Haish. Folder gambar aku sudah penuh. Baru nak masuk gambar Annual Dinner PPMK 08. Aku simpan dulu hasrat itu. Kena buat sesuatu untuk 'belakang atas' (ayat lain: back up) folder aku. Tinggal lagi berapa ruang sahaja, dah boleh penuh. Mungkin sebab terlalu obsesi dengan hobi mengambil gambar secara rawak?
Menyelak-nyelak album lama, aku jumpa gambar pancake aku. Pancake dalam kategori berjaya, maksud aku pancake aku lawa dan tengok sahaja mampu menyiurkan. Sebelum ini aku selalu juga buat pancake, tapi tak lawa. Warna dia tak sekata.
Bodoh. Nak makan sahaja, kenapa lawa-lawa?
Macam Annual Dinner tadi, masa aku ambil buahan-buahan dan kuih-muih, aku susun dengan kreativiti aku sendiri. Letak nenas elok-elok. Kek coklat tingkat-tingkat. Honey dew di tepi, tersusun. Ada orang tanya, aku tak berapa kenal. Macam junior bawah aku, tapi terima kasih kerana menegur walaupun aku tak kenal. Erk, aku popular? Mustahil. Tak percaya.
"Eh, dah susun pun susun balik dalam pinggan?"
"Nak makan, kena lawa-lawa," jawab aku.
Aku punya tabiat, makan benda tersusun? Entah. Aku nak tunjuk pancake aku buat masa sahur bulan Ramadhan lalu. Ini boleh sebiji macam gambar pada pek tepung pancake. Cubaan berkali-kali. Lawa pancake aku! (aku angkat bakul)
Rahsia: Kawal api. Bagi kecil sahaja dan biar lama. Bahagian atas pancake ada lubang-lubang, baru boleh terbalikkan. Lawa tak pancake aku?
2 ulasan:
err..dOrayaki?lalala..~
huhuhu...
thankz abg adib ajar wat pancake...
Catat Ulasan