Jumaat, November 07, 2008

(Musim Pertama) Budak Jahat : Ponteng Solat Jumaat

(Entri ini panjang. Sejarah hidup aku masa kecil-kecil)

Aku banyak idea untuk menulis, kekadang datangnya macam banjir, kadangkala pula macam kosong kepala nak tulis apa. Tapi aku banyak benda nak cerita.

Cerita lama cerita lapuk tapi aku suka ingati kembali. Sejarah hidup kita siapa nak karang dan abadikan kalau bukan diri kita. Lain pula kalau aku seperti orang kenamaan, kan.

Masjid dengan rumah aku di Malaysia punyalah jauh. Masa aku darjah lima, aku boleh bawa motor tapi bapa aku bawa motor pergi tempat kerja. Nak tak nak aku kena naik basikal meredah laluan estet getah, rumah-rumah orang kampung, kedai ABC (ada 3 tak silap dalam perjalanan sampai ke masjid), rumah kawan aku, tapak projek highway yang berdebu. Terasa macam susahkan kalau nak ke masjid? Peluh campur debu-debu. Basikal aku dulu bukan basikal ada gear yang popular masa aku sekolah rendah. Semua berebut-rebut nak pakai basikal ada gear, rasa macho boleh tackle perempuan nama Mastura lah katakan.

Mastura tu gadis kira 'hot'. Sebab dia cantik. Darjah lima dah boleh bezakan siapa cantik atau tidak. Tapi aku kenal Mastura ini sebab dia sekelas dengan aku, meja dekat-dekat. Memori yang aku ingat pasal dia, rumah dia kedekut bagi air sirap masa raya. Tahulah aku budak-budak nak kutip duit raya banyak-banyak. Tapi janganlah kedekut bagi sirap!

Berbalik cerita tadi...

Aku selalu pergi solat Jumaat sama rakan-rakan aku yang sekepala. Rakan-rakan yang akan pulang dari solat Jumaat dengan ais kepal di tangan. Ais kepal, tempat aku ada lagi. Sedap dan murah. 40 sen dah puas. Satu hari ini, hari Jumaat, aku pergi siap-siap nak pergi masjid. Tapi tak semena-mena adik aku 4 tahun nak ikut aku. Aku memang malas nak bawa adik aku suruh dia duduk belakang. Aku kena kayuh lebih laju.

Lupa nak cakap, dalam perjalanan itu ada bukit tinggi, selepas keluar dari estet getah. Pasti aku termengah-mengah mengayuh mendaki bukit. Kalau motor senang sahaja. Ini basikal!

Seperti biasa, rakan-rakan aku akan kumpul depan rumah Hafiz Ahmadi (si gemuk yang berlagak otai tapi dia baik. Bapa dia garang, mak dia pun sama. Aku pernah tengok dia sebat anak dia depan rumah). Kami lepak depan rumah dia dulu, sebab ada pohon beringin besar. Sekarang tahun 2008 jadi bilik gerakan komuniti di sini.

Aku bawa adik aku tunggu bawah pohon besar ini. Lama betul aku tunggu (tunggu semua benda rasa lama). Datang Hafiz Ahmadi dengan porot boroi dia.
"Wei, aku malas nak pergi. Aku ada projek dengan Zaki,"
"Projek apa? Takkan aku nak pergi sorang-sorang,"
"Pergi ngan adik kau,"
"Dia kecil, mana reti halau anjing," aku balas.
"Padan muka, nanti kena gigit anjing,"

Aku tambah sekali lagi, laluan di estet getah kadang-kadang ada anjing mana muncul. Pernah kami lalu ada anjing kejar. Tapi ramai-ramai di tambah dengan adanya Hafiz Ahmadi dan kawan lain, tak takut.

Hafiz Ahmadi cakap dia nak pergi rumah Zaki. Sebab mak bapa Zaki tak ada di rumah hari ini. Dia nak cuba main game baru. Emulator King katanya.

Aku dengan serba salah pada amanah mak aku suruh bawa adik aku pergi solat Jumaat, aku heret sekali adik aku pergi rumah Zaki. Rumah Zaki ini depan padang. Rumah dia ini port kami lepak. Pernah dulu suatu musim main kereta Dash Yankuro, kami curi semua kotak-kotak di kedai Sejahtera (kedai popular dengan komik Dik Cerdas) bawa ke rumah Zaki nak buat litar macam dalam animasi Dash Yankuro. Boleh buat tu.

Dulu tak ada PS, tak ada Wii, tak ada X Box. Ada cuma game tape. Ramai-ramai kami kumpul rumah dia main game Street Fighter. Abugit! Kuasa dari Ryu. Rindu zaman kecil-kecil. Sampai rumah Zaki, ada 3 basikal depan rumah belum termasuk aku. Hafiz Ahmadi jalan kaki. Tapi nak suruh aku 'carry' dia depan aku. Nak mati apa. Dia gemuk pula tu.

Masuk-masuk sahaja, ada Adli, ada Faridzuan dan Zaki. Sedang khusyuk main game Emulator King, banyak betul game dia ada. Sekarang mereka tengah main Goofy Adventure. Adli tanya aku...
"Wei, apsal ko bawa adik ko, bahaya,"
"Aku nak letak dia kat mana, mak aku suruh bawa,"
Zaki mencelah.
"Tak kisah, jangan adik ko report sudey,"
Hafiz Ahmadi menjengil mata pada adik aku dan berkata-kata seolah menjerit...
"Report kat mak ko, aku pukul ko!"
...lepas itu dia gelak-gelak. Adik aku sebenarnya jenis kuat pukul orang, termasuk aku walaupun ketika itu dia masih kecil. Pernah aku gaduh dengan dia, aku kalah. Dia anak ketiga, panas baran, cepat melenting tak tentu pasal. Aku selalu jadi mangsa dia. Pernah suatu ketika dulu dia rosakkan model kapal terbang yang diperbuat dari ubat gigi Darlie. Aku menangis seharian tengok model kapal terbang aku buat sendiri hancur lebur, tak makan. Mak aku pelawa makan Mc Donald pun aku tolak tepi. Adik aku kejam masa kecil-kecil...

Tapi sekarang adik aku macam harimau dijinakkan oleh Hafiz Ahmadi. Senyap tanpa kata.

Masa pun berlalu. Dari game itu ke game ini, bertukar-tukar tangan pada keyboard. Adik aku duduk atas katil main dengan kereta kawalan jauh milik Zaki. Kalau dia buat benda aneh-aneh di rumah Zaki, habis aku ditempelak rakan-rakan pula.

Tengok jam. Masa macam dah sesuai nak balik rumah. Tak boleh balik lambat-lambat. Petang ada kelas sekolah agama pula. Dalam perjalanan aku 'carry' dia di belakang basikal, aku cakap sesuatu pada dia.
"Fiq, kalau mak tanya khutbah pasal apa, cakap pasal Nabi Muhammad,"

Adik aku mengangguk sahaja. Aku risau dalam hati. Itu soalan bakal diterima tiap-tiap minggu sebagai bukti memang aku pergi solat Jumaat: "Khutbah cakap pasal apa?".

Bagus juga mak aku buat macam itu, aku tak boleh main-main atau tidur masa khutbah, Kena dengan betul-betul. Dah macam satu 'habit', aku memang tak tidur masa dengar khutbah. Dengar betul-betul.

Aku 'parking' basikal aku dalam sebelah basikal adik perempuan aku. Dalam hati, dub dab dub dab. Dan masanya, aku melangkah masuk letak kopiah di rak bapa aku. Aku nak masuk bilik cepat-cepat...tapi mak aku tanya soalan emas dalam perjalanan aku masuk ke bilik...

"Khutbah pasal apa hari ni?"

Aku tak jawab. Tak suka menipu depan-depan. Aku diam. Cuma aku jawab "Hmmm....", buat seolah-olah berfikir apa yang patut dijawab.

Adik aku datang. Dia jawab, "Pasal Nabi Muhammad,"

Fuh, kelegaan yang tak terhingga. Rasa tak sesak nafas ketika itu. Aku menipu juga sebenarnya cuma aku tipu mak aku dari mulut adik aku. Bila besar macam begini, rasa menyesal pun ada, rasa lawak pun ada, rasa diri ini kejam pun ada. Ajar orang menipu.

Sekarang, adik aku masuk sekolah agama menengah, sama sekolah yang aku masuk seminggu sahaja masa aku tingkatan 4. Selepas itu aku sambung belajar di MRSM Muar. Adik aku lagi alim dari aku, walaupun jalan perjalanan belajar sama dengan aku. Masuk sekolah agama yang sama, dapat result UPSR yang sama dan pelbagai lagi. Dia hafal Al-Quran, hadis, tafsir lagi banyak dari aku masa sekolah menengah. Puasa sunat lagilah.

Hadiah terbaik aku untuk dia adalah PSP aku.

Tapikan...

Jahat tak aku masa kecil-kecil?

Bersambung episod akan datang...

1 ulasan:

eza erneza berkata...

foyooo..
panjangnya tulis.. ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...