Ahad, April 12, 2009

Bosan Lampau 07: The Godfather Trilogy

Ini bukan ulasan filem yang pernah keluar di pawagam pada tahun 1972. Cuma kenapa aku merasakan patut kamu menonton filem ini.

Aku kesuntukan masa hendak menonton filem-filem, kena mencari filem yang betul-betul berkualiti dan terbaik untuk mengisi hari Sabtu aku. Aku 'google' filem terbaik sepanjang zaman, dan ramai memberi kritikan baik terhadap The Godfather.

Aku pernah tengok 30 minit pertama filem pertama trilogi ini. Kamu tahu berapa lama durasi trilogi ini?

The Godfather - 2 jam 57 minit.
The Godfather Part 2 - 3 jam 22 minit.
The Godfather Part 3 - 2 jam 50 minit.

Soalan pertama kepada yang ada hati nak menonton. Sanggupkah kamu berada di depan komputer atau apa-apa alat penayang yang kamu mampu beli selama hampir 10 jam?

Aku gagahkan diri, dan ia terlalu amat berbaloi untuk ditonton!.

Cerita pasal apa? Pasal sebuah keluarga yang sempurna, tapi menjalankan perniagaan haram. Kira ala-ala mafia, dan mereka adalah mafia Italy. Nak tahu lebih lanjut, pergi cari kat Wikipedia.

Antara pengajaran aku dapat ambil dari filem ini walaupun ia filem yang dikategorikan 19 SG:

1. Utamakan keluarga. Keluarga adalah aset hidup kamu. Tanpa keluarga, kita tak kemana. Siapa yang sudi bersama dengan kita ketika susah dan senang?

2. Setia dan percaya. Mencari kawan mudah, bukan? Tapi siapa yang betul-betul kamu percaya? Ada kawan, rapati dan hormati sebaik-baiknya.

3. Hormat. Aku amat respek gaya cium tangan oleh pengikut mafia. Hormat bukan saja sesama keluarga tapi musuh sekalipun.

4. Bersopanlah ketika bercakap. Kita tak tahu, sepatah ayat yang keluar dari mulut kita boleh membawa kepada pertumpahan darah. Hati-hati bila berkata!

5. Pentingnya peranan wanita dimana-mana. Jangan abaikan bila mereka ada. Cubalah hidup membujang sampai mati, cubalah.

6. Anak adalah segalanya kepada ibu bapa. Pernah ada kawan umur kurang setahun dari aku kata, anak adalah harta terbaik bila kita jadi ibu bapa. Apalagi, buat anak ramai-ramai, tapi dengan cara halal, ok.


Filem Itali jarang dapat tempat di persada filem dunia, pada pendapat akulah. Filem saga The Best Of Youth dan filem The Godfather antara filem-filem memaparkan budaya dan bangsa Itali. Aku dapat simpulkan, keluarga berbangsa Itali sangat-sangat mementingkan hubungan kekeluargaan, adik beradik.

Kata Yasmin Ahmad, tema keluarga adalah tema filem yang harmoni dan magis (aku main tibai betul ke tidak ni).

The Godfather Trilogi, antara filem yang masuk dalam filem kesukaan aku.

Aku suka kritikan orang pada bahagian terakhir filem ini, mengenai The Godfather itu sendiri...

...He slowly puts on a pair of sunglasses, drops an orange from his hand, slumps over in his chair, collapses to the ground, and dies, completely alone...


Ingatlah orang tersayang yang sedia ada disekeliling kamu.

Kalau bosan dengan visual lama dan gaya percakapan yang berlapik-lapik, ini bukan filem kesukaan kamu.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

glocal berkata...

nak filem berkualiti?
cuba tgk
'the lucky ones' atau 'the kite runner'
kalau belum tengok...mesti tengok!ehehe

dandelinoid berkata...

dah tgk filem ngan bc buku skali...

haha...

thx, ada lagi tak filem lain nk promote?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...