Isnin, Mac 02, 2009

Hari Sam-Gak Kimbap?

Aku tak tahu lah macam mana negara satu bangsa banyak hari-hari yang unik ke tak. Cuma pandangan aku pada Korea, macam tak banyak hari yang spesial. Contohnya, hari keputeraan baginda, thaipusam, blah, blah (Malaysia banyak sangat cuti, itu sebab produktiviti negara tak sehebat negara lain?).

3 hari lepas aku terpandang papan iklan di GS Mart (kedai 24 jam ala-ala 7 Eleven).

Promosi Sam-Gak Kimbab (triangle kimbab). Aneh, ada juga hari macam begini. Hari dimana Sam-Gak Kimbab dijual dengan murah, siap free minuman teh hijau. Takpun air jus nenas, oren bergantung pada tempat di beli.

Sam Gak Kimbab


Esok 3.3 tahun 2009. Sebab esok akan muncul 3, dan ia merujuk pada segi-tiga (Sam-Gak), maka dengan tak rasminya kedai GS Mart menjadikannya hari Sam-Gak Kimbab. Hari yang tak termasuk dalam kalendar cina dimana ada gambar kuda di bawahnya (kalendar kalau nak judi main kuda).

Sam Gak adalah inovasi penduduk tempatan terhadap makanan bernama Kimbab (kat Jepun pun ada rasanya). Nasi yang dikepalkan sehingga terbentuk segi tiga, dalamnya disumbatkan makanan seperti Camci (ikan tuna), daging lembu, sotong pedas, mayonis tak pun telur. Orang Korea kata, mereka adalah bangsa yang sibuk maka Sam-Gak Kimbab adalah makanan yang serba pantas. Cara hendak buka plastik Sam-Gak Kimbab ada cara tertentu, kalau tidak anda hanya makan nasi tanpa Kim (rumpai hijau), yakni makan Kimbab dalam keadaan 'bogel'.

Segan betul kali pertama makan Sam-Gak Kimbab, sebab aku makan dalam keadaan Kimbab itu 'bogel'.


Rupa Sam-Gak Kimbab yang tak 'bogel'

Hari Peppero. Hari yang penuh batang-batang coklat.


Ini hari yang paling aku tak faham langsung. Hari Peppero jatuh pada 11.11 setiap tahun di Korea. Disebabkan pada hari tersebut banyak tiang (4 batang tiang pada 11.11, kan?), entah-siapa-yang-bijak sangat menjadikan hari itu hari Peppero.

Peppero adalah biskut batang yang disalut coklat, ada yang letak kacang dan banyak jenis. Kalau aku jadi pemilik kilang biskut Peppero, aku sukalah. Jualan boleh naik setiap tahun menjelang bulan November. Tapi kalau aku jadi pemilik kilang yang mempunyai produk biskut batang coklat, sudah pasti aku akan 'hangin' satu badan. Sebab, rupa produk sama dengan Peppero, nama produk Apollo (contoh sahaja), mesti orang Korea cakap itu Peppero. Fikiran tipikal masyarakat Korea. Hampeh.

Pernah aku tanya, kenapa ada hari Peppero. Aku tujukan pada Shi. Tak tahulah mamat bulu lebat (popular di kalangan pelajar Korea kerana memiliki bulu tak ingat dunia) tipu aku ke tidak. Dia jawab, hari Peppero di cipta untuk hilang 'stress' pelajar Korea yang sibuk belajar.


Peppero yang bersepah di luar kedai.


Ok, sebagai rakyat Malaysia. Ada hari yang kamu nak cipta sebagai cara nak melariskan produk kamu?

Misalnya, (yang aku sempat fikir)

1. 7 haribulan 7 setiap tahun, air 7-Up menjadi separuh harga (ramai ke suka air 7-Up?).

2. 5 haribulan 5 setiap tahun roti sambal ikan bilis High 5 juga menjadi separuh harga. Beli, percuma air kotak susu UHT ke, ok?

3. 19 haribulan 1 (menjadi 01), daging sosej 1901 juga menjadi separuh harga. Tak pun, beli set dapat teddy bear ke, key chain ke.


Ada idea untuk menambah senarai diatas?

Kebosanan mencipta kelainan.

11 ulasan:

mykrusye berkata...

cekelat cloud 9...setiap 9.9 kalo beli cloud nine dapat free sebungkus gula2 cloud 9 plak...

ala...xkan makanan yang ada ciri2 nombor je...

Nasi Lemak xda ciri2 nombor eh...nasik lemak la menggambarkan kemalaysiaan.

Tanpa Nama berkata...

kalo kuih lepat pisang amacam??
utk 4/4, kuih lepat dijual skali ngan keropok lekor ngan harga yg murah...
memandangkn btk kuih lepat pon segi empat tepat.......
hari pahlawan= dijual kuih boom dgn teh tarik percuma.
sng citer, msia x pyh buat pon xpe.
makanan dh cukup murah...

Tanpa Nama berkata...

a'ah...makanan malaysia mmg murah kan?

lepat pisang beb~ kenduri leh dpt free, x yah tunggu 4.4

Lee Shauran berkata...

hehe..adib!

kimbap sedap x? mcm sedap..

mana da murah.. skng da mahai. T_T

Tanpa Nama berkata...

mmg x payah tunggu 4/4..
kene tunggu kenduri jelah...
hari kanak2
blh kasi free ABC(air batu campur)
kpd kanak2 yg br masuk skolah...
pupuk sikap membaca lah katakan.

miss berkata...

huhu..
mcm2..pelik tp benar..
tp best gak perayaan kat korea tuh..
kreatif betul diorg pk kn..
ngee~

Tanpa Nama berkata...

bukan hari peppero hr utk kasi peppero kat org yg kite suke ke?

Tanpa Nama berkata...

entah...
shi ckp mcm tu, ak pun dgr dr son seng nim mcm tu...

ker ada peppero versi jiwang>?

Tanpa Nama berkata...

bukan peppero wonllae versi jiwang ke? ni kawan korea aku cakap sebab time peppero day last year die cakap aku ade kasi/dapat dr org tak and die cakap kalo ade suke org, bg peppero tu kat die..cube ko tanye2 org lain. tak sure.. kang terfitnah la plak kan? tak baek gak..hehe..

Tanpa Nama berkata...

hoo...
ak ada dpt peppero, itu bermaksud...

dem...

betol la tu kot.

Tanpa Nama berkata...

wakakakka..
ehem2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...