Khamis, Oktober 08, 2009

Zaman aku memakai kaset.

Bapak aku melarang aku mempunyai pemain kaset yang boleh dibawa kemana-mana. Aku masih tak tahu sebabnya kenapa, tapi pelik pula aku dibenarkan membawa pemain kaset yang stereo besar gila-babeng (kotak hitam besar-besar itu) masuk ke dalam bilik. Masa aku balik Malaysia cuti musim sejuk lalu, ianya sudah menjadi bahan pameran muzium.

Sedey, habis madu sepah dibuang. Sekarang bukan zaman kaset lagi (masih ada juga menyimpan kaset lagi, kan?)

Habis Madu Sepah di Buang.


Duit saku aku dapat dulu bukan macam sekarang. Kiranya, kalau aku membeli sesuatu kaset itu mesti kaset itu adalah tahap yang aku minat giler. Banyak kaset aku dah rosak, Faham-fahamlah, kaset beb!. Sekali kau cabut tape, kira dah musnah lah kaset kau tu.

Inilah sebahagian kaset-kaset yang pernah aku miliki. Ada yang beli (B) atau rembat (R) atau hadiah (H).

1. Nirvana Unplugged in New York (R).
Ni aku main ambik dari bilik bujang pak cik kat kampung. Dalam koleksi zaman remaja dia, ada Nico, ada 4U2C, ada Backstreet Boy. Kiranya taste dia mungkin pada band ala-ala boy (boy band). Aku selalu usha kat dalam kotak kasut dia (dia simpan kaset dalam kotak kasut tak nak kena pukul dengan nenek aku, kot). Aku rasa macam nak layan, ketika itu aku baru tingkatan 2. Zaman grunge lagi rasanya. Kira oklah, aku dapat dengar versi unplugged dari Nirvana,

2. ReLoad oleh Metallica. (mungkin R)
Paling misteri, ini ada ketika mak aku mengemas rak dapur (dah uzur rak itu). Mak aku selamba membuang kaset ReLoad ke dalam plastik hitam. Aku korek balik, sebab aku begitu kurius dengan nama Metallica. Aku dengar beberapa lagu, sangatlah bingit. Lagi pun telinga aku ketika darjah 5 mana ada nak layan heavy metal. Selepas beberapa tahun, bapak aku menegur adik dia mendengar Metallica. Dari situ aku sangsi dengan citarasa muzik bapak aku. Siapa punya kaset Metallica tersebut? Aku rasa bapak aku, sebab dia ada gambar berambut panjang ala-ala metal.

3. Syair Timur oleh Ramli Sarip. (mungkin R)
Mudah aku nak katakan. Tadi aku dah kata bapak aku berambut panjang ketika muda. Mungkin zaman muda meminati Sweet Charity, dan terbawa ke zaman sekarang: meminati Ramli Sarip. Aku siap hafal beberapa lagu dari kaset ini.

4. Hybrid Theory oleh Linkin Park (B)
Ini pengaruh rakan sebaya. Selalu keluar iklan 'Mari Membeli Kaset' selepas tayangan WWE tengah malam. Banyak kali aku dengar lagu Crawling meraung tengah-tengah malam. Balik asrama pula, ada kawan aku tak pasal-pasal rapping lagu 'In The End' depan aku. Bila aku pergi kelas pula, kat atas meja dia penuh dengan lirik lagu Papercut. Aku pergi kedai kaset di bandar, aku tanya: "Apa album best sekarang?". Auntie pakai seluar pendek kata, "Ramai budak macam u layan ini album woo" sambil tunjuk kaset ini.

5. Reanimation oleh Linkin Park dan rakan-rakan. (H)
Ini hadiah paling bermakna kot. Kawan aku yang bagi ni memang alim, betul-betul alim. Selalu pergi solat imam pertama takbir pertama (aku banyak kali masbuk). Aku selalu tolong dia masa belajar kot sebab itu dia hadiahkan aku kaset ini. Aku selalu keluar ke bandar bila duduk asrama pun, tapi dia bukan orang begitu. Ada suatu hari, dia beria-ia ajak aku pergi kedai kaset dalam Great Wall Klang (dah terbakar pun, sudah digantikan dengan stesen bas baru). Dia tanya, kalau ada duit kau nak beli album mana satu. Aku tunjuk Reanimation. Dia ambil, bayarkan untuk aku. RM19.90. Wow.

6. Power Of Love oleh pelbagai artis. (B)
Aku beli bukan aku nak bagi kat mana-mana awek. Aku beli untuk diri sendiri. Mulanya aku lepak rumah pakcik aku, setiap kali nak tidur dia pasang album ni. Macam kau diseru untuk tidur bila dengan lagu-lagu dalam ni. Aku beli kaset ini: sebagai ubat tidur hujung minggu.

7. Meteora oleh Linkin Park. (B)
Aku beli hari pertama album ini dikeluarkan!. Aku akui aku peminat LP. Disebabkan aku beli pada hari pertama, aku dapat memiliki poster gedabak gila-gampang. Terlalu besar. Disebabkan besar sangat, sudah pasti mak aku melarang menggantungnya dalam bilik. Oleh itu, aku menyorokkan poster ini bersama koleksi gambar-gambar tanah suci Mekah yang dimiliki oleh bapak aku setelah pulang dari umrah. Syooot. Sampai sekarang masih ada lagi.

8. Satellite oleh P.O.D (H)
Hadiah dari kawan aku yang pindah dari sekolah atas sebab tak diketahui. Terharu gila dapat album ini dari betul-betul orang yang minat P.O.D, Aku hanya minat beberapa lagu sahaja.

9. (tak hengat nama album) oleh A.C.A.B. (R)
Kawan aku gila pakai seluar ketat nak sehinggakan terbonjol kemaluan ke depan. Katanya, inilah skinhead!. Masa ini aku mampu memiliki pemain kaset kecil. Dia ada kaset tapi tak ada pemain kaset. Kiranya dia selalu pinjam bila waktu prep. Bila aku ambil balik pemain kaset aku, ada kaset ini dan jadi harta aku kot lepas itu.

10. Pendekar 5 oleh pelbagai artis (B).
Beli satu dapat 4 kaset. Wow. Barisan lagenda rock-rock tanah melayu. Kamu boleh gelarkan genre ini Rock Kapak. Genre Rock Kapak jangan kau kutuk. Sedayu-dayunya Rock Kapak, inilah muzik yang meruntun jiwa zaman mak ayah kita. Aku beli ini sebelum aku terbang ke Korea. Lepas itu ada orang pinjam, dan dia pulangkan masa aku kat Korea. Masa dia pulang, aku sudah memiliki iPod. Apa guna kaset ini? (Zul, kari kau dan sambal tempe kau best!)


Sentimental bukan pada rupa kadangkala, tapi pada waktu mereka berada bersama kita.

Selebihnya, aku banyak dengar radio.



Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

sa_ya S A I D A H berkata...

walkman ko sama dengan walkman aku time kat muar dl..beli guna duit raya..haha..sekarang ntah mana peginya..kaset yg beli byk2 pun dh hilang..hehe..

DandelinoiD berkata...

kalau simpan kaset tu...mesti leh jual beribu ringgit lepas 50 tahun kan?

Ries Lee berkata...

aku pun byk kaset gak..
ader lagi sampai skrg...
ader 3 album Creed, 2 album Incubus, 2 RHCP dengan album2 kompilasi...
pakcik ko mcm aku...
simpan kaset dlm kotak kasut...
kotak kasut tu elok lagi smpai skrg..
hahahaha!

Tanpa Nama berkata...

beli walkman zaman belajar. benda ter-paling-mahal pernah aku beli. masih simpan. dalam kotak kasut. bersama kaset² lama itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...