Selasa, November 11, 2008

Daun luruh dan kami bermain-main...

Musim paling aku sukai, musim luruh atau nama lain yang lebih sedap didengari: Autumn.

Aku sekarang semakin gila berfoya-foya dengan kawan sebaya atau atas atau bawah.

Tapi, tak bermakna aku lupa untuk mengisi sesuatu.

Banyak benda dalam kepala mahu mengata "Masuk dalam blog woi!". Tapi kadangkala otak kiri aku kata jangan, sebab aku manusia yang tak boleh bergerak bebas sel-sel dalam kepala. Nak lepak satu bahagian logik sahaja, disergah idea baru nak berganjak ke sebelah kanan. Kompleks?

Mari lihat gambar-gambar tak seberapa...bukan di sini. Di web TheLabuLabi.com

Gambar Yellow Ring aku masuk TheLabuLabi.com . Aku mahu promosikan apa itu Labu-Labi tapi tak ada entri yang berkaitan. Kali ini sesuai? Barangkali...

Aku mahu letak info sedikit mengenai hidup aku sebagai Ipod User, jenuh aku jawab benda sama pada pengguna Ipod Touch baru. Gadget cool kena tahu apa fungsinya.

Lagi satu, nak cerita pasal negativiti aku pada gadis cantik. Semuanya bermula dengan kasut. Kasut biasa sahaja. Baru hari ini terfikir pasal benda itu.

Aku juga mahu katakan sesuatu pasal, pasal, pasal apa..?

Aku mahu tidur...

1 ulasan:

happycloud berkata...

erkh,skang musim luruh ek??
bkn musim sejuk ek??
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...