Khamis, Mei 07, 2009

Ditumbuk orang, sakit!!! [Bhgn. 01]

(Cerita panjang di malam Jumaat)

Kisah silam buruk selalunya menjadi igauan. Aku se-sangat bersetuju, bahkan ianya menjadi sandaran untuk masa depan.

Aku pernah ditumbuk atas dasar aku digelar gila kuasa.

Semuanya bermula aku menyertai kelab, yang pada pandangan aku itu kelab yang tidak aktif. Aku suka kelab tidak aktif, dimana aku akan dapat sijil sebagai ahli kelab itu tanpa berbuat apa-apa. Hanya dengan mengangkat tangan tanda sokong, dan duduk di bahagian belakang apabila mesyuarat. Mudah, lepas itu aku boleh pamerkan sijil dalam fail aku.

Kelab itu, yang sama kepala dengan aku, hanya aku seorang diri. Rakan rapat aku semua berminat kelab yang mencabar, yang aktif, boleh kaut sijil banyak-banyak dan bersepah. Kiranya, aku akan jadi manusia yang kurang bercakap, atau membuat muka begitu kelat apabila ada orang tak dikenali membuat lawak tak kena selera.

Dijadikan cerita, dalam kelab itu ada sekelompok kumpulan yang mempunyai citarasa lawak yang sama, suka bercakap antara sesama mereka dan seolah-olah puak besar dalam kelab itu. Tak kisah, yang penting aku dapat sijil akhir tahun nanti. Peduli apa, apa kamu nak buat sekalipun begitu palat, tak kisah.

Ketua kelab (ala-ala presiden atau pengerusi kelab), dilantik di kalangan mereka yang aku maksudkan: aku gelarkan kumpulan ABC (tak ada maksud apa-apa pun, saja-saja). Budak-budak ABC ini yang banyak pegang jawatan dalam kelab, yelah, senangkan dapat undi. Aku lagi seronok, duduk kelab yang aku hanya goyang kaki, dapat sijil free. Aku suka.

Tiap-tiap minggu macam tulah keadaannya, aku datang mesyuarat. Duduk. Angkat tangan, aku balik. Kedatangan amat penting, sia-sia nanti tak dapat sijil free.

Tiba minggu untuk kelab-kelab melakukan projek besar. Semuanya akan menjadi bebanan pada ketua kelab yakni salah satu dari golongan budak-budak ABC tadi. Aku? Aku jadi pengikut yang tak penting, ada macam tak ada.

Minggu projek besar semakin menghampiri, tapi ketua kelab begitu hampeh bertindak. Anak buah apatah lagi, yang mula-mula hangat semua jadi suam-suam kuku. Lepas itu, muncul lah guru kelab (selalu tak muncul, kelab tak aktifkan). Baru sekarang guru itu nak ambil tahu, mungkin tak nak digelar guru yang malas. Secara tiba-tiba, nak tanya perkembangan kelab, nak tanya itu ini. Soalan panas, "Bagaimana dengan projek tu?".

Dan, ketua kelab dengan gaya gelabah, "Erm, err, erm..". Tak berkata apa-apa.

Tidak semenanya, guru tersebut bertanya kepada semua, tentang idea yang boleh dikemukan. Aku cuba berdiam diri, sehingga jari telunjuk guru tersebut sampai pada aku.

"Nak buat apa ni?" monolog dalaman dengan nada gelabah.

Entah bagaimana, kepala aku tiba-tiba keluar idea yang terlalu kreatif se-sangat.

Sebenarnya, aku telah menempah padah. Aku menggoncang ego manusia lain.

Idea aku tak sengaja diterima, maksudnya, aku juga dilantik tidak semena-mena menjadi ketua untuk projek tersebut. Ketua kelab tak punya kuasa apa-apa sangat. Terasa nak calar kereta guru pun ada, mana tidaknya, muncul entah dari mana, tiba-tiba suruh aku buat benda yang aku tak rela.

Sijil yang bakal aku terima bukan sijil free lagi. Ia sijil yang begitu mahal sekali.

[Bersambung...]

PS: Aku simpan bahagian kedua dalam draf. Panjang sangat, aku risau kamu semua bosan membaca.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

zaiy berkata...

ade pulak bersambung.
tgh excited bace. haih~

George M. berkata...

alaaaa...
cepat2,ini da mcm trilogi Lord of The Rings nie.
hahaha.
jangan ko kata ada 3 bahagian pulak??
:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...