Selasa, November 04, 2008

Fahami situasi ini. (Cik Tarzan MARAH dengan COOKIES)

Aku terasa marah pun ada. Bingung pun ada. Hairan pun ada. Cepat aku sampaikan hati marah aku pada kawan aku, tentang perkara berlaku ketika Annual Dinner.

Biasalah aku dengan kamera aku, ambil sana, ambil sini. Tarzan diatas; gelaran seorang manusia yang memanggil aku Cik dan bukan Encik (walaupun tangan aku macam perempuan, orang kata), entah kenapa pula Tarzan dipilih (ini bertambah bingung juga). Berbalik cerita tadi. Ok,itu tak apa. Suka hati aku apa nak ambilkan, kamera aku pula tu. Macam mana aku nak mulakan. Perasaan marah sangat, marah meluap-luap. Nak sahaja aku 'sound' dia, tapi aku masih tak faham sangat-sangat. Apa yang berlaku?

Semua mahu aksi mereka diabadikan, dan gambar yang mereka mahukan adalah:

Seorang wanita berada di tengah dan lelaki-lelaki mengelilingi wanita itu. Aku tak mahu sebut nama dia. Kalau aku kata COOKIES pasti kamu tahu siapa.

Punyalah baik aku mengambil pose-pose mereka, dan kebanyakan dalam gambar itu mahu gambar ini dalam tangan mereka yakni ingin memiliki sebagai koleksi peribadi. 2 snap, 3 snap, 4, 5 sehingga 10 gambar dalam keadaan begini.

Aku rasa gambar tadi ada 2 yang OK. Takkan dari 10 tak ada yang bagus langsung. Dah berbulan aku pakai kamera macam ini pula tu. Berbulan-bulan aku belajar mencuba sudut terbaik untuk pose potrait. Aku marah, geram. Geram habis.

Wanita tadi yang dikelilingi lelaki datang pada aku dan tanya:
"Nak tengok gambar tadi?" soal dia.
"Owh, boleh saja," aku pun tunjuk pada dia.
"Gambar ini buruklah. Boleh awak delete?" soal dia lagi.
"A'ah. Ini macam buruk. Nak delete ini kan? OK," aku balas.
"Bagi sekejap, nak delete apa yang tak lawa," pinta dia.
"Eh, jangan delete. Boleh touch-up sikit," aku seolah-olah merayu.

Dia delete 1, 2, 3....

...sampai 10 gambar dia bersama lelaki-lelaki lain tadi.

Dia tekan-tekan. Muka dia macam risau. Aku pun risau juga. Dia tanya:

"Mana gambar saya tadi?"

Aku tengok isi kamera aku, dan aku menjumpai suatu perkara...

DIA 'DELETE' SEMUA GAMBAR TADI!!!

Lebih telinga berdarah lagi, dia tanya balik mana gambar dia. Menjadi masalah pada aku, kalau lelaki-lelaki tadi tanya mana gambar tadi, aku nak jawab apa? Nak aku tipu, nak cerita perkara sebenar? Nak aku cakap ada wanita buat dajal pada gambar-gambar mereka?

Dia pun buat muka sedih kenapa gambar dia tak ada. Dan cakap 'Gambar saya tak ada tak apa...' sambil berlalu dengan muka 'innocent'. Ya, dia tak kisah. AKu?

Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku kata sesuatu menunjukkan reaksi marah...

Fahami situasi aku.

11 ulasan:

Em Berg berkata...

ko tersepit ni

Eman berkata...

jangan bagi orang lain pegang kamera

ila ni berkata...

sangat sakit ati dgn org camtu~!
err..terdrop komen, sblm ni intai-intai gaya stalker,sorry~

Tanpa Nama berkata...

huhu..dengan slambernyerrr =)

Tanpa Nama berkata...

aku dgr pon aku jsldkjflksa~penat kawan2 lain beraksi utk gambar drg~sabar dib..huhu

Tanpa Nama berkata...

tiba2 ak teringat time 4geb~

Tanpa Nama berkata...

berani die buat ko camni...
nanti aku call cookies tu...bagi ayat pedas...hehehe..
sian ko adib

Tanpa Nama berkata...

aku pulak yg geram dib. haha

mnguni berkata...

adib ak pon geram

Chiangの强 berkata...

tu la. lain kali jgn bagi noob pegang camera ko.

blurryfella87 berkata...

baca je perkataan cookies terus aku dapat imagine siapa and bagaimana situasi keadaan tu berlaku.. ilek adib..ketentuan tuhan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...