(Dah masuk Cetusan 2008: Majalah Rasmi PPMK Setiap Tahun)
ARTIKEL CETUSAN 2008
PENULIS: DANDELINOID
Tajuk: Muffin Coklat Dan Lilin Merah
Langkah kanan. Langkah rezeki. Aku baru sahaja nak masuk ke bilik Haikal, di pelawa pula makan kek di bilik bertentangan. Apa aku lihat ada kek yang hampir separuh sudah dijamah, hanya beberapa kerat yang tinggal. Aku tanya siapa empunya kek ini, tetamu yang sekian lama hadir mengatakan hari ini hari lahir Syahidan, atau nama yang aku selalu panggil: Sidan-g.
Sambil aku cuba memotong kek, Liyana bertanya kepadaku sesuatu.
“Kau pernah tak sambut besday?”
“Tak pernah bila dah besar,”
“Kira masa kecil-kecil pernah la kan?”
“A’ah,”
“Sidan dari kecil tak pernah…”
Aku terdiam. Memang benar kata orang, apabila kita fikir kita paling teruk dimuka bumi, ada lagi insan yang lebih perit kisahnya. Aku jumpa orangnya siapa dan dia ada didepanku. Selama ini aku rasa superhero-superhero sahaja yang hari lahirnya tak disambut. Beruntung atau tidak. Hari lahir ke-21 baru dia dapat hadiah ideal yang ringkas: kek hari lahir.
Aku cuba-cuba mengingatkan bila kali terakhir aku menyambut hari lahirku. 15 tahun lalu? 10 tahun lalu?. Secara jujur aku dulu manusia yang tak kisah apa yang berlaku pada tarikh itu, hari lahirku. Kadangkala aku tidur, kadangkala aku merayau. Kalau ada siapa yang ingatkan aku bila tarikh itu tiba, aku rasa gembira, sebab aku tak terlupa. Terima kasih kepada yang ucapkan “Selamat Hari Lahir.
Aku sudah ingat, hari lahir paling bermakna masa aku kecil. Semua saudara-mara berebut-rebut nak suapkan kek ke mulutku. Sampai aku rimas dengan keadaan itu, aku berlari ke arah pak cik kesayangan aku dan duduk diribanya sehingga semua tetamu beredar pulang. Kawan sekolah tadika pula menghadiahkan aku sekotak pensil warna Luna. Disitu aku mula minat nak belajar mewarna. Hari itu aku selalu berimpian setiap tahun akan ada hari sebegini, semua untuk diriku.
Masuk sekolah berasrama, aku lupa semua itu. Tradisi tetap tradisi. Suasana asrama kadangkala menimbulkan cemas, walaupun aku suka keadaan dikelilingi manusia yang ramai. Mana tidaknya, detik 12 malam dan esoknya hari lahirku, mereka berpakat menangkapku dan mulakan majlis ‘tilam burger’. Situasi dimana aku diatas tilam, dan yang lainnya cuba menghempap aku. Kalau tinggi ke siling, itu lagi baik, kata seniorku. Kejam atau tidak. Aku puas seketika, mereka ingat hari lahirku.
Bila aku mula habis zaman bangku sekolah, aku sekali lupa. Disini aku belajar sesuatu dari kaum hawa. Ucaplah “Selamat Hari Lahir” kepada kaum hawa. Mereka pasti menyukainya. Lebih bermakna katanya kalau semakin menghampiri pukul 12. Secara rawak aku ucap kata-kata ini kepada kawan-kawan perempuanku. Apa yang aku dapat? Mereka kata aku sudah matang, mereka kata aku sangat romantis, mereka kata aku sangat prihatin. Owh, aku takut pula nak ucapkan secara rawak selepas ini.
Aku manusia yang mudah lupa tarikh sebegini.
Kring, kring, kring…
Jam telefon bimbit memberitahu sudah hendak masuk 12 malam. Aku bangun dari tidur selepas Isyak. Aku sangat letih hari ini. Gosok mata dan berus gigi. Aku keluarkan muffin coklat dari peti ais dan letakkan diatas meja. Aku cucuk lilin merah yang panjang. Aku nyalakan.
Aku berdoa kepada tuhan kerana hari ini masih bernafas.
Aku tiup lilin itu sambil kata “Selamat hari lahir Mohd Adib,”
Sambil senyum, aku cuit sikit muffin coklat. Aku sambung tidur semula.
Terima kasih kepada diriku, aku tidak lupa apa makna hari ini.
PS: Selamat hari lahir kepada Sidan-g, hari lahir kau mengingatkan aku bahawa aku tidak berseorangan.
4 ulasan:
you will find another person
err ak pn xpnah sambut bsday sejak kecik.
kamu buat saye terharu.isk.sedey.. =(
我慢してね!
また他の人があなたにケーキをあげて、一緒に蝋燭の火を噴くから。。
Catat Ulasan