Khamis, Ogos 20, 2009

Khinzir-khinzir sihat selalu, khabarnya.

Sanak-saudara, ahli keluarga bertanya tahap kesihatan. Bukan seperti biasa, "Sihat tak?" soalan lazim. Soalan ini pula yang muncul, "Ada yang mati tak di sana?".

Aku rasa kes-kes yang berkaitan H1n1 (aku sukakan nama Babi Flu, sebab lagi seronok kot, terima kasih kepada warga Indonesia yang mencipta nama ini) di Korea macam bukan isu berat. Sekarang tengah hangat dengan salah satu bekas presiden Korea yang dulu meninggal dunia. Takziah. Semua website-website yang cantik berkalerkan oren (Nate), hijau (Naver), hijau biru (GMarket) menjadi hitam.

Aku cuma nak cakap, di sini bukan berada dalam keadaan panik! Semua rilek-rilek sahaja, si gadis-gadis memakai baju berkemban siap dengan spek mata ala-ala mata lebah. Solekan tebal tanpa topeng muka.

Aku tergelak melihatkan segelintir orang Malaysia menjadikan fenomena Babi Flu sebagai duit. Masakan tidak, sehinggakan topeng yang pernah aku pakai ketika jerebu teruk dahulu menjadi barang kawalan.

Alhamdulillah, aku sihat. Aku tak ada jatuh demam walaupun aku tidur tak menentu masa. Tak ada surat datang yang menyuruh aku duduk di bilik untuk tempoh seminggu (kuarantin) atau wakil menteri kesihatan meletakkan lori mereka untuk sesiapa yang ingin buat medical check-up. Bukan dalam keadaan yang kritikal, barangkali. Saban hari, kalau kamu kaki politik Korea atau masalah dalam Korea, mereka menumpukan isu seorang wanita berpengaruh bersalaman dengan presiden negara komunis disebelah. Selebihnya, isu artis Korea yang semakin gila untuk berjoget seperti stripper kelab malam.

Aku tertarik dengan penulisan seseorang (aku rasa blog tukar tiub, tak pasti sebab aku dah padam bookmark tersebut) tentang isu ini adalah resolusi yang berlaku di US.

Kalau aku terangkan, panjanglah sangat. Aku cuma mahu terangkan dengan cara yang mudah.

Begini,

Dalam satu pasu yang besar, ditanam pokok-pokok. Pokok-pokok itu membesar dengan sekata pada awalnya. Lepas itu muncul pokok-pokok kecil (macam rumput-rumput tak berguna). Pokok-pokok kecil ini dikatakan mengganggu tumbesaran pokok-pokok yang sudah membesar tadi. Sebabnya, sumber nutrisi tanah terpaksa berkongsi bersama. Akibatnya, sebab itu ramai petani sanggup periksa setiap masa mana tahu ada pokok-pokok kecil berada bersama.

Apa yang berlaku sekarang,

Manusia semakin hari, semakin menjadi begitu ramai. Populasi manusia dengan sumber sedia ada seperti makanan, tempat tinggal serta bahan api menjadi pola yang tidak sekata. Umpama satu burger Big Mac dikongsi dengan 3 orang. Perasaan makannya, tidak sedap, bukan? Macam cerita pokok tadi, pokok-pokok kecil yang menggangu tadi dicantas.

Bagaimana dengan cerita manusia pula?

Diciptakan influenza Babi Flu untuk membunuh populasi manusia yang tidak terkawal. Orang mati setiap hari, bilangan manusia menjadi sikit. Oleh itu, harga minyak boleh berkurang, burger Big Mac tadi boleh makan sebiji setiap orang. Kamu tak payah beratur panjang-panjang nak rebut beli tiket Lady Gaga. Manusia sikit ketika itu.

Mulanya, aku tak percaya konsep penghapusan kehidupan sejagat untuk selamatkan masa depan manusia seterusnya. Tapi, konsep ini lebih jelas dipaparkan dalam filem yang diadaptasi dari komik, Watchmen.

Kembali ke tahun sudah, zaman perang dingin. Kuasa Soviet yang berpaksikan komunisme dan Amerika yang memperjuangkan demokrasi, kononnya. Akhirnya, dileraikan dengan kematian seluruh New York. Dimana ketika itu, Soviet Union tak sanggup berperang. Yelah, negara sebelah tiba-tiba hilang berjuta manusia, kalau perang tak seronok, tak fight la.

Ceritanya terlalu dalam, konsepnya "Kill a million to save a billion".

Beratkan entri aku kali ini. Cuba renungkan sejarah peradaban manusia. Manusia berperang, ramai mati, tapi populasi bercambah dengan cepat. Dulunya, peratus manusia kelaparan bukan menjadi isu debat dalam PBB. Berdekad-dekad selepas Perang Dunia Kedua, manusia lapar ini muncul. Istilah manusia lapar bukan orang yang duduk tengok drama, lepas itu kata, "Jom makan ramyeon, lapar la,". Harga minyak pula melambung tinggi, menjadikan semua produk semasa dari status mampu milik ke tidak mampu milik.

Lepas ini, kalau muncul demonstrasi jalanan "PEACE, NO WAR", kamu nak ikut ke tidak? Sebab peperangan juga, nenek moyang kamu dapat mengumpul harta untuk diwarisi kepada kamu (sebab dulu tanah murah, kurang permintaan, kuranglah harganya).

Kita berdebat lebat tentang isu Babi Flu, ahli politik menjadikan Babi Flu sebagai modal ceramah. Manusia berteriak dijalanan, menyuruh menjaga kebersihan. Doktor dan jururawat kesihatan sibuk menyuntik vaksin dan memeriksa pesakit.

Aku tahu, khabarnya, khinzir-khinzir sihat selalu di ladang. Menanti masa untuk disembelih menjadi hidangan manusia yang memakannya.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

nizam baharin berkata...

omg entry kau..sumpah jeles doe..aku suka analogy yang kau gunakan.cool gila.troskan update blog. i just cant get enough on ur writing.

ajidraai berkata...

wah..entri ni best adib..
btol ke xde pape kat sane?
asal uni ak lebih2 buat influenza card ntuk student pastu mandatory check kat klinik everyday 4 seven days.x ke melantun camtu??haha~
then mandatory pakai mask ok!
haiz~matila nuna2 x cam muke aku pasni x)

jijie berkata...

entry yg cool.. terbuka minda gue... (",)v

~chocolatte87~ berkata...

entry terbaek!!~

:)

dandelinoid berkata...

idea ini muncul setelah menonton watchmen, apa kata kamu sekalian tengok...

ajid: mungkin area sekitar U ko ada kes pernah dicatatkan... pakai mask adalah jalan mencegah, masih ada risiko untuk kena juga.^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...