Rabu, Mac 11, 2009

Sekadar Mimpi Selepas Subuh.

Aku tak kisah sesiapa nak cakap gadis yang muncul dalam klip video Aizat adalah comel belaka, bukan hot. In my man-sense view: she's hot. Noktah!

Haha.

Mimpi ini berlaku pagi tadi.

Aku bersama adik saudara aku, Ijat, dalam percubaan mencuri pandu kereta milik mak dia. Kereta wira hitam special edition, kalau tak silap. Cubaan ini dilakukan didepan rumah aku sendiri, dimana mak Ijat (yakni mak cik aku juga) melawat rumah famili aku untuk Hari Raya.

Orang yang memandu, adalah aku. Ijat sebagai penunjuk arah. Dalam perjalanan kami, tak ada situasi dimana kami perlu menekan brek (tafsiran disini: jalan lengang tak ada kereta, tak ada lampu isyarat). Kami bawalah kereta sehingga masuk ke lebuhraya persekutuan. Anehkan...tak ada kereta, lengang pula tu. Ianya memang mimpi...

Lebuhraya pasti ada tol, bukan? Ada tol, kenalah tekan pedal brek.

Ini bahagian mimpi yang membuatkan aku berpeluh-peluh ketika tidur. Aku tekan pedal brek, tapi tak berfungsi! Kereta ini sekarang menuju salah satu lorong tol, tapi halaju kereta masih tinggi!

Kami langgar palang tol (yang boleh turun, naik tuh). Langgar!
(jantung aku berdegup kencang, sekencang-kencangnya)

Habis barai bahagian depan kereta. 70 peratus bahagian depan kereta hilang! (mimpi apa benda boleh jadi). Ingat sampai situ sahaja, ada lah pula kereta peronda PLUS mengikuti kami dari belakang dengan siren yang kuat se-sangat. Kereta peronda tiba-tiba mencilok berada di depan kereta kami. Tak ada brek, langgar kereta peronda itu pula.

Memang kerosakan teruk.

Waktu ini juga gelabah. Kereta peronda PLUS telah menjadi 5 buah kereta. Aksi kejar-mengejar seperti dalam drama Gerak Khas berlaku.

Cilok sana, cilok sini. Kami selamat dari dikejar oleh kereta peronda.

Keluar dari kereta...

Ada seorang gadis yang lawa se-sangat berdiri depan aku, marah pada aku.

Dia cakap dengan nada yang agak terlalu marah...

"Kenapa lambat sangat awak bertindak?"

..........
.........
........
.......
......
.....
....
...
..
.

Maria, Ave Maria... Maria Ave Maria...
(lagu OST filem 100 Pounds Beauty versi Korea)

PS: Bunyi alarm HP aku adalah lagu 'Ave Maria'.



Dah pukul 10 pagi.

Persoalannya, siapakah gadis itu?
Muka aku tak cam se-sangat. Sebab bahagian akhir mimpi berlaku terlalu pantas.

Tapi, ianya bukan gadis yang aku anggap hot dalam klip video Aizat.



Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...