Ahad, Julai 26, 2009

Manusia dicemuh sudah tiada.

Kamu tidak suka Yasmin Ahmad, tak apa.

Kalau kamu suka karya dia, aku yakin kamu mempunyai taste yang begitu tinggi dalam deretan filem-filem.

Aku mula sukakan pengarah ini bermula dengan tele-movie Rabun, filem yang membuatkan aku rasa aku patut jadikan dia salah satu pengarah filem yang aku suka. Ya, aku begitu taksub dengan karya dia. Media hebahkan filem Sepet, Gubra, Mukhsin begitu begini.

Kenapa kita masih membelenggu dan membataskan fikiran kita tentang suatu tema, mengenai suatu isu yang sepatutnya secara universal dibincangkan?

Kalau kamu kata filem lakonan Nabil dan Saiful Apek, iaitu Sifu Tongga itu seronok, mulanya terima kasih aku ucapkan, kamu sanggup keluarkan duit untuk perfileman Malaysia. Tapi bila kamu kritikan negatif filem Yasmin Ahmad, itu makna kamu buta.

Akhirnya, manusia yang dikecam hebat dalam media, Yasmin Ahmad sudah tiada. Baru nak gemburkan, Malaysia kehilangan pengarah yang hebat. Itu suatu hipokrit yang berlaku dalam media. Itulah media kita. Orang media yang cerita belakang tabir dalam media, Aku Bimbo.

Yasmin Ahmad sudah tiada. Apa lagilah yang nak diperkatakan, kita cuma ada filem dia, iklan dia untuk ditonton. Kata-kata tradisional dipakai semula. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Bila hilang suatu yang berharga, adakah masyarakat kita baru nak menyanjung manusia itu?

P. Ramlee ketika mayatnya hanya tinggal tulang baru nak diberi gelaran Datuk. Begitu juga Sudirman.

Haha. Sekalung takziah kepada sesiapa yang mempunyai keluarga yang baru 'pergi'. Kita yang hidup perlu menanti, adakah manusia hebat seterusnya mencipta nama untuk diingati.

Kebosanan mencipta kelainan.

8 ulasan:

zach berkata...

al fatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad

dunia perfileman hilang satu suara lantang...

ini satu kerugian

renjizakura berkata...

btol btol btol
ak setuju sngat media Malaysia ni

ynadona berkata...

satu kehilangan yg turut di rasai..

Fifie berkata...

tak kan ada iklan hari raya,deepavali etc yang best dah :(

Kalam Hitam berkata...

aku tak minat yasmin ahmad.

aku doakan dia sbg muslim saja.

cafiena berkata...

aku tidak faham kenapa malaysia sgt sensitif dgn YA. dan sekarang dia sudah tiada.

tinggallah dunia perfileman diving into the bottom of the sea, where malaysian are very proud of.

Tanpa Nama berkata...

aku suke karya die tp y over 2 aku rse xperlu...
xperlu menunjukan suasana sebenar hubungan suami isteri sbb kite ada budaya dan agama islam ada batasan...
die mmg sgt kreatif...xboleh disgkal.
iklan2 die mmg beri kesan...
tp utk filem y ingin diangkat ke luar negara, unsur sosialiti perlu dibataskan lg....

George M. berkata...

hey,
aku setuju sangat dengan kau.
manusia memang sanjung dead people lah.
typical frickin human.
dan yes, aku setuju dengan pendapat kau yang Yasmin Ahmad mengeluarkan filem-filem yang agak kontroversi lah kata orang-orang.
Tapi kontroversi tu hanya sebab diorang yang kritik tu tak mahu terima perubahan or simply saying it they don't want to admit the bad in their self yang arwah cuba sampaikan.
aku banyak jugak borak dengan orang pasal ni.
and yes, they don't like what arwah made.
But macam aku kata, they're just typical human being yang tak mahu berubah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...