Aku bahagikan kepada 2 hari ini.
01. Jwa-Sang
Hari-hari aku berada di Ulsan, dah ramai orang dalam kelas percaya ada budak bukan kulit secerah mereka berada di kalangan mereka (ia merujuk kepada aku). Dalam kelas 'Heat Transfer', aku suka mengambil kerusi di bahagian tengah. Aku suka duduk kerusi baris ketiga dari depan, tapi kelas ini mempunyai ramai budak skema, belum mula kelas baris kerusi itu dipenuhi orang.
Antara sebab aku suka duduk di bahagian tengah adalah kerana cuba mengelak dari dihampiri oleh Kyosu (profesor?). Dia punyalah berminat dengan orang macam aku (tak tahu sebab apa), apatah lagi dia masih menyimpan dendam bahawa pasukan bola sepak Korea kalah dengan Malaysia dalam Piala Merdeka pada tahun 70-an dulu. Sebab perlawanan itu juga, dia tahu di mana kedudukan Malaysia dan di mana letaknya Kuala Lumpur.
Kalau dia menghampiri aku atau budak Malaysia lain, dia akan cakap:
"Eh, pandainya menulis tulisan Korea,"
...dan dia bukan cakap dengan nada perlahan, tapi seluruh kelas boleh dengar. Aku tak suka diperlakukan begitu, yakni mengambil berat lebih dari pelajar lain.
Semalam, dia mengajar, tiba-tiba sebut nama 'AMIRUL' tapi tangan tunjuk pada aku. "Owh, dem. Dia tunjuk aku!".
K: Amirul, amirul....
A: Erk...
K: Kamu Adib bukan?
A: (Ingat nama aku , siap!)
K: Kamu tahu apa makna 'Jwa-Sang'?
A: Erm...(tengah berfikir)
K: Tak tahu rupanya...
A: (Aku tahulah...)
K: Kanan...'Uu', Kiri...'Jwa', Atas...'Sang', Bawah...'Ha'.
A: ... (dia terangkan hanya untuk aku)
K: Faham? Susah?
A: Tak, senang. (sebab aku dah tahu)
Satu kelas gelak.
Aku menjadi popular sekali lagi dalam kelas akibat kejadian itu. Aku amat kurang gemar kalau seseorang guru/pensyarah/profesor tahu nama aku, dan selalu tunjuk jari pada aku bila nak menanyakan sesuatu. Aku kena berhati-hati!
02. Prank
Prank terbaik baru berlaku minggu lepas, dan aku nak taip pasal 'prank' sesama kawan, dan ia adalah prank termantap dalam episod kehidupan aku.
Tapi kali ini, pensyarah yang buat 'prank'.
Minggu lepas, pensyarah Thermodynamic mengumumkan yang minggu ini akan diadakan kuiz. Disebabkan aku tahu minggu ini ada kuiz, aku siapkan semua kerja sehingga lewat malam.
Aku tak cukup tidur...itu satu.
Aku demam lagi...itu dua.
Malam sebelum kuiz, aku tidur lewat malam sekali lagi (pukul 2 pagi), dan aku bangun seawal 5.30 pagi (tapi aku sambung tidur balik) semata-mata nak belajar untuk kuiz. Lepas itu, waktu rehat tengahari pun, aku bantai soalan berkaitan dengan kuiz. 2 jam sebelum itu, aku siap pergi 'library' menelaah. Aku tak suka pergi 'library' waktu siang kerana terlalu bising dengan bunyi tapak kaki orang berjalan-jalan.
Aku masuk kelas, ambil tempat duduk, dan habis bersedia dengan apa jua soalan kuiz yang bakal keluar... kuiz bermula pukul 6 petang.
6.05...bayang pensyarah nak masuk tiada.
6.10...rasa-rasa hari ini tak kelas (bermain teka-teka sesama kawan tentang ketidakhadiran pensyarah pada hari ini)
Ada seorang masuk dari pintu belakang...
"Hari ini tak ada kelas, dan kuiz tangguh untuk minggu depan,"
Terdiam aku...
Habis, usaha aku selama ini?
Serius, aku balik terus tidur dari Maghrib sampai pukul 12 malam.
Bayangkan perasaan kena 'prank'.
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
kene prank ngan cikgu2 nie time april fool ke??
sure sakitkn jiwa raga~
xpe yg penting ilmu tue...sng skit..coz dh prepared awal2...
biler namer sudah kene ingat ngan prof..mulalah suara2 halus yg mengatakn kiter nie sudah jadi pelajar kesayangan..nasib bdn jelah..
Catat Ulasan