Aku balik dari kedai sotong, jauh. Dalam 30 minit perjalanan menggunakan kaki, 10 minit menaiki motorsikal. Berbaloi, kali pertama pergi kedai itu dan layanan makcik kedai kira tahap terbaik.
Aku pergi depan komputer, ada orang bagi mesej...
"Blog ko dah hilang, wei!"
Woo, aku tak percaya pada mulanya. Sebab blog aku tak pernah mengutarakan isu yang panas seperti adegan ranjang Exco Selangor atau mengutuk keputusan hakim mengenai kes gadis Mongolia. Tidak, aku geleng kepala.
Aku tak ambil hal, sebab aku nak main permainan Pro Evolution Soccer...
Tengah malam, aku buka blog aku...
Wow, memang dah hilang. Siapa yang masuk blog ini semalam, pasti ada terjumpa kenyataan seperti ini...
Respon pertama: "Yes, aku ada alasan nak pakai Wordpress!"
Respon kedua: "Malas lak, nak coding entri lama..."
Aku ambil keputusan nak betulkan balik apa yang berlaku. Rupanya, ini fenomena berlaku dalam 3 hari lalu. Antara, 30 April, 1 Mei dan 2 Mei. Ramai mempunyai nasib yang sama. Dan ramai mengutuk blogspot dan mengancam untuk berpindah ke Wordpress.
Aku tak tahu kenapa blog ini tak boleh buka semalam, yang penting aku dapat selesaikan selepas beberapa minit hasil bantuan mamat berasal dari China, dan dia letakkan cara penyelesaian di forum Google.
Baru nak mempunyai alasan nak pindah ke saluran blog yang lebih kool.
Nampaknya, takdir aku. Seorang yang pemalas untuk berpindah rumah. Kekal ia disini sampai waktu ianya 'hilang' sekali lagi.
Kalau blog ini hilang, apa perasaan kamu sebagai follower aku?
Kebosanan mencipta kelainan.
2 ulasan:
same2 my pRen...
weii bkn stakat hg ja...
kawan ak poN kena gak...
tP pagi taDi ak bkak die pya blog ok je...
malam nie, bkak rosak plak...
peHh kasian betol sama itu bDak..:D
kalau blog ini hilang, saya akan rasa blog dandelinoid dah ilang...
kurang satu bacaan kreatif..
Catat Ulasan