Khamis, Februari 12, 2009

Gangguan menjelang senja ketika tidur petang.

(Cerita ini bukan fiksyen seram, ianya hanya hiburan menjelang senja)

Aku keluar awal pagi, nak beli barang-barang nak dibawa ke tempat pengajian aku nanti. Tinggal lagi seminggu sahaja kaki aku berlegar di tanah air Malaysia. Aku sengaja pergi seorang diri sebab banyak benda aku nak beli, dan banyak tempat nak kena pergi. Kalau bawa adik aku, sudah pasti akan timbul perasaan sedikit bengang dengan fiil budak-budak. Biasalah budak…

Tengahari, aku sudah siap dengan tugasan aku. Ingat nak tidur tengahari. Paginya tadi hujan, aku terkenalah juga masa berlari-lari kearah kereta. Maka, tengahari itu, aku mandi ingat nak labuhkan mata. Baru nak lelap…

Kena hantar mak aku pergi bank, kedai roti. Masa di bank ada masalah dengan jumlah pelanggan disitu (ada ramai pelanggan, itu je). Aku menunggu diluar bank dengan keadaan berdiri selama sejam. Sejam mungkin tempoh agak lama kalau tidak berbuat apa-apa. Habis urusan bank, kena pergi tempat lain. Beli keperluan dapur.

Ingat dah selesai urusan menjadi ‘driver’ peribadi mak aku. Baru nak lelap selepas Asar, kena hantar tilam ke nursery (betulkah ejaan ini). Macam aku kena menunggu selepas Maghrib untuk lelap mata. Tengah layan kartun Digimon (cerita lama zaman aku sekolah menengah), aku membungkang depan TV, sehinggakan ada tetamu kejutkan aku tanya mana famili aku.

Aku seorang diri dirumah. Aku cakap mak ayah aku pergi entah ke mana.

Aku sambung tidur dalam bilik dimana atapnya ada lubang besar (cencurut pun boleh jatuh beb!).

Baru dalam 20 minit aku tidur…

Kring, kring, kring (bunyi HP berbunyi, tapi sebenarnya vibrate sahaja, Cuma aku tak tahu macam mana bunyi vibrate)

Aku: Erm…(gaya malas nak cakap)
Pemanggil Lelaki: Zara ada?
Aku: Erm…Zara mana?
Pemanggil Lelaki: Ini bukan no Zara ke?
Aku: Erm…(aku letak panggilan)

Selepas 2 minit…

Pemanggil Lelaki: Hello, saya nk cakap dengan Zara. Please…
Aku: Erm….
Pemanggil: Awak ini siapa…?
(fikiran jahat aku menguasai minda)
Aku: Saya BF (boyfriend) dia. Kenapa?
Pemanggil Lelaki: Eh, dia cakap dia ‘single’? Sorry yer… tak ada niat nak kacau awek orang. Nak tanya dia kat mana saja.
Aku: No prob. (aku senyum jahat!)
Pemanggil Lelaki: Sorry erk. Ok.

Panggilan berhenti sampai situ. Aku pun sambung dengan tidur senja aku. Tapi, aku ingat dah tak ada orang kacau, ada panggilan lain pula muncul, si pemanggil adalah wanita. Macam marah keadaan dia. Pemanggil Wanita: PW. Aku: AK.

PW: Hey, awak siapa? Ni bukan no Zara ke?
AK: Ha? Ohh, cari Zara juga ke?
PW: Ni siapa ni?
AK: Awak ni dah masuk orang kedua salah nombor.
PW: Kira awak ni yang cakap awak BF Zara, kan?
AK: (Alamak…garu kepala). Ala, memain je.
PW: Awak tahu tak, awak dah kecewakan kawan laki saya. Berani erk awak buat macam itu!
AK: Apa masalah dia dengan Zara? (cuba alihkan cerita)
PW: Awak wat apa sibuk nak tahu? (nada jerit wanita marah)
AK: Ok, ok. Saya bersalah. Saya ingat gurau biasa saja…
PW: Awak ini memang tak ada adab langsung! Benda macam ini jangan gurau…

Aku macam dipersalahkan, padahal mereka sepatutnya bersalah atas kesalahan mengganggu orang tidur petang (bagi aku kesalahan serius, melainkan panggilan penting).

PW: Awak ini bla, bla, bla….tak jaga hati orang….bla, bla…main lepas je cakap.
AK: (aku memang tahap nak campak HP ke arah siling berlubang atas kepala)
PW: bla…bla…
AK: WOI, KORANG TAHU TAK? AKU NAK TIDUR! DAH SALAH NOMBOR, SALAH LAH! APA PASAL NAK EMO TAK TENTU HALA? AKU KENAL KAU KE? KO KENAL AKU KE?

Mak aku: Apa pasal jerit nak dekat Maghrib ni?
(Adik aku muncul depan pintu bilik sambil kata, “Abang mengigau”)

PW: …

Panggilan itu terhenti. Aku pun tak pasal-pasal marah kat wanita dalam telefon itu. Aish, ada juga manusia yang ambil serius panggilan salah nombor.

Pengajaran: Tutup telefon anda kalau nak tidur lebih lena. Jangan mempermainkan panggilan salah nombor, padah. Lebih-lebih lagi kalau si pemanggil wanita. Lelaki ok kot, sebab aku memang selalu mempermainkan.
HAHA. Hidup kadangkala bosan, tukarkan ia kepada suatu yang lain. Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha....adib ko mmg gile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...