwarna-warni. Ini diciptakan khas untuk kaum perempuan!

Lelaki pun sama sahaja. Sebab perkataan nafsu dalam '9 akal, 1 nafsu'. Rasanya tak payahlah ubah. Sebab itu memang betul-betul adalah nafsu. Mereka ini kaum yang tak fikir banyak dalam perkara berkaitan dengan emosi. Dan nafsu itu berkaitan dengan nafsu yang kamu tahu apa maknanya.

Cara nak bunuh lelaki dengan senang adalah melintaskan perempuan bogel didepan mata. Dalam 3 saat, kamu boleh tusuk pisau pada mana-mana bahagian badan lelaki tersebut.


Aku pun tak faham apa aku tulis. Yelah kan, dah namanya pun sembang rambang.

Pokoknya, aku mahu katakan:


Exam memang tak best!

PS: Perbualan ini berlaku dalam minggu peperiksaan.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

jumari jipan berkata...

Dodd Amer (jumari jipan ) like this. ;-)

Lelaki ada satu nafsu dan ada 9 akal. . Tapi yg satu tu yg susah nk kawal tu. hhaha.

George M. berkata...

Aku setuju dengan quote ko tentang cara nak bunuh lelaki tu.
haha.
true2.men will fall when a hot chick comes around.;D
n he'll be worse if that chick is nude.
haha.

Judiene berkata...

aku ske cara membunuh lelaki tu
tp cne kalo nafsu laki tu bkn pd pompuan?
adakah dia akan buat2 terangsang melihat nude chick??
hahahahaaa~~

zach berkata...

tahniah! dlm minggu peperiksaan juga entri anda ini terasa sgt best.pdhl dh biase dgr...

haha.x tau npe

shiitake berkata...

sgt suka entri ini. adakah sbb tidak dimulakan dgn perkataan seks tetapi diakhiri dgn bauran isu yg sama?. ntah.

adakah ini cara mengalihkn tumpuan drpd xm? ala² bernas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...