Barangkali sesiapa yang membaca blog aku, pasti membuat konklusi aku adalah manusia yang mengalami kehidupan yang serba lepak dan santai. Aku berjalan kesana-kemari, itu betul.
Kepada yang berfikiran begitu, kamu salah tanggapan. Maaf.
Aku menulis cerita hidup aku, seolah-olah aku adalah manusia yang sentiasa 'cool', tanpa sebarang masalah. Aku gembira dengan kehidupan aku, walaupun ada benda pahit berlaku. Tapi aku cuba mengelak untuk berbuat seperti:
1. Aku putus cinta, dan tulis dalam blog aku.
2. Aku sakit tenat, dan tulis dalam blog aku.
3. Aku menghidapi penyakit berjangkit, dan tulis dalam blog aku.
4. Aku marah pada Makcik tandas, dan tulis dalam blog aku.
5. Aku simpan dendam, dan tulis dalam blog aku.
PS: Aku tak putus cinta, aku tak sakit tenat dan menghidapi penyakit berjangkit. Aku tak marah Makcik Tandas dan tiada dendam pada orang lain.
...dan perkara-perkara yang membuatkan orang cuba kesiankan aku. Sebab pernah dulu aku menulis entri yang penuh emosional. Akibatnya, ada orang takut nak mendekati aku, nak bertanya pada aku tentang sesuatu.
OK, entri penuh emosional aku cuba elak. Itu sudah pasti.
Awal pembabitan menulis blog, aku menulis umpama diari. Aku pergi suatu tempat dan ceritakan mengenai tempat itu, dan berjumpa dengan siapa dan mengapa. Akibatnya? Aku mempunyai stalker (aku amat membenci 'stalker').
OK, entri berbentuk diari aku cuba elak. Tapi aku tulis juga.
Sebenarnya aku bukanlah manusia yang serba 'cool' seperti yang diceritakan dalam blog ini. Aku juga seperti rakan sebaya yang lain, menikmati waktu belajar yang formal ditaja oleh pihak tertentu. Aku juga sibuk dengan pelbagai 'kerja rumah' dan menelaah pelajaran sebab tahapnya bukan seperti kolej, tapi universiti. Paham-pahamlah...
Aku mempunyai bakat menceritakan suatu benda itu dengan lebat, yakni pandai menokok tambah cerita umpama jalan kehidupan aku seperti drama ataupun wayang layar perak. Kadang-kadang, benda itu biasa saja. Aku meletakkan sedikit 'perasaan' pada jalan cerita supaya aku sedap nak menaip dan orang pun layan membaca. Bukan begitu?
Aku tak suka orang tahu aku tengah jatuh sakit dan tulis dalam blog. Seolah-olah seperti menagih simpati orang, tapi terima kasih kepada yang ucapkan 'Semoga cepat sembuh!'. Aku pasti menghargai kamu sebagai insan yang mengambil berat atas kemanusiaan dan bukan kerana minat pada aku sebagai seorang blogger yang tak 'feymes' (bernada 'poyo' bukan?).
...
(mengeluh tiba-tiba entri ini menjadi panjang)
...
Erk, aku mengalami kejutan budaya kot. Kerja yang terlampau banyak, tidur tak menentu, makan apatah lagi. Tidur seawal 3 pagi umpama menjadi biasa. Kuiz setiap minggu seperti rutin tetap. Pergi library macam pergi kedai makan. Akhirnya, aku jatuh demam sampai sekarang...
HAHA.
Apa-apa pun, aku akan cuba menaip entri yang terbaik yang berlaku di sekeliling aku.
Bosan?
Baca blog lain. Kebosanan mencipta kelainan.
5 ulasan:
Woh..entri ini ditulis berdasarkan???huhu
hahhaa...
berdasarkan apa?
jeng2
aku rs sekarang ni mmg musim demam kot..suara aku sekarang mcm bunyi suara jantan..hahah..
btw, blog aku sgt emo, terasa pulak di situ tp aku tak terfikir pulak nak menagih simpati..tp whateverlah..
owh...imagine, suara jantan?
kah kah...
syahme-emo... dah sinonim, itu cara ko mem-blogging. jgn ubah lak...
tak tau _a berdasarkan apa. Tapi aku macam sikit2 rasa macam makan ci_i. Pedas aje. hak3.
Catat Ulasan