Rabu, September 09, 2009

Jom kita kahwin hari ini, juga!

0909090909090909......

Apa kes, ramai orang bercerita pasal 090909?

Rupanya, tarikh keramat la. Kita boleh jumpa tarikh ini bila semula pada 09.09.2109.

Takkan itu sahaja kot? Itu je lah, kot. Aku baca blog orang lain dia agak terharu sebab dia punya tarikh ulangtahun perkenalan dia jatuh pada tarikh ini. Lepas itu, kat Yahoo! ada artikel pasal tarikh ini. Media China juga turut menceritakan tentang tarikh ini. Termasuklah bahagian dunia lain, Bangkok, Malaysia, Korea, Japan. Negara-negara yang mempunyai penduduk bermata sepet percaya makna 9 bermaksud 'for a long time' atau lama-lama.

Aku tahu makna nombor 9 ini masa aku pergi raya rumah orang Cina 10 tahun lalu.

Ada salah seorang saudara aku memilih nombor plat nombor kereta, 998 (ke 889?). Lapan bermaksud 'prosperity' atau kekayaan. Maka, 998 maksud lain adalah lama-lama jadi kaya.

Hari ini, ramai orang berpusu-pusu ingin berkahwin pada tarikh ini. Kiranya, bila mereka kahwin nanti akan kekal sampai bila-bila. Potensi nak cerai pasti tiada, barangkali. Apa kata semua orang kahwin hari ini, lepas ini mahkahmah pasti lengang dengan tiadanya kes cerai-berai. Lepas itu juga, majalah gosip dan blog-blog artis juga bersih dari masalah cerai-berai. Khabarnya, hari ini kebanyakan weddding hall penuh.

Jom kita berkahwin hari ini! Kau pasti takkan diceraikan oleh sesiapa!.

Sumber: Bangkok Post, Timesonline, New York Daily News

PS: Hairan kenapa ramai kapel dalam Lotteria. LOL

Kebosanan mencipta kelainan.

6 ulasan:

ajidraai berkata...

agak agak sempat tak nak smpai 2109 tu?

;p

firdausMohamad berkata...

biasalah. manusia.

one hit wonder.

10/10/10 pulak apa maknanya?

sempurna sempurna sempurna???

nizam baharin berkata...

aahhahahah..
aku nak kawen gak tapi tak de gf la pulak..haish :DD

yoymirul berkata...

kawen...
sape nak kawen??
jom..
hehe

dandelinoid berkata...

ajidraai- haha..x sempat kot. aku tak nak hidup lama2 pun...

firdaus- entah lah pulak. cuba ko wat research

nizam- haha. takpe2, ko hot dow... ada je nak nanti

yoymirul- makcik sebelah rumah nak cr menantu utk anak dia? berminat?

: : F U A I : : berkata...

kawen..kawen jugak..mane kad raye ku???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...