Rabu, Mei 27, 2009

10 Tahun Selepas Treble Year.

Kalau kamu peminat Liga M, aku ucapkan tanniah kamu masih mengikut perkembangan mereka. Aku ikut juga, tapi sehinggalah entah bila aku dah tak minat bola sepak tempatan. Aku tak mahu ulas bola sepak tempatan, sebab terlalu banyak faktor kenapa jadi sebegini.

Kualiti yang kita mahu bukan?

Kalau kamu kaki bangku sekalipun, tapi berminat dengan persada bola sepak Eropah, apa kata kamu teruskan membaca.

Treble Season atau Treble Year mungkin kamu pernah dengar. Tahun dimana Manchester United ditabalkan juara Liga-Liga Juara Eropah, dan sebelum itu juara liga dan piala FA. 3 maksudnya Treble. Minit terakhir sebelum tiupan wisel penamat, MU mencipta sejarah, comeback is so sweet bak kata orang putihnya. Kamu boleh menangis melihat perlawanan itu secara langsung. Terlalu indah.

Pasti tak ada siapa tahu dikalangan kamu, aku pernah cakap pada Acap, dan aku berlakon jadi komentator bola sepak dalam kelas Bahasa Inggeris tahap 3 (tinggi) yang MU akan menang Liga Juara-Juara malam ini.

Ini kesimpulan skrip komentator aku sebulan setengah yang lepas...

"Ryan Giggs tak main untuk kesebelasan utama. Permainan terikat 1-1, dimana gol MU di jaringkan oleh Park Ji Sung. 10 minit terakhir, Ryan Giggs keluar dari bangku simpanan, dia merembat dari jarak 30 meter dan itu gol kemenangan. MU menang dengan keputusan 2-1."

Kalau ini betul-betul berlaku...

...apa yang akan berlaku?

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

To learn game engage in in shooter online games, learn your weapons. Know everything there is to know about every weapon fashion from the online game. Each tool excels in particular approaches, but falls short in others. When you are aware the pluses and minuses of each and every weapon, you can use them to complete advantage. [url=http://www.x21w12w21.info]Biuyu656gy[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...