Bahang semester ini mula terasa. Dah ada 4 laporan mengenai litar elektrik kena siapkan. Rasa menyesal mengambil kelas yang berkaitan elektrik, ingat dia ajar asas sahaja. Rupanya 'asas' dalam takrifan pelajar kejuruteraan elektrik.
Kekadang aku buka blog aku sendiri. Nak tengok juga komen yang kamu tinggalkan. Lepas itu, tengok 'live traffic feed' kat bawah tu.
Antara perkataan yang mereka 'search' di Google menyebabkan mereka tiba di blog ini:
1. Isteri, Perempuan...
2. Boys Over Flower
(ramai yang lawat blog ini sebab word ini)
3. KTM Berhad
4. Ipod
(segala macam yang berkaitan dengan Ipod)
5. Basikal
6. Kasut Bola
(ada satu entri aku tulis macam cerpen pasal kasut bola)
7. Filem Lucah Terbaik
8. Rupa salji.
9. Drama Jepun
dan aku paling terharu sekali...
orang yang google Dandelinoid, semata-mata nak baca blog ini...
PS: Terima kasih banyak-banyak.
Cuba kamu taip Dandelinoid. Hanya yang berkaitan dengan nama ini dan blog ini saja yang muncul.
Apa-apa pun...
Kebosanan mencipta kelainan.
2 ulasan:
Search "Stalker" kat Google,accidently terjumpa blog Dandelinoid. Cerita pasal stalker masa zaman sekolah, tersangat-lah best. Sejak tu, aku dah jadi peminat setia blog ni hehe~
correction, aku guna keyword "Kisah Stalker" bukan "Stalker" jer...
Peace ^_^
Catat Ulasan