Rabu, Oktober 21, 2009

Jualan rokok meningkat ketika musim peperiksaan.

Aku selalu perhatikan bangunan sebelah. Bukan yang sebelah asrama perempuan tapi lelaki.

Aku selalu perhatikan perjalanan manusia di tangga kecemasan. Biasalah kan, dimana-mana kawasan (atau port) yang sunyi dan berangin adalah kawasan strategik untuk menghisap rokok. Tapi tak tahu kenapa zaman sekolah, ramai kawan aku memilih tandas sebagai kawasan merokok yang tetap. Nak kata berangin, tidaklah pula.

Nerd Mode.

Sebenarnya, boleh lagi bersepah dari gambar ini.


Pada awal semester, biasalah. Tak banyak kerja, tiada kuiz atau laporan yang perlu ditulis. Kekerapan perokok-perokok yang merokok di tangga kecemasan adalah kurang. Dalam satu masa, dari tingkat 2 sampai 8 mungkin ada dalam seorang atau berdua (sebagai peneman, barangkali). Kiranya, tak ramai.

Senario percambahan bilangan perokok di tangga kecemasan bertambah apabila menghampiri peperiksaan pertengahan semester. Itu aku cuba buat hipotesis.

Sekarang aku berada dalam minggu tersebut: minggu peperiksaan.

Ya. Setiap malam, setiap aras tingkat, mesti ada orang tengah menghisap rokok.

Berdasarkan pengalaman lepas, memang rokok menghilang tekanan. Kamu tentu tahu apa kandungan dalam rokok. Salah satu adalah kafein yang banyak. Untuk berjaga malam.

Oleh itu, kalau kita tafsirkan ke dalam konteks yang lebih besar banyak sangkut paut yang dapat dilihat.

Contohnya, kronologi aku cipta dengan bangang:

1. Seperti tajuk di atas, bilangan kotak rokok yang dijual bertambah.
2. Pendapatan peniaga kedai di kaki lima juga bertambah.
3. Syarikat pengeluaran rokok akan bertambah. Mereka boleh salurkan untuk mencipta kotak rokok yang baru, sebab itu munculnya 'Marlboro Special Summer Edition'. Contoh.
4. Hasil pendapatan syarikat, akan dicukai. Cukai akan dikutip oleh kerajaan.
5. Kerajaan akan menyalurkan untuk pembangunan negara.
6. Rakyat akan rasa bersyukur dapat hidup dalam negara membangun (atau maju).
7. Tertubuhnya sistem pendidikan yang mantap (sumbangan kerajaan).
8. Ramai rakyat akan berebut nak masuk pusat pengajian tinggi.
9. Akhirnya, muncul sistem peperiksaan untuk menapis dan menilai setiap rakyat.
10. Sebilangan rakyat (pelajar), akan bersusah payah nak belajar.
11. Ada sebahagian pelajar pula mengambil inisiatif untuk jaga malam.
12. Berlakunya tekanan belajar (atau kerja) disitu.
13. Pelajar tadi membeli rokok.
14. Rokok dihisap di tangga kecemasan.
15. Aku lihat mereka hisap rokok disitu, hampir setiap hari.
16. Aku rasa nak tulis dalam blog.
17. Ada orang sudi nak baca blog.
18. Rasa nak komen, komen. Atau jadi silent reader.
19. Pangkah program layaran internet kamu.
20. Menyesal, aku tak studi lagi untuk subjek esok.
21. Perokok pula menyalakan rokok. "Rilek dulu jap"


Kamu boleh sambung lagi...








Tanniah. Kamu sudah habis membaca sampai habis.

PS: Peperiksaan juga meningkatkan penjualan rameyon.

Kebosanan mencipta kelainan.

9 ulasan:

jumari jipan berkata...

x penah merokok & x akan merokok. why pay 4 your own death?. I would never marry a woman that smokes!!! Haha.

Zulkhairi Azam K-e berkata...

aku xsabar nk tggu "Marlboro Sirhom Special Edition"

Tanpa Nama berkata...

Rokok dengan shisha apa beza?

Kalam Hitam berkata...

rameyon tu macam maggi kan? betul?

anyway, kamu pakai dslr apa ya? gambar cantik! crispy!

wani berkata...

haish..
ni musti laki aku ada jadi penyumbang kepada peratusan perokok2 musim peperiksaan~

DandelinoiD berkata...

jumari: apa kata kau mencuba?

zulkhairi: wow, dah propose kat marlboro? keke...

kersani: a ah, mcm maggi. lagi sedap dari maggi dan lebih kenyang dari maggi... pakai dslr d80 tp dah lama x berfungsi.

choclate: laki kau memang perokok tegar...dealer rokok malaysia lak tu.

munimuni: nanti aku wat entri khas utk soalan kau tu...

wani berkata...

haishhhh..
rasa nak mencarut dalam bahasa korea pon ada ni..
keke~

DandelinoiD berkata...

rilek2 sudey...

jumari jipan berkata...

TAK NAK! Never.
smoking is a sin.....for me. pardon me for the smokers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...