Dari blog senior yang senyum selalu: Hisham.
Perbualan eksklusif bersama YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Petang tadi saya terlibat dalam mengendalikan forum YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertajuk “Globalization & The True Realities. Forum ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) di Korea Universiti.
Mungkin tajuk ini terlalu jauh dari ruang selesa (comfort zone) seorang pelajar kejuruteraan. Saya dapat lihat dari belakang melalui bahasa badan (body language) yang terdapat ramai hadirin yang agak sukar mencerna apa yang disampaikan. Syukur kerana Tun dapat mengesan hal tersebut dan menerangkan istilah-istilah dan konsep-konsep globalisasi, krisis ekonomi dan tukaran wang asing secara ringkas.Tetapi saya rasa bertuah kerana mengambil subject elektif Understanding Globalization semester ini.
Saya tak nak bercerita pasal isi forum tu sebab semua orang boleh search jer kat internet. Apa yang saya nak kongsikan ialah perbualan eksklusif bersama Tun sewaktu kami minum bersama-sama selepas forum itu. Hanya AJK PPMK sahaja yang diberi peluang ini jadi saya mahu kongsi bersama-sama.
BTW saya akan tuliskan dalam bentuk point-point penting bersama nota tambahan untuk menjadikannya lebih berkesan:
1. Apa buku yang Tun rekemenkan untuk bakal pemimpin negara seperti kami? (soalan Dan,Presiden PPMK) Saya rasa elok banyakkan membaca buku mengenai sejarah Malaysia, sebab ramai yang tak tahu sebenarnya sejarah negara kita. Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum oleh sejarah itu sendiri. History repeat itself.
2. Apa rahsia kesihatan Tun, walaupun dah berusia 83 tahun masih sihat? (soalan Azmizal, Pengarah Forum) Tu kena tanya isteri saya.Sambil ketawa. Datin juga menyambung jenaka Tun dengan menyatakan bahawa kalau nak tahu rahsia dia kena bayar royalti dulu :P
3. Bagaimana pula dengan waktu tidur Tun? Saya pergi ke tempat tido pada pukul 10 malam, tetapi selalunya saya akan baca buku dahulu dan tidur daripada pukul 12 sampai 6 pagi.
4. Saya dapat lihat bahawa ciri-ciri pemimpin generasi baru ialah bukan kepada pengkhususan tetapi lebih kepada skop yang lebih meluas. Apa komen Tun mengenai perkara ini? (soalan Hishamuddin, Presiden Kelab UMNO Korea)Sebagai pemimpin kita perlu tahu serba sedikit mengenai semua jenis perkara. Jack of all trades. Kalau IT kita tak perlu tahu untuk buat program, cukup sekadar faham konsep IT secara umum.
5. Pendapat Tun mengenai UMNO dan BN sekarang? UMNO dan BN harus buat kaji selidik untuk memperbaiki dan mengetahui kelemahan mereka. Terdapat banyak pemimpin sehinggalah ke ahli yang makan rasuah dan korupsi. Bagaikan dah jadi satu budaya dalam UMNO / BN. Kita kena ubah perkara ni secepat mungkin sebelum rakyat menetapkan dalam minda mereka bahawa UMNO / BN adalah satu cara untuk mengaut keuntungan peribadi.
6. Relevankah diteruskan program Dasar Pandang ke Timur ini? Memandangkan kos hidup yang meningkat di Korea ini? (soalan Ajay, Naib Presiden PPMK)Kerajaan memperuntukkan berbilion ringgit untuk sektor pendidikan. Kalau ada ribuan pelajar yang dihantar ke sini tentu ia membebankan kerajaan tetapi dengan jumlah yang kecil seperti ratusan pelajar adalah sangat sesuai. Kerana kos ini kecil jika dibandingkan dengan jumpah belanjawan untuk pendidikan negara kita.
7. Melalui pilihanraya yang lalu terdapat banyak pihak yang menyatakan bahawa BN menang tipis berbanding kemenangan majoriti seperti pilihanraya sebelum ini kerana faktor blog. Tetapi apa yang dapat saya perhatikan kebanyakan kawasan yang tewas adalah kawasan yang agak terpencil dan kebanyakannya tidak mempunyai internet. (soalan Hishamuddin, Presiden Kelab UMNO Korea)Sebenarnya itu adalah undi protes. Mereka tidaklah menyokong pihak pembangkang sebagai tanda menolak wakil-wakil rakyat yang sedia ada.
8. Adakah sesuai jika kita mengamalkan sistem pemerintahan seperti Korea, dimana seorang pemimpin tidak boleh memerintah lebih dari pada 2 sesi berturut-turut. Saya juga lihat kerajaan Jepun memiliki kerajaan yang bagus. (soalan Vincent, Biro Pendidikan PPMK)Mana ada bagusnya, pernah ada ahli politik Jepun meminta pendapat saya bagaimana cara untuk memperbaiki sistem kerajaan di sana. Tempoh untuk menukar kerajaan setiap 2 tahun adalah tempoh yang terlalu singkat kerana kerajaan yang baru dibentuk mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Setiap sesi pemerintahan amat berbeza dan setiap pemimpin akan cuba membuat perubahan yang berbeza jadi kalo tempoh hanya 2 tahun, mereka tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menjayakan matlamat mereka. Kalau pemimpin itu memang tidak mampu seelok-eloknya kita tukar as soon as possible. Tapi kalau dia seorang yang elok dan mampu memimpin, kita jangan tukar. Ini lagi elok untuk pembangunan negara.
9. Bagaimana Tun menguruskan stress dan kerisauan? Sebab Tun telah menjadi Perdana Menteri bagi satu tempoh yang panjang.Saya sebagai Pengarah Forum pun dah tak dapat nak tidur sebab risau.(soalan Azmizal, Pengarah Forum) Buat apa nak risau, kalau kita risau pun bukanya boleh selesai. Jangan risau sampai tak boleh tidur. Bila masa untuk tidur, kita tidurlah.
p/s- struktur ayat telah diolah bagi menyampaikan isi-isi penting kepada pembaca.
Point Menarik:
* Eye contact sangat penting ketika berkomunikasi.Memang tak dinafikan seat saya depan Tun tetapi Tun banyak menjawab soalan dan berbual sambil memandang saya. Mungkin kerana saya cuba mendengar dengan berkesan. Mengekalkan eye contact, mengangguk secara yang bersesuaian bila bersetuju dengan point yang disebut. Mirrowing, mengulang semula ayat terakhir yang disebutkan setelah mengolahnya. Bukan parroting, mengulang semula dengan ayat yang sama. Semua orang yang bercakap menghargai jika kita mendengar dengan bersungguh-sungguh. Saya juga dapati bahawa jika kita follow-up setelah sesorang itu menjawab soalan dengan pertanyaan yang lebih lanjut. Perbualan akan menjadi lebih menarik kerana orang yang bercakap dapat merasakan bahawa pendengar betul-betul faham dengan apa yang telah diperkatakan.
* Jangan serius atau gelabah sangat walaupon dihadapan orang kenamaan. Saya pasti mereka pun tidaklah mengharapkan layanan yang berlebih-lebihan. Agak lucu kerana ada yang takut untuk menuangkan air teh kerana takut tertumpah kerana menggigil. BTW saya minum teh hijau dari teko yang sama dengan Tun :) Ada juga yang kurang selera makan. Saya tambah dua tiga kali mee goreng tu, selera kerana sambil mendengar kata-kata hikmah dari Tun :P
* Tun sangat romantik. Mengisikan mee goreng sendiri dan memberikan buah kepada Tun Siti Hasmah.
* Tun Siti Hasmah amat lemah-lembut, seorang pelajar wanita mengakui hal ini :P
* Letakkan humor dalam perbualan bila berjumpa dengan orang kenamaan. Yang pertama ialah akan lebih rapat kerana mesra dan yang paling penting ialah sebagai tanda kita tak gelabah atau gugup di hadapan mereka. Saya sempat bergurau selepas minum petang itu, ketika ramai AJK PPMK mengambil gambar dengan Tun saya berkata ” Semua ambil gambar dengan Tun, saya nak ambil gambar dengan Boss Tun la macam ni(sambil menunjukkan ke arah Tun Siti Hasmah) hehehe :P
* Jangan hanya menumpukan kepada watak utama, watak-watak sampingan juga penting kerana mereka menyumbang kepada kejayaan watak utama. Ketika semua orang sibuk mengerumuni Tun untuk mengambil gambar dan memintak sain, saya mengambil peluang untuk berborak bersama setiausaha peribadi Tun yang berjalan keseorangan. Secara jujur saya rasa Tun takkan ingat orang-orang yang berebut mengambil gambar beliau. Tetapi setiausaha beliau menanyakan nama saya lagi tu selepas berborak (terlupa perkenalkan diri dahulu :P )
Dialog bersama Setiausaha Tun:
* Saya: Sure perkara ni dah biasakan bagi Tun? ( Sambil menunjukkan ke arah orang-orang yang mengambil gambar dan sain Tun)
* Setiausaha TUN: Aah, memang biasanya macam ni. Waktu di Melborne minggu lepas pun meriah macam ni juga.
* Saya: Terima kasih kerana menjayakan program hari ini.
* Setiausaha TUN: Sama-sama, terharu juga Tun masih dihargai seperti ini setelah bersara.
* Saya: Tu lah.
* Setiausaha TUN: BTW siapa nama ni?
* Saya: Saya Hishamuddin Mohamad, Presiden Kelab UMNO Korea.
* Setiausaha TUN: Owh, ok la saya masuk dulu ke dalam kereta.
* Terima kasih kepada Azmizal kerana memperkenalkan saya kepada Tun secara peribadi.
Dialog bersama Tun:
* Azmizal: Saya perkenalkan Presiden Kelab UMNO Korea, Hishamuddin.
* Tun: Owh, nice to meet you. Pergi tak Persidangan Agung UMNO (PAU) nanti?
* Saya: Pergi. Tun pergi tak?
* Tun: Saya dan isteri “belum” jadi ahli UMNO
* Saya: Hehe. Nanti kalau Tun masuk balik kita jumpa :)
1 ulasan:
hello..
sesungguhnya anda ialah peminat tun M??
Catat Ulasan