(Dah masuk Cetusan 2008: Majalah Rasmi PPMK Setiap Tahun)
ARTIKEL CETUSAN 2008
PENULIS: DANDELINOID
Tajuk: L Vs P
Ada 2 jantina manusia yang wujud di dunia, Lelaki dan Perempuan (selepas ini L merujuk kepada Lelaki dan P kepada Perempuan). Saintis-saintis sibuk mencari, mengkaji dan menyelongkar rahsia yang wujud antara 2 makhluk unik ini. Melambak-lambak di pasaran buku menjadikan isu ini bahan cerita mereka; apa L buat? Apa P lakukan? Apa bezanya L dan P?. Walaupun dengan situasi apa mereka cuba gambarkan tentang perbezaan mereka, L dan P bercakap bahasa yang lain, respon yang berbeza terhadap sesuatu berlaku. Dan ini pengamatan saya melalui bacaan hamper sedozen buku dan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
L Vs P: Masa kecil lagi sudah berbeza!
Masa kecil lagi cara kita berkomunikasi dengan bayi L dan bayi P berlainan. Kalau kita cuba buat muka-muka comel depan bayi, depan bayi P kita cakap “Alahai, comelnya dia,” , kalau bayi L? Tak adalah ayat-ayat manis macam diajukan kepada bayi P.
L Vs P: Sensitiviti terhadap manusia di sebelah.
P boleh tahu rumah sebelah ada berapa manusia, nama, apa orang sebelah buat, kekasih dia, rahsia, apa yang mereka fikir. Si L? Hanya berapa kerat dia tahu. Kalau tahu nama pun itu sudah kira terbaik. Siapa yang menjadi ‘posmen’ menjaja gosip-gosip dikawasan kejiranan? Dan tak lain dan tak bukan… (tak salahkan sesiapa)
L Vs P: Pemilihan warna.
Kalau P pergi membeli langsir, baju, owh. Hebat. Dia nak warna satin, nak warna hijau muda, nak warna cadar katil macam itu, macam ini. Tanya L, apa warna yang mereka suka pakai. Dengan ragu-ragu jawab, “Merah, Biru, Hijau”, tak ada pula mereka kata warna ‘maroon’, ‘aqua’, ‘teal’ warna-warna yang diberi nama khas yang pelik. Sebab si L tertumpu pada warna asas sahaja.
L Vs P: Tertumpu dan Luas.
L mempunyai pengamatan mata yang member tumpuan pada satu benda, bukan macam lensa ‘fish-sye’. Macam situasi L cari stoking, cari baju dalam almari. Benda itu ada depan mata, tapi cakap pada kawan “Aku dah cari baju, tapi tak jumpa-jumpa juga,”. Kalau ada ibu yang mendengarnya punyalah ‘fed-up’, dengan selamba kaum P jumpa. Anehkan? Tempat sama tapi si L tak jumpa. Sebab pandangan mata P lebih meluas tapi bukan jarak jauh. Berlainan dengan L, tertumpu tapi jauh kehadapan. Sebab itu L sesuai jadi pemandu jalan.
L Vs P: Ketika masuk ke dalam satu majlis…
Apabila ada satu pasangan L dan P masuk dalam kenduri atau majlis tari-menari., P tahu dengan cepat apa yang berlaku didalamnya. P tahu kawan dia dengan siapa bersembang, siapa tengah bermasam muka antara satu sama lain, siapa musuh dan kawan kepada dia. Lain pula yang berlaku pada L, tak berminat dengan manusia ada didalamnya, apa yang dia tahu, ada makanan, pintu keluar dimana, pintu masuk besar mana, kedudukan meja kerusi, mana lampu yang terang dan malap.
L Vs P: Apabila bersembang.
Si P ada kebolehan bersembang dengan kawan rapat sambil tahu apa yang berlaku atau perbualan disebelah walaupun muka tepat memandang kawan rapatnya. Hebat. Si L tak boleh melakukan seperti itu, itu sebab kenapa si L dapat panggilan telefon ketika berbual meminta untuk keluar dari situ secepat mungkin. Pesanan saya, jangan meminta L berbual ketika L sibuk menonton TV, memang tak dilayan.
L Vs P: Perasa makanan.
L mahir dalam menentukan makanan itu rasa masin dan masam, sebab itu peminum alcohol adalah L. P pula mahir dengan rasa manis, manis seperti coklat. Sebab itu golongan yang minat coklat adalah P. Orang kata, antara L dan P, kaum L senang tahu buah itu dah masak atau tidak. Tapi sebenarnya kaum P yang pandai menentukan buah itu sudah masak atau tidak. Kebanyakan perasa makanan di kilang-kilang makanan adalah kaum P.
L Vs P: Kedudukan yang diminati.
Si L suka duduk dikawasan yang belakangnya ada halangan macam dinding. Lihat sahaja dalam kelas, siapa duduk dibelakang. Tidak pun, kalau di restoran, si L suka tempat duduk yang menghadap pintu masuk. Ini symbol berhati-hati kepada L, mana tahu kalau-kalau musuh yang masuk, tak boleh serang belakang! Si P tak kisah dimana-mana mereka duduk dalam restoran, asalkan berteman dengan kawan-kawan atau kekasih atau dengan anak-anak.
L Vs P: Skil, kemahiran, minat…
Saintis membuktikan L berminat menggunakan otak kiri, dimana lebih cenderung pada matematik. Mereka juga berminat pada bangunan, puzzle, benda-benda yang berkaitan menyelesaikan masalah dan cepat mahir berbanding P. Antara bayi L dan P, biasanya bayi P cepat bercakap berbanding adik beradik L yang lain. Mereka juga mahir belajar bahasa dari kaum L. Mereka juga pandai memperbetulkan tatabahasa berbanding L.
L Vs P: Banyak dan satu.
Si P mampu melakukan pelbagai dalam benda dalam satu masa. P mampu menguruskan anak sambil menjahit, masak lauk sambil menonton TV atau mendengar muzik dan telefon. Apabila L masak dan sembang dengannya, habis dimarahinya. Keadaan ini menjelas situasi si P boleh menggosok gigi sambil bersembang ! Apabila L berus gigi, dia berdiri pandang cermin, tengok air, sudah berapa isipadu air yang keluar dari paip! Dalam perbualan seharian pun dah menjelaskan segalanya, “Apa yang ibu kamu buat di rumah?” Anak menjawab “ Ibu basuh baju, kemas rumah, jaga adik, memasak,”. Cuba soalan ini tuju kepada si L, “Ayah tidur,” “Ayah kerja,”.
L Vs P: Bercakap, cakap, cakap…
Mari kita lihat kaum L yang pergi memancing, mereka duduk 5 jam, 9 jam dan boleh berkata tanpa apa-apa. Kalau kaum P, mereka lihat suatu yang gila. Sebab mereka dah boleh berbincang beratus-ratus topik tanpa henti yang berkisarkan kehidupan seharian mereka. Dan yang bertambah kagum, selepas mereka pulang, mereka masih boleh telefon dan bercakap untuk 4 ke 5 jam lagi. Adakah bapa-bapa kita setelah habis kerja pulang ke rumah dan banyak bercakap? Lain pula pada ibu-ibu kita.
L Vs P: Menonton soap opera, drama, filem…
Apabila ada 5 orang L dan 5 orang P duduk setempat menonton drama, pastinya si L suruh si P tutup mulut dan senyap. Apabila ada iklan, si L menanya kepada si P kenapa watak itu jadi macam itu macam ini, padahal si P dah menangis teresak-esak mengenangkan watak drama tadi. Sebenarnya si P bukan sahaja faham jalan cerita, tapi eksperisi muka yang menunjukkan riak sedih, gembira, dan sebagainya. L tak mampu memahami benda-benda sebegini.
L Vs P: Wajah muka.
Suatu pagi seorang L (bos) datang ke pejabat, si P, seorang kerani tegur muka bos monyok semacam. Biasakan? Cuba kerani itu L, peduli apa muka bos monyok atau tidak. Si P mampu baca eksperisi muka kawan-kawan dia yang lain. Si P juga ketika berbual boleh menunjukkan muka gembira, muka sedih, muka masam. Si L ada satu muka sahaja. Ada orang menangis sebelah, dia muka macam itu. Ada kawan menang cabutan bertuah, muka pun macam itu. Inikah alasan dikatakan L memang ‘cool’ dan ‘rilek’?
L Vs P: Berjalan dan sesat.
Mudah sahaja. Kalau sekumpulan L dan sekumpulan P sesat dalam bandaraya besar. Kumpulan mana akan mula bertanya? Kumpulan P. Kaum L tadi boleh sahaja nak bertanya, tapi sikap ego memang tak boleh lari dari L. Lebih baik cuba dulu, sesat lagi baru tanya. “Malu bertanya sesat jalan”. Mana wujudnya dan siapa yang cipta ayat ini?
L Vs P: Siapa yang tengok sebenarnya?
Playboy, Penthouse atau apa-apa majalah lucah yang popular di dunia ini menjadikan target lelaki adalah pembacanya. Majalah seperti ini menunjukkan wanita yang (tuutttt). Cuba majalah yang penuh dengan gambar-gambar lelaki yang (tuuutttt). Jarang si P baca, bukan jarang rasanya, tak ada. Siapa yang baca sebenarnya? Lelaki, lelaki GAY. Apa yang si P baca? Majalah-majalah gosip, majalah fesyen macam Vogue, MAG, Elle dan lain-lain.
L Vs P: Respon.
Si P lebih tertumpu pada manusia di sekelilingnya dan muka dan si L pada bentuk objek. Apabila bertentang mata, si L menipu ,dengan cepat si P tahu dia ditipu. Pssst…cara nak menipu si P adalah dengan berkata melalui telefon, mesej, benda yang tak menunjukkan riak muka. Bayi P lebih suka kalau ibu mereka sentiasa ada disebelah berbanding bayi L. Ada trak permainan yang besar dan kereta kebal yang bergerak sendiri mungkin sudah memadai. Pada hari mula persekolahan, si P boleh tahu nama kawan meja sebelah. Si L boleh melompat, berlari, bermain polis sentry, tapi masih tak tahu nama kawan mereka.
Kesimpulannya, L dan P banyak perbezaan. Ini baru sedikit dari apa yang boleh saya kumpul dalam artikel ini. Beza penutup tandas L dan P, dengan siapa L dan P pergi ke tandas, apa yang L dan P bualkan apabila sesame jantina, cara percakapan L dan P dan macam-macam lagi. Apa yang kita perlu lakukan, fahami kenapa semua ini berlaku dan kenapa kita diciptakan berbeza antara satu sama lain. Jadikan kehidupan seharian kita rujukan, dan belajar daripadanya.
PS: Banyakkan membaca. Tak rugi.
7 ulasan:
ptt ler mang ngn selamber leh sesat jalan nak ke uia dr tol gombak walhal uia hy seperlaungan je dr tol gombak..hak3..~
L Vs P: Menonton soap opera, drama, filem…
"Apabila ada iklan, si L menanya kepada si P kenapa watak itu jadi macam itu macam ini, padahal si P dah menangis teresak-esak mengenangkan watak drama tadi. "
Yaaaa Tersangat-sangat tepat!
" Pada hari mula persekolahan, si P boleh tahu nama kawan meja sebelah. Si L boleh melompat, berlari, bermain polis sentry, tapi masih tak tahu nama kawan mereka."
Sangat la tepat...Bukan aje si P boleh tahu nama kawan meja seblah, siap boleh hafal nama kawan kelas sebelah.
komen2 seperti berpihak kepade L nampaknye.
ces!
=b
tapikan..aku ade ciri-ciri bagi wanita tuh..tapi au lelaki sejati..camne tuh?
nice entry =)
"Si L boleh melompat, berlari, bermain polis sentry, tapi masih tak tahu nama kawan mereka."
sewaktu kecil dulu aku susah betul nak ingat nama kawan aku.
walhal,hari2 main sama2.
tapi,oi2 je ngn die.
Catat Ulasan