Isnin, Oktober 26, 2009

Berlari laju di koridor.

Suatu malam, lapar dan mahu membeli rameyon. Dalam perjalanan pulang...

Bilik aku di tingkat atas sekali (lima), tapi aku suka melalui koridor tingkat empat dulu. Jumpa tangga satu lagi baru naik ke tingkat lima. Alasannya, tak mahu berhimpit dengan 'lorong Vietnam' yang becak dan sempit dengan ampaian di jalanan koridor.


AT07-Bonday Beach, Melbourne.

"Letih berlari," katanya dengan perasaan demit.


Di persimpangan tangga, Mr.M naik terus ke tingkat lima. Lepas itu, aku di tingkat empat.

Masa dalam perjalanan di koridor tingkat empat, tak pasal-pasal aku berlari dengan laju dan bertemu kembali dengan Mr.M di tingkat lima.

"Apa pasal kau berlari?"

"Saja," itu jawapan aku.

Mungkin aku agak gembira malam itu, atas sebab baru habis peperiksaan. Tapi kadang-kadang perasaan hepi perlu diawasi sebabnya mungkin selepas itu ada saat duka untuk dinikmati.

Berbalik kepada perbualan tadi...

"Dah lama tak berlari, time kat sekolah je la dulu masuk sukan, bla, bla, bla, bla,"

"A'ah dow. Aku dulu masuk sprinter 100m," aku sambung balik.

"Dapat nombor berapa?" soalnya kepada aku.

"Lima," jawab dengan nada perlahan.

HAHA.



Aku rasa aku pernah cakap yang aku pernah mempunyai penyakit lelah. Dalam tempoh aku ada lelah itu banyak sukan aku masuk. 100m, 400m berganti-ganti, 200m. Memang aku pun tak faham. Lagipun cikgu rumah sukan aku ketika itu tak pernah tahu aku ada penyakit lelah. Kiranya, agak gila. Mana tahu masa berlari tak pasal-pasal aku tumbang. Naya beb.

Walaupun aku dapat nombor lima dari 8 peserta, itu adalah rekod peribadi yang terbaik dalam edisi kehidupan aku. Kalau nak dibandingkan dengan Usain Bolt apalah sangat pun. Seorang budak sekolah rendah yang ada lelah masuk 100 meter. Nak tahu tak apa yang berlaku di garisan penamat?

Ada budak perempuan yang cantik ketika zaman sekolah rendah ucapkan sesuatu yang aku tak ingat apa benda.

Kepuasan berlari itu paling penting dari gadis itu sebenarnya.

Aku rasa aku dapat tenaga lebih masa itu mungkin arahan mak aku yang suruh menelan pil warna coklat yang super-duper pahit dan madu bersudu-sudu setiap hari. Adakah itu dadah yang merangsang aku boleh berlari?

Kalau ketika itu ada ujian dadah, mungkin aku positif. Mungkin.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Judiene berkata...

hohohoho
ko sprinter dlu ek, mantap btol!
aku pn ade rekod peribadi gak mse high skul dlu
dr form 1-4 aku msk merentas desa xpnh msk dlm top 30 yg smpai awl
pretty lame isn't it??
tp form 5 finally i managed to be in top 30
aku dpt no..




26!

:)

kersani berkata...

aku main rejam lembing.

sampai peringkat daerah, lawan dgn orang asli.

level aku ni mcm level budak 3 tahun je pada diorg.

hampeh.....

DandelinoiD berkata...

judiene: haha...ak respek btol orang yang merentas desa...ok lah tu, nombor 26. biasanya aku akan curi-curi keluar dari trek merentas desa dan makan nasi lemak kat warung mak cik lijah.

kersani: keh keh...orang asli dah training dr kecik plak la kan... x nak sambung karier kau rejam lembing?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...