Sabtu, April 18, 2009

Sudah lebih 3, maka ianya ramai.

Kalau tidak percaya dengan apa yang aku bakal katakan, kamu tentu belum pernah sampai ke Ulsan. Kalau kamu agak kabur dengan kenyataan yang bakal dikeluarkan, kamu memang tak tahu menahu langsung apa-apa tentang gadis Korea.

Ok. Aku mengeluarkan kenyataan rasmi:

Gadis-gadis di Ulsan memang lawa habes!
(berbanding dari Seoul, kot)

Ketika aku mula-mula sampai disini, selepas seminggu aku dah keluarkan kenyataan ini. Tapi, aku tak nak dikatakan aku seorang yang 'sangap' atau kata 'ala ko, semua perempuan ko cakap lawa!'. Aku diamkan untuk beberapa tempoh yang lama, aku tahu ia memang kenyataan yang benar sama sekali.

Faisal (senior aku yang dah lama duduk sini), rupanya dia bersetuju dengan aku. Selepas itu, ditambah dengan pendapat-pendapat lelaki lain yang sebaya dengan aku. Tapi masih tak cukup kuat aku nak katakan pada orang lain tentang kenyataan ini.

Dan, tengahari tadi... bertambah seorang lagi dengan burger di tangan melihat pintu UoU, mengeluarkan ayat...

"Kau tak perasan ke, perempuan kat sini lawa-lawa?"

Ia sudah cukup bahawa aku bukan seorang yang buta dengan kecantikan wanita. Ramai sudah bersetuju. Sudah lebih 5 orang mengatakan sedemikian. Ini antara alasan kenapa mereka dianggap lawa,

(ini adalah dari penglihatan lelaki yang rata-rata sudah memiliki buah hati, aku tak termasuk ok?)

1. Mereka tidak mengenakan make-up yang tebal dan meleret-leret.

2. Rupa agak natural, tak seperti anak patung yang banyak di Seoul. (sekali tengok dah boleh tahu muka gadis Seoul telah melakukan pembedahan).

3. Pakaian mereka agak ringkas. Tak terlalu berat dipandang. Tak terlalu seksi. Rata-rata hanya mengenakan gaun labuh dan T-shirt yang ada tulisan didepan.

4. Tak kecoh atau kepoh. Kira macam betul-betul feminin. Tak seperti di Seoul (pengamatan aku), suka buat bising dalam subway atau bas.


Aku tak diskriminasi. Ia hanya pengamatan dari kebanyakan lelaki (lebih 5 sudah banyak, bukan?). Tak percaya, aku tak peduli. Datang sini dan nilai diri sendiri.

Nasib baik tak ramai orang Korea yang boleh baca blog dalam bahasa Melayu. Aigu!.

HAHA.

Kebosanan mencipta kelainan.

11 ulasan:

ulsanian berkata...

artikel kali nih ak suke!! haha
+ sorg lg.. bro cheh yg da grad~

dandelinoid berkata...

alamak, lupa nak letak nama bro tu...

nnt2 next time kita masuk suma nama

cokobong berkata...

aiseh adib...asal aku tak perasan pun masa interview dlu...nampak makcik ajumoni ramai le

dandelinoid berkata...

ha...ko dtg interview mmg le...

ko try jalan2 ngan aku, dgn F ke, cr lubuk ramai gadis...

Tanpa Nama berkata...

aku nk gi ulsan cuti ni

ajid berkata...

awek kat inha pon lawa aper..haha
jom g ulsan

dandelinoid berkata...

jom2...
kasi gempar

syahme berkata...

budak2 kat hanyang nerd2 geek2..
xleh nak cuci mata..
kalo korang jalan kat satu jalan tepi Mini Stop odw nak masuk ke tingkat 3 bgnn engineering 1, semua org kat ctu merokok2 sambil cakap pasal pelajaran..pening siot dgn asap rokok nya lagi dgn rumus nya lagi.. @.@

アイシャー berkata...

g korea wat pe?
study ke??

dandelinoid berkata...

a'ah study...
bukan melancong

Pieja berkata...

nk g korea...T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...