Pasti ada tertunggu-tunggu isi blog bagaimana aku menyambut hari lahir aku, tapi aku tak mahu cerita sekarang. Sebab sekarang pelajar-pelajar di sini sekarang hangat mengenai pilihanraya PPMK (Persatuan Pelajar Malaysia di Korea) untuk jawatan 4 tertinggi dalam organisasi ini.
Pssst...aku tak mahu dikatakan aku buat bodoh sahaja mengenai isu ini. Ini bukan isu kecil yang perlu dipandang sebelah mata. Maka aku mahu memberi ulasan pilihanraya pertama yang menggunakan konsep seperti amalan demokrasi sebenar. Kempen dalam masa tertentu, dan undi. Syabas.
Pertama kali, aku ucapkan selamat berjaya kepada yang bertanding dan rata-rata sebahagaiannya adalah kawan sama tahun (sama batch la), senior aku dan junior aku. Kalau kamu mampu apa salahnya bertanding? Ini peluang kamu menonjolkan kamu siapa sebenarnya.
Aku rasa seronok tengok keadaan kempen, dalam kesibukan hari-hari belajar kamu semua masih sanggup menghantar SMS, melalui Yahoo Messenger, dan menampal poster. Tapi kenapa minggu ini penuh dengan pilihanraya? (Pilihanraya US, pilihanraya di kolej dan PPMK)
Kolej aku pun sibuk kempen, tapi aku menyampah dengan parti pelajar nombor 3: tak layan weigugin (orang asing) macam aku. Dia bagi manifesto pada pelajar lain tapi tidak pada aku yang lalu didepannya. Kamu pasti dah hilang undi dari aku. Ada wujud sikap double-standard. Aku ingat badan pelajar yang ada sekarang, yakni yang mereka dipilih tahun lepas. Punyalah baik pujuk weigugin (orang asing) macam aku bertanya masalah pelajar Malaysia, tanya pendapat nak menambah baik keadaan kolej dan sebagainya. Bodoh keterlaluan kamu mengamalkan double-standard pada pengundi kamu.
Motifnya: Jangan kamu fokus pada pengundi majoriti, minoriti jangan dilupa.
Minoriti ada kesinambungan kecermelangan minoriti. Tapi siapa yang mahu melihat minoriti? Isu ini disangkal dalam drama Jepun, LIAR GAME. Konsep minoriti dan majoriti kamu boleh dilihat dari sudut pembangkang dan pencadang (penyokong).
Kalau semua satu suara, yang dapat dilihat kepincangan. Ada pro, ada kontra. Percaya atau tidak, satu pihak sahaja yang wujud, dilihatnya kabur itu semua sempurna. Yang sempurna hanya satu, Yang Maha Esa.
Tapi jangan lupa 5 November...terima kasih siapa ucapkan. Ramai pula nak letak nama di sini, terima kasih banyak-banyak.
Jangan lupa mengundi.
Remember, remember the fifth of November
Gunpowder, treason and plot.
I see no reason, why gunpowder treason
Should ever be forgot.
4 ulasan:
V for Vendetta!
Aku amat yakin dan percaya!!
tp yang NO 3 punyer manifesto best gak..salah satunya nak tambah kyoyang budongsan kat dongyang :)
aku suke yang no 2..pg td die org sogok aku dgn benda pemanas badan bentuk love..hahahahah
aku tak undi no3...tak layan aku budak malasia..taula wegugin...
Catat Ulasan