Ahad, Mei 03, 2009

Semalam, terasa umur aku terlalu muda.

Aku terasa aku belum akil baligh semalam...

Semuanya bermula dari sesi kelas gantian...

"Wei, malam ni. Kecing, kecing, kecing,"
Gaya M seperti bersilat dan berbunyi 'kecing' banyak kali...

Kabur. Tak dapat tangkap maksudnya...
"Apa dia?" aku tanya.

"Ala, malam ni kan Wolverine. Layan?"
"Layan je,"

(Baru aku tahu gaya tangan bersilang-silang dan mengeluarkan bunyi 'kecing, kecing'. Rupanya aksi biasa hero X Men, Wolverine)

Kiranya, kami terlalu taksub dengan aksi hero yang mempunyai bulu dada lebat. Tapi bukan bulu dada yang kami mahu lihat, kami nak lihat kuki besi yang begitu cool, boleh disimpan dalam tangan.

Filem ini tak mengecewakan, jalan cerita mungkin kurang sikit. Aksi berat dan sarat sepanjang filem jadi penyelamat jalan cerita, kot. Muncul banyak hero X Men. Kamu boleh lihat, Rogue berjalan ke arah Profesor X di akhir cerita. Cyclops merosakkan sekolah dan beberapa lagi watak X Men yang aku sudah lupa namanya.

Ada satu benda yang buat aku rasa tak puas hati. Gambit muncul untuk tempoh yang begitu singkat!. Aku rasa Gambit adalah watak X Men yang begitu cool berbanding Wolverine. Sebab aku bukan Wolverine-fan, aku Gambit-fan.

Lepas habis tayangan filem, kami berborak lebat tentang cerita tadi.

Perbualan kami seolah-olah budak sekolah rendah yang baru beli jilid terbaru X Men di kedai mamak sebelah. Kami juga ada membuat aksi ala-ala Wolverine dengan mengeluarkan bunyi efek sendiri, 'kecing, kecing, kecing'. Kami begitu muda, semalam.

Aku semalam tidur bermimpi aku adalah Gambit. Bahagian lucunya, Wolverine memakai sut kuning hitam yang begitu hodoh dan topeng bertanduk. Bukan seperti sekarang, sut hitam penuh tanpa topeng.

Aku nak buat macam karangan budak sekolah, tapi aku sedar kembali. Aku sudah puluhan tahun, bukan belasan lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

8 ulasan:

George M. berkata...

oho.
aku x-men fan. Both wolverine-fan dan gambit-fan.
Haha. Memang kanak-kanak rasanya minat marvel heroes ni. Tapi sekarang rasenya remaja-remaja zaman skang neh mmg mbesar dgn marvel heroes kan?jadi, x peliklah.

owh,aku lagi prefer wolverine bersuit 'kuning itam bertanduk itu'. Siyes. nampak originality. :p

btw, nice blog lah. keep it up!

dandelinoid berkata...

haha...thx bro, blog kamu tak kurang hebatnya...

apa kata kita kumpul signature suruh hollywood wat filem psl gambit?

x men, utk dulu kini dan selamanya...

aina hazuani berkata...

belum tengok lagi. bilalah boleh dapat

0_o berkata...

aku mmg peminat gambit ngan rogue..
xpe kot kalo b`jiwa muda...
baik jadik diri sendiri..
btw nice blog..keep it up

jijie berkata...

zero la plg cara.. (eh.. masuk dalam senarai ke??hoho)

George M. berkata...

Haha.blog aku?
owh,tak sehebat ko.
Aku biasa2 saja.:p
bout cadangan ko tuh, boleh dterima jgak.
Aku rasa dowang mmg nak wat X-men origins utk semua rasanya..errr..BANYAK kot!:p

Tanpa Nama berkata...

memula x-men keluar aku doq pk manalaa pi org2 kuat x-men mcm gambit..pada aku juga, gambit tu watak penting n lebih 'gegheq' drpd wolverine..

mungkin sbb dh ter'hire' h jackman jadi wolverine. sbb terlalu pemes (time tu), x sempat nk cast actor yg lebih hebat jadik gambit..

kalu gambit ada time x-men mula2 keluar, sapa patut diorg hire? (tanpa mencalonkan nama melayu & diri sendiri)

dandelinoid berkata...

aku rasa keanu reeves...
sbb dia xda eksperesi muka, macam dalam komik dan dan cukup tinggi dengan rupa gambit...

soalan kau memang nice...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...