Aku tengok kalendar pagi tadi, nak semak bilakah tarikh peperiksaan akhir semester ini.
Lihat, tenung, lihat, kira hari, lihat sekali lagi, garu kepala, lihat...
...dan aku mencarut. (Holy-syet).
Lagi 3 minggu lagi, dan minggu lepas aku baru habis minggu peperiksaan bahagian 2 (kiranya final adalah bahagian 3). Gila, aku tak bernafas dengan kala yang biasa, aku perlu berlari lagi dan lagi sampai ke garisan penamat. Sudah banyak benda aku lupa, paling teruk adalah menghubungi keluarga.
Sehinggalah dapat notis, "Dah lama tak telefon,". Ini salah satu contoh yang telah berlaku.
Pagi tadi aku bangun Subuh, aku mendapat mimpi yang agak unik dan terbaik dalam rentetan mimpi-mimpi indah. Maaf, aku bukan bermimpi basah sehingga membasahi cadar katil. Aku hanya bermimpikan aku masuk ke dalam kedai roti Paris Baguette dan mendapati mereka menawarkan ikan keli masak pedas dan sayur kangkung masak belacan. Ada pula, ikan parang yang telah di goreng kunyit berada bersebelahan muffin kacang merah. Aku beli lebih dari perut yang aku mampu makan, tapi masa aku nak menyuap ke dalam mulut...
...aku bangun dari tidur. Itu petanda aku mulai rindukan suasana Malaysia lebih-lebih lagi dari segi kepelbagaian makanan.
Owh, lupa. Masa aku tengok jadual tadi, hari ini sudah 26 haribulan. Aku kata nak mengepos entri baru pada 24 haribulan. Aduh, aku tak tepati janji. Aku pun sudah lupa bahawa aku mempunyai blog walaupun aku selalu buka blog, itu pun sebab nak baca orang lain punya blog.
Esok aku ada satu exam lagi...
Aku tangguhkan entri baru sehingga aku betul-betul manusia yang waras. Tapi, ini bukan bermakna aku tengah gila.
Ikan keli tak ada di Korea, sangaplah nak merasa ikan keli.
Kebosanan mencipta kelainan.
6 ulasan:
ade r keli..kt sijang daerim ade jual...
tunggu entri dr 24hb tp tak muncul2
kalau ada pintu sesuka hati doraemon pasti akan dihantar ikan keli dr n9.
adelah..
yup2
ive seen sumwhere..
kene naik 260 punye bas..
sumwhere at kwangjang shijang kot...
hahaha...
yes2...ada gak rupanya...
nmpk sgt ak dah lama x gi sijang ni...
aisey
zaiy@- meh2, bawa belacan sekali ok?
nk ikan keli bole beli kat samsan nyer foreigner mart..
-ulsanian-
jgn mkn ikan keli.... x bape nak elok..
=D
Catat Ulasan