Ahad, Ogos 02, 2009

Alasan kenapa kamu patut menyukai cuti Musim Panas.

Panas, bahang. Kata sinonim untuk musim yang penuh cahaya matahari. Bayangkan, seawal 5 pagi, sudah macam pukul 8 pagi di Malaysia. Malamnya pula bermula pukul 8.30 malam. Kalau ditanya kepada penduduk negara 4 musim, mereka menyukai cuaca ketika musim Luruh tak pun musim Bunga. Jadi pelajar under-graduate disini, sekurang-kurangnya kamu akan alami musim ini sebanyak 4 kali. Sebab itu merancanglah sebaik-baiknya.

Jangan lupa, kamu patut menyukai musim Panas jua.

#1. Waktu siang yang panjang.
Alasan ringkas dan biasa kamu patut suka musim panas. Bila waktu siang panjang, bila kamu keluar membeli belah selepas waktu Zohor dan berjalan-jalan setiap penjuru kompleks membeli belah, kamu masih sempat bertemu Asar. Kiranya, tiada masalah hendak menunaikan ibadah. Waktu siang yang panjang juga kamu boleh pergi mendaki bukit, camping, pergi Zoo, pergi taman tema dan pelbagai lagi.

#2. Fenomena kulit manusia.
Produk kain yang dikeluarkan kilang kain aku rasa berkurang ketika musim Panas. Masakan kamu mahu hendak memakai baju setebal 2 lapis ketika suhu 30~40 darjah Celcius? Fashionita menjadi-jadi ketika matahari tegak di kepala. Wow, kain hanya menutup apa yang patut. Lihatlah kulit-kulit manusia yang cuba untuk di-sawo matang-kan.

#3. Muzika luar negara mencari duit.
Cis, Ilsan Rock Festival jatuh pada tarikh tak sepatutnya. Musim Panas kamu dapat menyaksikan artis hujung dunia sebelah barat datang tempat negara mata sepet (aku merujuk Japan, Korea dan China) mencari duit dan populariti. Tak naklah mereka mahu digelar jaguh kampung. Datanglah, Weezer, Jimmy Eat World, Fall Out Boy, Oasis, Placebo. Eh, Lady Gaga nak datang juga!

#4. Bermain dengan air tanpa ragu.
Siapa nak terjun sungai ketika musim Sejuk? Askar-askar kerahan kerajaan Korea bolehlah. Musim Panas dapat menyaksikan manusia suka dengan aktiviti berkaitan dengan air. Tak kisahlah sungai, air terjun dan air laut. Satu benda kamu kena tahu, orang Korea datang air terjun tak mandi. Hanya merendam kaki sambil minum arak murah.

#5. Filem untuk mengaut keuntungan besar.
Aku suka pergi ke wayang berhampiran ketika musim Panas. Sebab utama, filem yang dikeluarkan ketika musim ini adalah kearah hiburan, tema yang tidak berat contoh 'Just for Fun' tanpa perlu ditafsirkan dengan berat. Kalau nak tonton filem yang agak memerlukan fikiran seni, tunggu sahaja bulan Januari sehingga Februari.

#6. Kenderaan 2 tayar.
Kamu boleh menyusur dengan motor tanpa segan-segan dengan angin sejuk yang lebih dahsyat ketika musim Sejuk. Tanpa jaket tebal, tanpa sarung tangan (ada sarung tangan pun sama je). Berhati-hatilah dijalan raya.

#7. Tiada kelas, tiada kerja rumah.
Kalau kamu jadi pelajar sepenuh masa (tanpa melakukan kerja sambilan-lah), guna masa ini dengan rehat. Tonton soap opera Gossip Girl satu musim, atau Weeds 4 musim. Deretan filem kamu kumpul ketika semester lepas, yang tiada kesempatan hendak menonton. Kamu sumbat mulut kamu dengan pop corn perisa karamel.

Apa-apa yang kamu rasa nak tambah, boleh saja melalui ruang-ruang komen.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...