Selasa, Februari 10, 2009

Begitulah kehidupan berlalu…

Begitulah kehidupan berlalu, tak semuanya sama jalan cerita, apatah lagi skrip yang diberi. Kita hanya watak picisan (ayat Pak Tam). Ada jalan kehidupannya umpama roda, sekejap diatas, sekejap di bawah. Ada juga seperti roket terbang ke udara, naik naik dan terus naik. Turunnya entah bila hendak jangka. Jangan lupa kita hanya manusia, hanya mampu merancang, sebaik perancangan hanya Dia Yang Satu.

Sejak kecil kita diberi didikan supaya jadi insan yang sebetulnya insan di mata masyarakat. Orang sekeliling mahu kita jadi seperti doktor, peguam, bla…bla. Maka mahu jadi doktor, asuhannya bagaimana?

Mungkin aku masih mentah hendak menilai kehidupan remaja. Kadang-kadang aku masih terperangkap dalam jiwa untuk berada di zon selamat atau zon cabaran. Zon selamat dimana kamu pejam mata untuk tidak melihat apa berlaku di sebelah kamu, dan hanya fikirkan ‘aku adalah aku’. Prinsip hidup untuk berada di zon selamat, barangkali begitu cara dan gayanya.

Mahukan cabaran? Apa cabarannya pula? Mendaki gunung, berdakwah dan sebagainya adalah cabaran, takrifannya lebih kearah positif. Bagaimana kawan kita memilih untuk terus mencabar diri di jalanan. Pasti istilah ‘rempit’ muncul dalam benak fikiran kamu. Entah…aku tak tahu apa aku sedang perkatakan. Cuma neuron otak menyambung antara satu sama lain, berfikiran rambang dikala 4 pagi di salah satu kampus UM.

Ingatan aku hanya pada kata-kata yang pernah aku katakan dulu…dan ianya muncul dan ditujukan kepada aku.

B: Ko duduk sana tak ada life macam kita orang, kan?

A: A’ah. Itulah life aku…

Memang lumrah manusia tidak bersyukur. Nak itu, nak ini. Padahal sudah terang lagi bersuluh ada jalan terbaik telah terbentang. Pejam mata dan lalui, ingat siapa pernah kamu temui didalam perjalanan kehidupan kamu. Siapa yang pernah hulur tangan ketika susah, siapa yang melambung kamu ketika kamu berjaya, siapa yang memujuk kamu bila menitis air mata…

Jalan aku masih panjang…

“Apabila berjalan seiring bersama seorang Raja, jangan lupa tangan siapa yang berada dibawah,”

Psst… aku mengarut bukan-bukan.

HAHA. Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Eman berkata...

peh ada quote ayat aku tu hehe

Tanpa Nama berkata...

http://eekshop.com
an overall total

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...