Sabtu, September 12, 2009

Kronologi 15 kad raya.

Aku dah mula hendak sibuk dengan buku-buku, dengan report yang perlu ditulis serta ulangkaji. Malam Khamis, aku duduk buka buku. Aku selak bawah topi aku. Lalu aku mencarut tak sengaja...

"Damn, kad raya tak tulis apa. Nak hantar bila lak ni?" dengan nada kesal.

Aku tenung jadual kelas aku. Cari ruang terluang esok hari; tulis poskad raya, gam sampul (walaupun poskad aku suka sampul, tak nak bagi posmen baca), nak pergi pejabat pos lagi. Ada sejam waktu pagi, sejam waktu tengahari, sebelah petangnya pula ada sejam lagi sebelum waktu pejabat pos tutup.


Kad Raya

15 poskad raya yang masih kosong...

Jumaat, bermulanya kronologi 15 kad raya...

7.45 pagi - Alarm telefon bimbit berbunyi, bangun pagi yang memening. Sebabnya aku tidur pukul 5 pagi. Aku tengok atas meja. Tulis poskad, tulis poskad...(aku set alarm semula pukul 8.30 pagi)
8.30 pagi - Aku bangun semula. Pening lagi. Aku tutup muka dengan bantal. Aku cakap dalam hati, "Tak boleh, tak boleh, kena bangun gak!". Aku capai tuala dengan kelengkapan nak mandi.
8.45 pagi - Siap. Sudah berbaju, wangi pulak tu. Aku tekan lampu meja. Tit!. Aku cari alamat-alamat manusia yang nak dihantar dalam laci. Jumpa!
9.00 pagi - Aku bahagikan poskad ikut alamat. Orang ini dapat ini, orang itu dapat itu.
9.18 pagi - Sudah siap tulis alamat di setiap sampul surat. Aku masukkan poskad-poskad kosong ke dalam setiap sampul surat.
9.25 pagi - Aku ambil satu poskad, aku fikir nak tulis apa ni...

Fikir, fikir, fikir...serius! Aku rasa macam tak pernah tulis poskad raya seumur hidup!

9.35 pagi - Satu kad dah siap. Tulisan super buruk, ayat macam haram.
9.40 pagi - Kelas pukul 10 pagi. Kena gerak awal, kalau tak aku duduk tengah tak nampak slide show kat depan. Ini kelemahan orang pendek, kena datang awal ke kelas.
11.50 pagi - Aku gerak ke pejabat pos, aku petik 6 poskad raya. Surat dihantar waktu pagi akan sampai awal, sebab surat akan dikutip oleh pakcik posmen pukul 1 petang.

Aku duduk kat ruang menunggu, aku tulis apa yang terlintas dalam fikiran aku ketika itu. Aku rasa banyak yang aku tulis macam sampah. Kalau baca pun, tak wujud rasa nak berterima kasih pun pada si penghantar. Aku tulis juga, aku gamkan juga.

Tiba dikaunter, sesi dialog bermula:
A: Ini semua hantar ke Malaysia.
B: Ok. Bagi saya timbang dulu. (Tet, tet, tet: bunyi kalkulator) Ok, semuanya harganya ini (tunjuk kalkulator).
A: Erk, berapa lama boleh sampai?
B: Paling cepat seminggu, 2 minggu.
A: (Dem, dem, dem. Aku pilih 2 kad raya untuk dihantar menggunakan perkhidmatan paling laju. Satu untuk famili aku dan satu lagi untuk si masa depan).
2 kad ini hantar pakai EMS, yang selebihnya pakai biasa.
B: Tak kisah ke, sebab ikut rate sekarang agak mahal.
A: Takpa.

Aku isi borang...

B: Ok. Eh, pandai cakap Korea. Jadi pelajar kat sini dah berapa lama? (Sambil buat kerja dia bertanya)
A: Dah 4 tahun.
B: Owh, nak bayar pakai cash ke kad?
A: Kad (aku tunjuk kad aku).
B: Pelajar mechanical...payah kan?
A: A'ah.

(Bla, bla, bla....perbualan terpaksa di potong atas sebab terlalu panjang)

Dari 15 poskad, sudah 6 berjaya dihantar. Tinggal lagi 9 poskad.

12.20 tengahari - Aku balik bilik sambung tulis baki kad yang belum bertulis.
12.50 tengahari - Aku solat dan bersiap ke bengkel. Dah la bengkel aku atas bukit. Kena menapak.
1.00 petang - Kelas bermula.
1.45 petang - Waktu rehat 10 minit. Aku duduk atas kerusi, meja pula meja bengkel. Faham-fahamlah kotor macam mana. Aku alaskan suratkhabar, aku sambung semula menulis poskad.

Tulis, tulis, tulis. Siap dalam 4 poskad. Ada lagi 5 poskad perlu ditulis.

2.04 petang - Kelas bermula semula.
3.00 petang - Rehat 20 minit. Aku sambung kerja menulis.

Akhirnya siap baki kesemua kad ditulis!

3.56 petang - Kelas bengkel sudah tamat maka bermulanya hujung minggu.
4.00 petang - Aku mulakan langkah aku menuruni bukit. Tempat dituju: Pejabat pos. Tiba-tiba ramai manusia beratur dalam pejabat tu. Aku ambil kesempatan gam sampul surat.
4.15 petang - Sampai giliran aku. Mak cik yang sama melayan aku.

Mak cik itu pelik kenapa ada satu alamat sahaja perlu ditulis atas sampul surat. Aku baru tahu format menulis alamat di Korea, alamat pengirim perlu disertakan sekali ditulis sebelah atas penjuru kiri. Dia tanya juga kenapa hantar poskad banyak-banyak ini.

Aku kata, minggu depan di Malaysia ada perayaan paling besar berlaku. Aku tak sebut Hari Raya Aidulfitri, panjanglah pula penerangannya.

4.45 petang - Aku balik bilik. Aku solat dan buat report sikit. Baru buat tajuk, aku lelap.

Baru tersedar, aku hari ini tidur hanya 2 setengah jam lebih. Aku dah push batasan aku ke tahap gila. Tak sampai 1 minit atas katil, aku tidur...

Aku buka 30 minit lambat, ada kurma dengan air kosong. Bantai!


Segala poskad dah masuk bonet kapal terbang (3 hari sampai kot), ada juga masuk van (untuk penghantaran domestik) dan ada juga melalui kapal (seminggu sampai, kot).


Yes, berjaya juga target Syawal kali ini! Hantar poskad lebih dari 10 orang. Maaf, kalau ada ketulan besi, dakwat bersepah, tulisan buruk, serbuk kayu atau apa-apa lagi.

PS: Mok, untuk ko tahun depan lah! Ko lambat reply mesej aku.

Kebosanan mencipta kelainan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orait...! ak terima Next yer...
taPi neXt yer ak nak haBok beSi ngn serpihan kayu dari bengkel hg! hEhheee:D

DNA hg ak takMo... wat berat ja...

Gee berkata...

ecece. dah ade si masa depan..

cokobong berkata...

point utama post ni adib nk gtau de dah ada si masa depan...

yeah

nizam baharin berkata...

hantar kat aku satu..mana kau dapat stok kad raya weh? kat korea ada jual ke? ahahhahahah

: : F U A I : : berkata...

kesiaaannnn...appreciated ur effort..:)

DandelinoiD berkata...

mok- haha...memilih lak, aku letak cip2 besi sekotak baru kau tau

gee- masa depan itu belum pasti...

2ndstopsolution- salah! point utama aku amat bersusah payah nak memenuhi 13 permintaan orang lain...

nizam baharin - buat sendiri le. amik gambar sendiri lepas itu hantar kedai cakap nak buat kad ucapan... thn depan r aku hantar untuk kau, jauh plak tu manchester.x sempat nak beli kad lagi..

RAWNA berkata...

aku dah lupa bila la kali terakhir aku hantar dan terima kad raya. serius respek kot ada lagi yang rajin hantar kad macam kau. :D

ajid berkata...

taun ni aku pon x anta kad raya ntuk parent aku.
jauh sngt nak beli, nak buat pulak x reti.

kad ntuk aku mane?

jijie berkata...

oic...
adakah sy termasuk dlm senarai 13 org tersebut?hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...