Khamis, Mac 05, 2009

[Bosan Lampau 06] One Litre Of Tears.

Drama yang penuh inspirasi.

Zhaf, walaupun gaya dia seolah-olah mat rempit, drama ini mampu mengalirkan air mata dia.

Kesimpulannya, drama ini terlalu sedih. Beberapa babak sahaja yang agak lucu, yang lain: sedih memanjang.

Drama ini mengisahkan seorang gadis muda yang sihat, atlet bola keranjang. Tapi dia ditimpa musibah, penyakit saraf yang memaksa dia tak boleh berjalan, bercakap dengan betul. Nak aku spoiler drama ini? Baik tengok sendiri. Ramai yang minat drama Jepun cuba promosi kat aku tentang drama ini. Terima kasih kepada siapa yang promosi pada aku , yer.

Bila aku habis tengok drama ini, air mata tak sampai seliter. Cuma drama ini memberi kesan terhadap hidup aku. Membuat aku terfikir, apa hala tuju hidup aku. Hidup aku masih sihat, tapi apa yang aku sudah lakukan pada manusia lain. Orang cacat pun ada niat nak tolong manusia lain.

Lupa, drama ini berdasarkan cerita sebenar.


Apa aku dah buat pada manusia lain?
Adakah aku menyusahkan orang lain, menjadi beban?
Adakah kita cukup bagus menilai orang lain?
Siapa disamping kita bila susah?
Adakah kita hipokrit pada manusia cacat?

Banyak persoalan dalam drama ini...

PS: Fasa serabut memilih kelas untuk semester ini sudah lepas, tinggal nak belajar betul. Drama ini memang penuh inspirasi untuk meneruskan pembelajaran...

Kebosanan mencipta kelainan...

1 ulasan:

cafiena berkata...

aku suka ini

"Hidup aku masih sihat, tapi apa yang aku sudah lakukan pada manusia lain. Orang cacat pun ada niat nak tolong manusia lain"

aku harap orang lain pun dapat pengajaran tentang kemanusiaan, sedikit sebanyak walopun tidak menitis seliter air mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...