Isnin, November 24, 2008

Jarum patah tak elok disimpan.

Perasaan gambar di-delete, rasa marah. Tapi tak apa. Terlalu emosional rasanya sampai masuk blogkan. Kena akui, aku telah melayan minah yang agak tak faham macam mana dia berdepan dengan manusia lain. Bukan maksud aku, akulah yang terbaik memahami manusia. Cuma aku belajar dari kesilapan lama. Tak ada

Terima kasih buat Gathering Batch 85, himpunan seramai manusia yang boleh yang dijalinkan melalui tarikh datang ke Korea masa hampir sama (ada 2 trip batch aku ni, salah satu yang tak ada pada batch lain. Yeke?), tapi tarikh kami graduasi mungkin berbeza. Itu bahagian sedihnya.

Tak apa. Kita enjoy malam yang kita putarkan 3 tahun lalu. Bersama muka kawan-kawan sekelas di INTEC ketika mula-mula diberi nama pelajar tajaan JPA program Korea. Kelas Busan, Seoul, Taegu dan Taejon. Owh, bagus betul HI-COM memutarkan masa, kami bermain seolah-olah budak-budak walaupun ada yang nak kahwin, bermisai lebat, rambut panjang, pakaian bukan skema seperti menunggu bas INTEC.

Kami membesarlah juga. Kami berevoulusi. Baik atau tidak, kamu pandang dan hakimi walaupun kamu tak layan menentukan siapa kami! Kami seperti kebudakan? Lantak kamu! Kami seperti tak bersatu hati? Itu kata kamu, kami tak mampu tutup mulut kamu.

EH, jauh aku meleret.

Berbalik isu gambar di-delete pada entri lepas. Malam itu, adalah sampul surat yang nama setiap seorang dari batch kami diletakkan. Boleh letak surat pengampunan, mintak halal itu ini, ucapan semoga berjaya pada masa lalu dan macam-macam. Mudah sahaja, tulis apa yang kamu mahu katakan pada kertas kecil dan sumbat pada sampul surat penerima. Macam gambar bawah ini.



Aku buat sesi macam mini-studio, minah ini datang juga meminta gambar ditangkap. Mula-mula Sood ada disitu, tapi dia berlalu pergi sambil kata "Ko layan dialah,". Kalau aku tak layan, mesti dia kecil hati, dahlah hati manusia memang kecil. Aku kosongkan hati. Seperti seorang dungu, aku buat apa yang dia mahu walaupun dia pernah sakitkan hati aku.

Dia datang seperti malam makan malam dimana dia delete semua gambar. Aku pasti dengar ayat, "Boleh delete gambar ini, tak lawa,". Dan agakan aku tepat, dia mahu delete gambar dia!. Aku tarik nafas, pegang kamera aku supaya dia tidak sampai ke tangan dia. Aku kata, "Jangan, please ye,".

Perasaan marah semakin membuak-buak. Dia seolah memaksa. Aku berlalu dari situ.

Kalau aku simpan kemarahan, lama-lama jadi dendam. Jarum yang patah jangan disimpan didalam peti. Seperti hati marah, disimpan jadi parah. Aku ambil sekeping kertas putih, aku tulis segala perasaan marah aku pada kertas itu.

Aku tulis, tulis, sampai aku perasaan marah aku hilang.

Ini cara kalau nak luahkan perasaan marah pada jantina lawan kepada kita. Kalau tak percaya, tengok balik buku Men from Mars, Women from Venus.

Aku letak kertas itu pada sampul surat dia dengan senang hati.







Ketika aku mahu mula berkemas. Aku perasan ada kelibat dia berhampiran dengan aku. Habis aku berkemas dia datang rapat dan tanya bagaimana perasaan aku tentang kejadian lalu. Aku dengan senyuman, "Tak apa, tak kisah pun,". Aku mampu kata sebegini sebab aku dah tulis semua perasaan marah aku pada kertas.

Andaikata, aku marah tak tentu hala? Owh, manusia kejam jadinya. Orang kejam meletak sesuatu pada sesuatu yang bukan, kan?

Kejadian dalam lif. Sebelum terjadinya episod dia meminta maaf.

Aku masuk dalam lif. Tak ingat dengan siapa aku naik. Secara tak sengaja dia pun masuk dalam lif itu. Dia mulakan perbualan. Biasalah, perempuan akan tanya benda 'simple' sebagai respon adanya manusia dalam lif itu, apatah lagi orang itu dikenali.

Tak ingat dia tanya apa, kami jawab dengan sepatah perkataan. Balasan dari soalan dia yang separa panjang. Biadap ke? Aku rasa amat biadap sekali. Sebab aku tak boleh tengok muka dia ketika itu, marah aku tak hilang lagi ketika ini. Masa aku jawab soalan dia pun, aku pandang kaki.

Jangan lupa eye-contact penting untuk bicara dengan perempuan. (aku tak boleh tenung mata perempuan lama-lama!)

Aku rasa bersalah pula jawab macam nak tak nak. Aku tengok muka dia, muka dia penuh macam mengesyaki yang kami seolah-olah tak layan dia.

Aku pandang dia, aku senyum. Aku tanya pasal filem-filem yang bakal keluar di wayang. Bermulalah, sambung menyambung bicara tadi.

Tak sangka, aku manusia HIPOKRIT ketika ini kan?

Moralnya, maafkan semua orang. Senang kita nak bertutur dengan orang, tak payah jadi manusia hipokrit macam aku. Kan elok kalau semua manusia tak ada sifat dendam.

1 ulasan:

Gee berkata...

btol ke berkesan tulis dlm paper je perasaan marah tu? nk try la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...