Selasa, Oktober 06, 2009

Lelaki & Wanita, Dulu & Sekarang.

Kenapa kebanyakan lelaki ada mempunyai kelab bola sepak atau sukan diminati? Ini aku buka sikit apa yang aku faham tentang benda ini.

Mulanya, aku minta jangan membuat tuduhan aku ni racist pada kaum wanita. Tidak. Baca dengan hati yang terbuka.



Glory United [01]

Gambar ini sekadar nak hilangkan bosan.



Lelaki sebenarnya sama saja dari dulu. Aku tak nak merujuk kepada rupa organ seks, tapi dari segi mentaliti itu sendiri. Sampai sekarang, asas-asas yang menunjukkan kaum lelaki adalah lelaki masih ada. Salah satunya kaum hawa selalu kata, "Lelaki itu ego".

Dulu-dulu (zaman memakai cawat mungkin), lelaki ini pergi memburu binatang macam rusa, pergi memancing, pergi kejar beruk yang curi tanaman atau memanjat pokok kelapa. Zaman dulu, tugas lelaki ini lebih jelas dan terfokus: mencari nafkah dan membela keluarga. Kaum lelaki menjaga kebajikan keluarga samada dari diserang beruang atau harimau belang. Macam-macamlah mereka buat, atas sebab sayangkan keluarga. Lelaki-lelaki dulu juga mungkin ada peristiwa dikejar dinosour, nak selamatkan diri.

Awal tahun 1990-an pula, lelaki keluar pergi memburu burung pula. Tak burung, pelanduk dalam hutan. Mereka pulang bawa hasil, lepas itu mereka tidur. Kalau tidak pun, mereka pergi mencucuk tanam. Mereka pergi mengerjakan tanah-tanah, siram air, campak baja dan cantas mana-mana bahagian pokok yang ada cacatnya.

Perkara utama disini: Kehidupan lelaki dulu-dulu kiranya ada matlamat. Bertindak sebagai ketua keluarga. Menjadi pencari nafkah untuk keluarga.





Untuk wanita pula...

Dulu-dulu, wanita pun lebih terfokus tugasnya. Orang dulu macam dah terima idea 'wanita kena duduk dapur'. Wanita juga main peranan sebagai pelindung kedua apabila lelaki dia keluar memburu dinosour ketika itu. Wanita juga yang membahagikan sumber makanan terhad yang diperoleh dengan sama rata serta adil.

Awal 90-an juga menyaksikan wujudnya kaum surirumah. Ketika itu, apabila mereka sudah berkahwin, mereka terpaksa melupakan kerjaya mereka. Kaum wanita ketika itu biasanya ada didapur, basuh baju, susukan anak dan buat kek untuk santapan minum petang. Zaman itu juga zaman survival. Lelaki ketika itu memandang wanita yang pandai buat kerja adalah contoh isteri yang baik. Atas sebab itu, wanita ketika itu memilih untuk berhenti kerja berbanding meneruskan kerjaya.


Glory United [02]

Ini pun sebagai hiasan juga


Sekarang kita di zaman moden...

Lelaki dan wanita tak seperti dulu. Dulu seperti ada batasan yang tak nampak dilihat. Mentaliti guru untuk wanita, jurutera untuk lelaki, pemandu bas untuk lelaki atau setiausaha adalah wanita adalah salah sekarang. Kaum lelaki dan kaum wanita boleh bergerak bebas sekarang.

Sebab itu ada liga bola sepak tempatan khusus untuk wanita. Atas keterbukaan ini juga, ramai lelaki menjadi chef atau pereka pakaian dalam wanita. Sekarang siapa kata, kaum wanita kena duduk rumah, mesti dicop kolot. Aku pun cakap orang itu kolot. Sekarang zaman lebih mencabar. Lelaki bekerjaya sudah biasa mengahwini wanita bekerjaya. Itu bukan isu sebenar aku nak cakap.

Apa yang aku nak cakap ialah, kenapa lelaki sekarang sekurang-kurang ada minat 1 sukan apa-apa. Sebabnya adalah ini.

Dulu, lelaki balik calar-balar kena kejar beruang. Tapi mereka pulang senyum mendakap bini, bawa kepala beruang gantung dirumah. Sekarang, bukan zaman kejar dinosour. Kalau bekerja makan gaji, duduk dalam air-cond, minum kopi sambil tekan-tekan butang papan kekunci, tenung-tenung dokumen atas meja. Lainkan perasaan duduk pejabat dengan perasaan mengejar dan dikejar dinosour?

Sebab itu, lelaki adalah begitu excited sekali bila tengok bola. Aku pun amat excited bila tengok apa-apa sukan, janji sukan itu menarik aku layan je. Tak kisahlah, aku jerit pun jerit juga sampai hilang suara. Ini juga sebab kenapa lelaki lepas kena kejar anjing (tanpa anjing mengigit apa-apa bahagian tubuh badan), mereka gelak sekuat hati. Sebab mereka puas, kot.

Aku pernah kena kejar anjing, tapi aku gelak gila-gila lepas itu.
Aku lari-lari dalam hujan kejar timing makan, kaki aku luka berbirat tapi aku gelak besar lepas itu.
Aku juga pernah terjun sungai, badan aku merah-merah sebab salah terjun. Aku rasa nak buat lagi lepas itu.

Aku teringat isi kandungan buku ini bila 4 hari lepas aku tengok seorang perempuan lawa memakai jersi bola sepak.

Sumber: Why Men Don't Listen.

Kebosanan mencipta kelainan.


8 ulasan:

firdausMohamad berkata...

impressive!!!

tapi kadang2 lelaki tgk bola sebab nak lepas tensen dgn pompuan...

hehehe! :P

IMCurtain berkata...

Hello all,

We would like to invite you to promote your blog on our blogosphere. It has similar functions as Innit and Digg. Totally free! (Click on the 'Tutorial' button if you're not sure how to do it)

Join now: Malaysian Blogger [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

nizam baharin berkata...

adib entry ni terbaik...! salute kau weh :)

DandelinoiD berkata...

firdaus: tu pun salah satu sebab gak...sbb tension exam ak tgk bola gak...

nizam: tima kaseh...

itafukada berkata...

haha..impressive..
ade btolnyer..
tp kdg2 laki ni kalo minat sukan sbb nak tunjuk lagak je pd pompuan.kunun2 macho la tu.huhu..

k.A berkata...

aku tgk badminton je yg aku menjerit.hahaha. tapi still pompuan akan gunakan ayat 'ala,i kan pompuan,lemah.' untuk memanipulasi sesetengah lelaki.

DandelinoiD berkata...

itafukada: mmg ada laki camtu...selalunya dia adalah manusia yg begitu annoying sekali dlm team...

k.A: huha...setiap org ada alasan utk berbuat sesuatu bukan?

Sharina berkata...

ketahuilah bahawasanya saya adalah pengikut blog anda no 1.
Post kali ini sgt menarik.terbaik betul hehe.keep up the good work!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...