Sabtu, Februari 21, 2009

[Bosan Lampau 05] Drama Jepun Terbaik . Mungkin?

Selamat bergraduasi kepada aku. Ini adalah entri aku yang dah terperap disimpan dalam kepala. Baik buang sebelum lupa. Bukan? Sesiapa yang baru bermula nak minat menonton drama Jepun tapi tak tahu apa yang berbaloi untuk ditonton. Sebab aku baru mula nak minat!

Minta maaf kepada En. Guo diatas kelakuan kasar aku, menggambarkan En. Guo adalah seorang berbadan besar dan gemuk pula pada entri mengenai Juara Lagu. 'Mian GUO-Nim'!

PS: 'mian' adalah ucapan maaf dikalangan kawan rapat.

Dan, terima kasih kepada En. Guo kerana menyediakan bekalan drama Jepun yang agak berkualiti. Boleh dikatakan bantuan En. Guo menyelamatkan cuti panjang aku di Malaysia.

Ok. inilah ulasan aku.

Gokusen 01 (5 bintang)
Drama best habis. Kisah seorang wanita yang ingin menjadi cikgu sekolah menengah. Berhati mulia, tapi anak kepada seorang Yakuza. Nak tengok cikgu sekolah berpakaian baju pendidikan jasmani dan membelasah budak-budak jalanan? Ini yang terbaik untuk kamu. Cikgu ini telah diamanahkan menjadi guru mentor untuk kelas budak-budak jahat (nakal ok lah!). Maka cabaran disitu.

Gokusen 02 (4 setengah bintang)
Masih seronok untuk ditonton. Bab gaduh pun masih relevan. Cuma jalan cerita dah boleh agak, sebab agak-agak mirip dengan cerita Gokusen 01. Setiap akhir episod ada nilai murni untuk dipelajari. Cikgu ini telah ditukar ke sekolah lain (bukan dalam sekolah Gokusen 01) dan tugas pun sama: kena pastikan semua pelajar budak-budak nakal kelas dia (dapat kelas jahat gak) semua selamat graduasi.

Gokusen 03 (3 bintang)
Aish. Jalan cerita hampir sama, tapi watak-watak budak jahat dalam Gokusen 03 tak se-stylo Gokusen 02 dan 01. Sebab watak mereka kelihatan poyo sikit. Rasa aku macam nak tumbuk pula watak itu. Alang-alang dah tengok Gokusen 01 dan 02, tengok je la Gokusen 03. Jangan salahkan aku kalau bosan tengah-tengah cerita.

Liar Game (4 bintang)
Wow. Cerita bagaimana nak menipu orang. Permulaan yang mahal untuk cerita begini, dimana seorang gadis secara tiba-tiba ditawarkan duit yang banyak dan bagaimana untuk bermain permainan bernama 'Liar Game'. Habis satu peringkat, dibawa ke peringkat berikutnya sehinggakan bahagian terakhir... Susah nak cakap, bahagian terakhir permainan Liar Game secara kasarnya tanpa lapik aku cakap 'macam syet!'. Macam tadi juga, alang-alang dah tengok, habiskan saja.

Kurosagi (5 bintang)
Ini tak akan mengecewakan kamu. Siapa tak percaya, lantak kamu. Ini drama paling berbaloi kalau beli DVD atau CD. Pelakon lelaki itu (aku tak kenal sangat tapi aku minat), gilak!. Memang cool-person. Mengenai seorang pemuda yang duduk dirumah apartment kecil tapi berbakat untuk menipu orang. Tapi dia menggunakan bakat itu untuk menolong siapa yang telah ditipu. Kira macam Robin Hood la. Drama ini kira meletup, sehingga sudah ada filem dia sendiri. Katanya ada filem kedua menyusul...

Code Blue (4 bintang)
Ala-ala House, ER. Siapa yang suka bidang perubatan kecemasan, ini saat cemas kamu. Kisah 4 budak baru (trainee) menjadi skuad pertolongan cemas sebuah hospital. Uniknya, helikopter dalam drama ini. Sebab setiap kali berlaku kecemasan, akan ada helikopter terbang. Aku tak suka bidang perubatan, tapi tengok drama ini aku tahu sikit-sikit tentang cara nak hentikan darah, potong tangan di kawasan kejadian. Ngeri erk? Tahun 2009, filem Code Blue akan dikeluarkan...

Hana Kimi (5 bintang)
Drama separuh gila, masih boleh kawal lagi kegilaan itu. Lawak habis, dan ada unsur romantik yang tidak keterlaluan. Kisah 3 asrama, yang boleh masuk hanya pelajar yang kacak-kacak sahaja tak kisah kamu bodoh dalam pelajaran. Lepas itu, ada seorang perempuan berpura-pura menjadi lelaki untuk menyelamatkan karier kekasihnya dalam asrama itu. Aku bagi 5 bintang, kamu pasti faham apa maksudnya.

Prosposal Daisakusen (5 bintang)
Di Malaysia, disebut Operation Love. Penuh unsur romantika, tak boleh disangkal lagi. Kisah seorang lelaki yang kecewa melihat kekasih hati berkahwin dengan lelaki lain. Biasakan, ada perasaan menyesal lepas itu cakap sorang-sorang kat belakang. Siapa sangka ada orang dengar luahan hati kamu, dan ingin membantu kamu mencapai impian kamu? Biasanya perempuan suka cerita begini, tapi tak salah kalau kamu lelaki hendak menonton pun.

Zettai Kareshi (3 setengah bintang)
Erm. Terus kepada isi. Seorang wanita inginkan lelaki ideal muncul dalam hidup dia. Seorang saintis tahu tentang hal itu lalu diberikan ciptaan dia, robot lelaki yang penuh perasaan cinta terhadap manusia. Isu berat nak kupas, maca cerita A.I. Robot berusaha sedaya upaya nak cintakan manusia, sanggupkah kamu mencintai robot? Itu je.

Galileo (4 bintang)
Untuk siapa yang minat drama seperti CSI. Seorang saintis yang berlagak terlalu cool menyelesaikan suatu masalah. Saintis ini selalu dipaksa seorang inspektor wanita supaya menyelesaikan kes-kes paranormal yang berlaku di daerah mereka diami. Bahagian menarik adalah ketika saintis mendapat ilham: kalau dia berada di jalan, dia akan capai batu merah dan menulis rumus-rumus fizik, kimia atas jalan sambil berfikir. Kira saintis yang fleksibel menulis rumus di mana-mana walaupun pada tong sampah besi.

Kisarazu Cats Eyes (Lebih dari 5 bintang!)
Ini drama yang penuh kegilaan! Superb duper! Kalau kamu nak belajar budaya Jepun yang jarang diketahui bolehlah menonton drama ini. Serius lawak tak kering. Drama remaja, sekumpuan lelaki yang masing-masing ada masalah sendiri telah dikejutkan bahawa salah seorang dari mereka akan mati dalam masa 3 bulan (tak silap kot). Mereka sedaya upaya nak hiburkan kawan dia, untuk mencapai impian kawan dia sebelum mati. Merompak kereta, buat konsert, keluar ke Tokyo dan macam lagi. Filem dia pun sudah keluar!



Cuaca sejuk di luar. Aku hanya mampu menggerakkan tangan di papan kekunci.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

usha la kisarazu cat,s eyes nihon dan world series...layan...

Tanpa Nama berkata...

byknyer drama jepun...
kurosagi, code blue, proposal daisakusen dilakonkn oleh Yamashita Tomohisa.
still kurosagi yg t`baik.
pe kater layan one litre of tears
drama jepun yg tlh buat ramai org bengkak mata..

Tanpa Nama berkata...

dgr mcm gitu juga...

xda sumber nak tgk one liter of tears, huhu

Tanpa Nama berkata...

betul..betul..betul.. gokusen ke 3 x sebest yg 1st n 2nd.. poyo + menyampah ada gak..masi bebudak gi.. hihi.. jalan citer same. but "kimi wa petto" boleh bagi 5 star ler.. :-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...