Sabtu, Ogos 22, 2009

Ngeng, ngeng... bulan puasa dan GeForce.

Yeah, aku kembali menggunakan PC untuk sekian kalinya selepas edisi beberapa kes yang begitu annoying-kan aku.

Semua orang sibuk nak membandingkan, apa yang terbaik dan buruk antara Mac dan PC. Aku rasa masih memerlukan kedua-duanya.

Cuma aku nak kata, bila kamu memakai Mac OSX selama sebulan lepas itu bertukar balik kepada PC, kamu boleh meratapi betapa buruk dan tak menariknya PC.

Grafik PC aku dijana oleh GeForce 7600 yang dibeli secara online dengan harga tak sampai RM90. Beberapa tahun lepas aku hanya mampu lihat, mana tidaknya harga ketika itu bukan mampu milik. Mungkin aku agak ketinggalan zaman menggunakan GeForce 7600?

Aku tak hairan sebab grafik Macbook aku dijana GeForce 9400.

Selepas 6 bulan dari entri ini, aku tidak lagi boleh berbangga dengan GeForce 9400.

Aku tak ucap selamat berpuasa lagi, bukan? Aku begitu cemburu dengan manusia yang berpuasa di tanah air sendiri. Ada bazaar Ramadhan. Sahur boleh lagi layan kebab. Aku, hanya minum susu pisang dan roti bijiran. Baru mencabar, beb!

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan!

Kebosanan mencipta kelainan.

7 ulasan:

Kalam Hitam berkata...

kamu student di luar negara, lebih tough dalam menghadapi hidup.
aku bukan pelajar oversea, tapi abang aku. aku tau sebb aku tgk karakter dia sgt kuat dalam femly aku.
tak apa. selamat berpuasa. yeah, dan kebosanan kamu memang mencipta kelainan.

nizam baharin berkata...

ahhahaha
kita senasib beb.. aku pon makan muffin ngan air soya je pagi tadi..nak makan kebab2 ni..mmg tak la kan..ahahah selamat berpuasa beb. blog kau best siot.

dandelinoid berkata...

terbaik tol... inspirasi sungguh ayat kau firdaus.

haha...blog untuk suka suki masa muda, tak sangka ada orang minat gak. blog ko best gak apa...

PS: sudah jd follower kamu~

Syahir Alias berkata...

selamat bepuase tak kira la kat mane pon kau berade

ajid berkata...

haha,sape suroh tak balek..
malaysia heaven kot.
cube ko imagine dib,murtabak,nasi ayam,wahhh.gile melanton nafsu..haha

tp susu tetap terbaik.
selamat berpuasa sonbenim..haha

dandelinoid berkata...

ajid...ko begitu kejam sekali mengusik jiwa dengan makanan malaysia~

hahahahaha...selamat me-makan makanan malaysia!

zach berkata...

nasib baik dpt puasa kat malaysia...tp xtau la thn2 dpn mcm mana...

x pernah minum susu pisang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...