Sabtu, Mac 14, 2009

Nota Ringkas : Isu Berat.

Tak tahu bila pula aku tulis benda ini, rasanya masa orientasi kemasukan pelajar asing untuk pelajar University of Ulsan. Aku bosan sangat kot...

...dan benda ini juga dibincangkan oleh Cik Nurmaziah (puas hati aku mention nama kau di sini? Haha)

Macam ini nota kaki aku...

"Kalau ada doktor cakap, aku akan mati dalam masa 6 bulan...

Apa aku kena buat?

1. Pergi sembahyang jemaah tiap-tiap hari. Kebiasaan kita tengok, duduk atas sejadah. Macam dalam drama Melayu.

2. Lotus Eater style? Duit simpanan dilaburkan sewa satu tempat yang lawa. Makan minum terjaga, lepak situ sampai mati. --> Cara barat.


3. Macam watak dalam 7 Pounds. Buat amal kebajikan kepada 7 orang. Nak jadi pengikrar penderma jantung, mata, buah pinggang... apa sahaja organ badan yang boleh diderma.


4. Macam hero dalam drama Kisarazu Cat Eyes. Buat segala benda yang tak pernah buat.

---> Menubuhkan band. Buat konsert amal.
---> Bercinta.
---> Kutip sampah di laut.
---> Melancong seluruh negara.

5. Bucket List. Aku cari sponsor untuk menghabiskan saat kematian aku. Terutama orang kaya.

Orientasi memang membosankan"



Memang beruntungkan kalau Allah tunjukkan kita bila kita bakal mati.

Otak aku ligat berjalan kalau aku tak ada benda nak buat.


Tapi, tak sangka. Dalam tempoh kebosanan aku diingatkan tentang mati.

Alhamdulillah...



Kalau aku diberi pilihan seperti mana di atas, aku tak tahu nak pilih mana satu. Atau aku perlu berlagak seperti orang yang tak sakit, senyum setiap hari, seperti tiada apa yang berlaku.

[Muzik belakang tabir: Feeling Good by Muse]

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

zach berkata...

woah!!!!

nama aku....

hakhak...

tapi en cam pelik sket x mention psl one litre of tears...

slalu org akan mention psl Aya tu...

hurm,Adib thinks differently...
patut la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...