Isnin, Mei 04, 2009

En. Pilah tanya aku, sekarang baru aku jawab.

En. Pilah adalah seorang manusia yang bijak berkata-kata. Cakap nak semua benda terbaik. Soalan yang telah dikemukan adalah soalan yang dah lama aku nak jawab, cuma asyik tertangguh dengan mainan perasaan sejak beberapa bulan.

Soalan Pilah adalah:
"Apakah tujuan blog ini wujud?"

A'ah. Apa ye? Aku tak pernah terfikir benda serius macam begini. Pernah dulu aku terbaca di blog orang, tak silap blog Love.Hate.Life.Angel ada buat entri begini. Ingat nak letak terus link, tapi tak jumpa mana satu. Letih aku mencari. Akhirnya aku berfikir sendiri, ini hasilnya.

#1. Mahu populariti murahan.
Mula-mula aku main blog dengan tujuan sesuka hati. Tiba-tiba, ramai yang ingin mengenali aku. Tak pasal-pasal, bila kau keluar berjalan-jalan ada orang salam aku, lepas itu sebut, "Dandelinoid". Orang kenal aku sebab blog, bukan sebab aku kuat makan atau peminat minuman MILO. Gila.

#2. Diari untuk tontonan umum.
Banyak blog berbentuk sebegini. Cerita tentang wanita yang kamu jumpa di stesen bas pagi tadi, lepas itu kamu letak deskripsi bahawa gadis itu mempunyai parut yang besar di peha. Tak pun, mencanangkan kamu cintakan seseorang dengan meletakkan lagu-lagu jiwang serta lirik. Paling geli, kamu katakan tentang kamu tak bersalah dalam hal clash. Ini hanya beberapa contoh.

#3. Cari kekasih @ awek.
Orang tanya aku, "blogger macam kau, ada perempuan cantik baca tak?". Aku jawab "Ya". Lepas itu dia cakap, "Aku nak buat blog macam ko la!". Silakan, jujurnya aku kata, aku agak kurang gemar berjumpa dengan pembaca blog aku atas dasar nak date. Maaf.

#4. Berkongsi citarasa (lagu, filem dll)
Kamu adalah kaki muzik, tak pun kaki Youtube. Kamu merayau di ruang maya mencari bahan yang menarik, lepas itu kamu embed di blog. Kamu ulas sikit, kamu katakan ia betul-betul memberi inspirasi pada pagi Isnin kamu. Kamu juga kadangkala bertindak sebagai promoter penjual kaset atau Cd lagu di kedai muzik (dengan meletakkan link-link untuk didownload), cuma kamu tak dapat sesen pun.

#5. Bina empayar sendiri. Kononnya.
Nak menjual sesuatu idea yang begitu kool. Contoh, idea "Kebosanan mencipta kelainan". Takpun, dengan nama blog "Kicap Kipas Udang itu Hitam", kamu mengumpul pengikut-pengikut yang mempunyai citarasa tinggi terhadap kicap. Seronokkan, ada orang fahami idealisme kita? Tak payah jadi Adolf Hitler pun.

#6. Orang malas menulis, tapi suka menaip.
Mungkin dia adalah orang yang selalu mendapat skor tinggi dalam subjek yang ada karangan. Tapi selalu diperli, dikutuk oleh rakan-rakan mahupun guru bahasa sekali pun, tulisan terlalu cakar ayam, susah nak baca. Sekarang ada blog, tak payah orang nak periksa tulisan itu buruk ke tidak.

#7. Berniaga. Macam-macam ada, beb!
Kamu pernah lihat kan orang jual baju di blog? Itu biasa. Tak sanggup bayar domain sendiri, guna blog yang sedia ada sudah. MLM pun tak ketinggalan. Satu lagu, penjual-penjual alat membesarkan alat kelamin atau alat pemuas nafsu. Gila. Hebat betul berniaga, asal halal sudah.

#8. Tiru kawan.
"Member aku ada blog, beb!". Atas alasan ini, kamu juga nak buat blog. Letak satu entri, "Hi, apa khabar ini blog saya, selamat berkunjung!". Lepas sebulan, 2 bulan, setengah tahun, blog itu akan kekal dengan itu sahaja. Kalau orang kata, kamu ada blog ke tidak, kamu jawab, "Ada, tapi dah lama tak kemaskini!". Orang macam begini menyebabkan pembaziran domain-domain.

#9. Analisis suatu benda, dengan keadaan rileks!
Mungkin bosan dengan isu masalah negara yang dibincang dengan serius, kamu mahukan yang ringan-ringan. Blog adalah saluran terbaik untuk mendapat isu begini. Sebab, ramai orang suka kupas suatu benda dengan paparan lain, sudt perspektif yang berbeza. Kamu tak akan jumpa artikel membincangkan sebab "Bunga dikatakan pembaziran" di helaian surat khabar.

#10. Suka-suka, tak ada tujuan.
Ada ke orang macam begini? Aku rasa ada, orang yang suka main coding-coding bagi lawa je.



Banyak lagi aku fikirkan, cuma 10 sahaja cukup. Panjang sangatkan, menyampah pula nak baca. Ada soalan lagi nak aku jawabkan untuk puaskan hati kamu?

Silakan, aku amat memerlukan soalan-soalan yang mencabar fikiran.
(Aku menjadikan subjek untuk semua isi-isi di atas, tak ada kaitan dengan orang sekeliling aku)

Kebosanan mencipta kelainan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pilah terbaek..hahaha

cokobong berkata...

pilah best wooo!!

watak L berkata...

satu soalan,
aku baca blog nie melalui FB jer..
jadi nk tanyer apakah maksud L tue??
adakah satu watak drpd manga death note..
itu yg aku pikir pada awalnyer..
pastue kuar jawapan lain lak..
mungkin simbolik utk perkataan LELAKI.
soalan nie agak ringkas, tapi L membawa maksud
yg byk...;)

DandelinoiD berkata...

hahaha... kepada watak L,

L mulanya aku rujuk kepada watak kartun dalam death note, tapi sudut lain aku melihat L adalah LELAKI, eh, pandai kamu teka!

tapi pernah aku jadikan ianya LOSER. ianya merujuk kepada zaman silam aku...

dah faham L berkata...

trimas krn m`jawab simbol L tue..
dah t`jawab p`soalan tue

Tanpa Nama berkata...

pilah bosan...tapi terbaek.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...