Aku menaip ketika mood menulis dalam keadaan separa sedih. Nanti aku ceritakan kenapa.
Entri ini tidak merosakkan bangsa apa-apa, cuma ia menjadi kenangan paling lucu aku selepas beberapa hari aku berada dalam episod kehidupan baru aku.
Ahad yang lalu, perlawanan akhir Carling Cup di TV memang aku nantikan. Mulanya aku bercadang nak menonton sahaja di komputer peribadi aku, tapi memandangkan aku lambat buka web Afreeca.com, banyak slot menonton sudah penuh!
Jalan lain, terpaksa pergi bilik TV asrama. Mulanya aku seorang diri, lepas itu Zhaf muncul. Kira aku tak bosan tengok bola. Selepas separuh masa kedua, datanglah 4 orang Bangladesh. Aku tahu sedikit info tentang mereka. Mereka ada pelajar 'master' dan sudah pasti umur mereka lebih tua dari aku.
Antara perkara yang aku gelak tentang mereka...
Gaya pakaian mereka umpama duduk di Alaska. Pakai baju belon (baju ini memang sesuai untuk cuaca suhu negatif), memakai skaf tebal, pakai snow cap... dan last sekali, memakai kain pelikat.
Kalau kamu penggemar memakai kain pelikat ketika berjalan-jalan di Malaysia, jangan pakai di Korea. Ada seorang kawan aku hampir dirogol lelaki tua berbangsa Korea. Dia ingat kawan aku itu perempuan yang memakai skirt panjang.
Sambung balik...
Aku dan Zhaf khuysuk tengok perlawanan itu. Final kan? Kami tak cakap banyak, kalau cakap pun berkisarkan perlawanan yang sedang berlangsung. 4 orang Bangladesh tadi dah macam komentator RTM (Hasbullah Awang?), hebat mereka komen. Mulanya mereka sembang pemain bertaraf bintang EPL, lepas tu berubah ke Liga Sepanyol. Eh, patah balik ke Liga Itali. Hebat mereka...
PS: Aku tak faham bahasa Bangladesh, aku dengar nama-nama kelab dan pemain yang mereka sebut dalam loghat bahasa Bangladesh la...
Habis tempoh 90 minit perlawanan. Terpaksa bermain pada masa tambahan. Aku dan Zhaf keluarlah dari bilik TV, buat air, pergi tandas.
10 minit lepas itu...
Aku baru nak masuk balik. Aku tengok dari luar, tempat duduk aku dah di ambil alih oleh salah seorang dari 4 orang Bangladesh tadi. Rancangan perlawanan bola telah diubah, aku lihat kaca TV...
Masya-allah!
Aksi lucah pelakon Korea, lelaki dan perempuan di atas meja makan...
Aku pun selamba masuk ke bilik itu. Aku lihat semua tak perasan aku datang dari belakang. Kira mereka khusyuk habis. Tadi mereka bising kan masa tengok bola, tapi mereka senyap. Sunyi. Tanpa suara.
Aku keluar balik... aku gelak dulu kat koridor asrama. Lepas itu aku cakap kat Zhaf.
Aku cakap,
"Budak master tengok blue dow!"
Aku tengok jam di komputer aku, pukul 2 pagi. Patutlah mereka masuk bilik TV waktu begini.
Filem lucah secara percuma untuk tayangan dewasa berusia 19 tahun ke atas.
Barangkali mereka sangap, siap tengok filem lucah ramai-ramai. Macam zaman sekolah pula rasanya.
Aih, kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
sapekah kawan ko yg nk kene rogol pakai kain pelekat tu?
hahaha..
sangap betul bangla2 tuh..
ape nak jdi nih!org suruh blaja wat keje len plk..
aiseh~
Salam. Blog akubimbo adalah milik saya, bukannya milik Nizam Zakaria. - Saniboey Mohd Ismail
Catat Ulasan