Isnin, Oktober 19, 2009

Apabila pagi tiada matahari.

"Silau yer"

Aku tarik selimut tebal. Tak boleh juga. Cahaya matahari masih kuat menuju ke arah muka aku.

Aku tekup muka aku dengan bantal. Tak boleh juga.

Aku bangun, tengok dinding. "Exam Internal Combustion Engine: 6PM".


AT07-Albert Park, Melbourne.

Albert Park, Melbourne.




Tempat tidur adalah konsiderasi yang perlu diutamakan dimana-mana kita berada.

Tempat tidur pertama aku di Korea adalah Oryu Dong. Masa itu port aku tidur jauh dari tingkap. Kiranya aku boleh menikmati tidur yang panjang diwaktu pagi. Terlajak sikit, tengahari.

Tempat tidur aku kedua adalah berhampiran taman Gecheok yang berada di mukim Gecheok 2. Matahari tak akan menyilau kerana ada bangunan tinggi disebelahnya. Tapi aku masih bangun tidak melebihi tengahari. Atas sebab, anjing jiran sebelah akan menyalak. Peranannya mungkin seperti ayam di kampung?

Tempat tidur aku ketiga pula adalah rumah di bawah tanah. Ini memang tak akan jumpa matahari. Edisi tidur yang terbabas ke episod matahari tegak sentiasa kerap berlaku. Kadangkala juga, aku tidur di rumah kawan sebelah kolej. Disini lagi bahaya, seperti masuk gua. Tak tahu bila sudah tengahari, malam, atau petang.

Tempat tidur sekarang.

Ulsan beb. Tak ada bangunan tinggi. Matahari begitu cerah sekali memancar dikala pagi.

Kedudukan geografi Ulsan itu sendiri yang hampir kepada Busan menyebabkan sinar matahari yang begitu terik memancar dikala pagi.



Aku tak salahkan matahari kerana menggangu kitaran tidur. Tapi diri sendiri yang malas nak buka buku.

Kebosanan mencipta kelainan.

7 ulasan:

Ries Lee berkata...

tempat tido aku macam gua...
tak kan sedar terbit fajar atau terbenamnya matahari...
hahaha...

kersani berkata...

aku rasa kau buat entri ni sambil tidur ni... :P

k.A berkata...

haha
sama la beb
rumah aku kat jakarta tu mcm dok dlm gua
kena bukak lampu walaupun siang
bgn2 ingat awal lg sebab gelap rupanya dah tgh hari.

MuniMuni berkata...

hi, :)
kalau boleh buat marathon tdur sure best.

DandelinoiD berkata...

ries: leh tukar tmpt tido ngan aku...aku suka gelap2
kersani: hahaha....gitu. lepas 10 minit bgn tidur..
k.A: penting bilik gelap bila cuti wey
muni muni: hi! nk join marathon ujung minggu ni?

MuniMuni berkata...

owner blog: sure,but NOT! haha. Series of exams tgh tunggu nak di bombing. ;)

bilqis berkata...

i like that,
"kebosanan mencipta kelainan"
(:
somoga lancar dgn exam week!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...