Ahad, Mac 01, 2009

Budaya Makan 'Menyimpan'.

Ketepikan kes aku tertinggal seluar di Malaysia. Aku nak buka minda dan hendak kongsi pendapat kamu tentang budaya makan yang pasti ada dikalangan kita. Perasan atau tidak, mari fikirkan situasi ini...

Ashraf seorang peminat nasi lemak sambal sotong. Macam biasa, nasi lemak sotong pun ada telur kan? Si Ashraf ini makan nasi lemak seperti manusia lain makan nasi lemak. Makan-makan, habislah sotong, nasi dan kacang. Ada satu bahagian dalam nasi lemak dia tak makan lagi: telur kuning. Selepas dia menjilat-jilat saki baki sambal, dia membuka mulut seluas-luasnya. Sumbat telur kuning...nyum, nyum.



Pasti ini fenomena biasa kan di kalangan kawan-kawan kamu semua?

Aku pun ada juga. Kalau aku makan burger daging tak kisah ianya di beli Mc D tak pun gerai brader berambut panjang dan bermain gitar di kala pengunjung gerai tak ada, aku akan pastikan makan semua bahagian burger itu dan tinggalkan daging burger untuk santapan terakhir.

Begitu juga burger sosej dan benjo.



Tabiat ini kebiasaan manusia ke atau tidak?

Tolong eh... nak tahu pandangan kamu juga.

Kebosanan mencipta kelainan.

10 ulasan:

zach berkata...

ye ni kebiasaan.

seperti mak sedara aku yg baru berusia 18 thn dan adik perempuanku yg baru berusia 16 thn menyimpan udang ketika mkn nasik sama ada berlauk atau goreng.

aku?
huhu,rasenye x kot.

tapi kalau ada mcm2 lauk aku bahagikan nasik kpd bbrp bahagian dan letak lauk berasingan utk setiap bahagian kecuali satu bahagian yg diletakkan semua jenis lauk.

tabiat aku ni kebiasaan ke bukan ek? LOL

aina hazuani berkata...

kebiasaanya aku bukan telur
tetapi telur ikan (telur juga.heh)
pasti ditinggalkan
dan dimakan sikit sikit

sudah habis nasik
segala lauk pauk yang diambil

telur ikan itu akan diambil semua
dan dimakan akhir sekali

tabiat macam ni memang biasalahkan
yang sedap mesti dinikmati akhir akhir

barulah layan
kan

heh
=b

Lee Shauran berkata...

aku rasa kan, budak kecik je buat macam ni kot.......lol.

sbb dlu aku kecik2 pon macam ko kalo makan burger mst makan daging burger last.

bila makan nasi lauk ayam, ayam mesti makan last.


tapi bila dah besar, tak buat dah.
haha..

dewasa2..heheheh

Tanpa Nama berkata...

bkn bdk kecik jer yg wat perangai..aku pun ader tabiat camtue,ayam goreng akn ku tinggalkn. ;D
in my opinion,
aku rase benda last yg kiter makan tue aderlah benda yg sedap, unik,
dan ader x-factor dier yg t`sendiri,
yg wat kiter mkn bender tue last skali.......
cthnyer,, kiter leh minat,suka ramai org..
but at d end,confirm korg akn pilih
someone dat special kan.....
ini pandangan aku....
yg lain tue korg renung2kn...
tepuk dada tanya selera ;)

miss berkata...

huhu..tabiat ni mmg slalu ade dikalangan org2 sekeliling kte..aku dlu pon ade gak..kalo mkn nasi suke makan lauk last skali..huhu..
tp da bsr2 nih xde la plak..
haha..
tabiat tu dah ditinggalkan dan diwarisi plk oleh anak sedara aku..
ngee~

Tanpa Nama berkata...

tq2...

ia merupakan tabiat manusia yg ada tp jrg dilihat

Tanpa Nama berkata...

ksah telur tu kena kat batang hidung aku. haha.

Tanpa Nama berkata...

hoho...x merujuk pada sesiapa k?

Eman berkata...

save the best for last

Tanpa Nama berkata...

yg terbaek adalah yg terakhir~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...