Selasa, Oktober 06, 2009

Ngah, untuk peminat Twilight.

Bila orang tanya aku, samada aku peminat Jacob atau Edward, aku akan jawab "tak suka kedua-duanya,". Mereka kedua-duanya adalah lelaki, aku tak ada sebab nak suka mereka. Tapi kenapa aku masih minat Twilight Saga Series?

Sebab, ianya ada Vampire dan Werewolf.

Aku sukakan filem Underworld, Interview with Vampire dan macam-macam lagi yang ada aksi vampire dan werewolf. Keduanya makhluk fantasi yang super kool untuk digandingkan bersama-sama: berlakon bersama-sama samada gaduh sesama sendiri atau menjadi satu pasukan. Macam dalam Twilight Saga ni, ada bahagian mereka menentang sesama sendiri dan ada bekerja dalam satu pasukan.

Tapi, versi filem mungkin aku agak berat nak keluarkan duit menonton wayang sambil makan pop-corn caramel. Peminat Twilight adalah ramai, kebanyakan daripada mereka adalah golongan wanita. Kalau aku buat review, "Versi filem sungguh suck!". Mungkin lepas ini akan ada kata:

"Edward lebih kacak dari kau la"
Ya, memang aku tak kacak dan romantik seperti Edward Cullen.

"Kau tak tough macam Jacob!"
Ya, aku memang tak memiliki badan sasa pun.

Apa yang aku bakal perkatakan tentang Twilight Saga, pasti dapat menarik kaum hawa untuk membaca (kalau yang baik-baik akan dipuji, mungkin). Ketahuilah, kebanyakan lelaki agak berat hendak diajak ke panggung untuk menonton filem ini dan seterusnya. Banyak sebab untuk lelaki tak nak tengok cerita ini. Kalau ada pun, mereka dipaksa oleh awek/bini/tunang/isteri supaya meluangkan masa bersama menonton cerita ini. Aku tak sengaja membaca benda ini, sebab dah jadi common sense.

Acapkali, aku dibilang "Gay gile, baca Twilight!".


Breaking Dawn by Stephanie Mayer.


Ini adalah buku terakhir Twilight Saga: Breaking Dawn. Aku habiskan ketika cuti musim panas yang lepas.

Buku ini membuatkan aku nerbes untuk menunggu pertarungan antara vampire dan vampire. Dimana salah satu kumpulan vampire dapat pertolongan dari werewolf. Wow. Awal buku agak bosan dengan kes vampire terpancut air mani ke dalam faraj manusia. Lepas tu faham-fahamlah, perut Bella membesar menjadi luar biasa. Sehinggalah anak itu dilahirkan.

Tapi, memang betul mengecewakan. Aksi pertarungan yang besar tidak berlaku sama sekali. Aku mahu ada salah satu watak vampire kena tikam dengan vampire lain atau digigit oleh werewolf. Tapi, tiada!

Itu yang mengecewakan pasal Twilight Saga ni. Buku Twilight (yang pertama), New Moon dan Eclipse masih seronok untuk dibaca. Nak layan kat wayang pun boleh. Tunggu erk, 20 haribulan 11.

Dem, aku masih kecewa sampai sekarang dengan ending Twilight Saga.

Kebosanan mencipta kelainan.

6 ulasan:

Ries Lee berkata...

aku x minat Twilight...
walaupun aku mmg minat betul cter2 vampire ni...
tp aku minat drama siri True Blood...
ader gak vampire dgn manusia yg boleh bertukar rupa...
tp ni lagi ganas la...
sekarang dah season 2....

jijie berkata...

pendapat ikhlas...
semasa menghabiskan baca twilight saga, rasa2nye buku kedua dan seterusnya jalan cerita semakin mengarut. dan semakin tak menarik hati.. tetapi entah mengapa saya dengan penuh tawaduk dan cekalnye meneruskan pembacaan tersebut....

apa2hal pun masih menunggu versi filem. mungkin lagi menarik... =)

~chocolatte87~ berkata...

true blOod?
ek ehhh..
macam penah dengar..

dulu masa zaman muda remaja alam persekolahan kat tv2 ada gak cite pasal vampire2 ni..
siap dia kawen dapat anak woo..
tapi da tak ingat tajuk ceritanya..
huhu~

DandelinoiD berkata...

ries lee: huhu...ak ngah kurgkan addict ak pada drama bersiri... tp nice suggestion ko, mana tau ak bosan nnt...

jijie: betol2. mcm hilang sesuatu pada buku last....

choc: byk gak...tp time tu msh takut2 nk tgk malam2....

Ries Lee berkata...

tgk la True Blood....
berbaloi punyer...
housemate aku jd addict plak tgk cter tu lps abis tgk cter Prison Break...

Tanpa Nama berkata...

aku minat jugak twilight dan jugak True Blood. tapi yg aku dgr2 sookie kahwin ngn eric northman.....bukan bill!! (frust tul..) but aku prefer suka werewolf...:)

-she_wolf-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...