Sabtu, September 13, 2008

Sempit dan menyempit...

Rujuk kamus bahasa, kamu tahu apa maksudnya.
Ah, tak perlu. Kamu sudah tahu apa maksudnya.
Sempit. Dan menyempit. 2 benda berbeza bukan. Ini berlaku Jumaat semalam. Aku tulis entri ini pada malam Sabtu. Adat menyempit.
Jarang aku datang seawal ke masjid Itaewon, untuk solat Jumaat. Pukul 11.30 aku dah ada dalam ruang masjid, dengan karpet empuk berwarna kelabu dan bunyi kipas serta penghawa dingin memecah kesunyian masjid. Aku duduklah 3 saf dari belakang masjid. Jangan fikir masjid ini seluas masjid negara atau masjid Shah Alam. Kecil sahaja.
Aku duduk beriktikaf sambil ayat suci Al-Quran di tangan aku. Duduk dan baca.
Dalam minit kemudian ada seorang lelaki, kurus dan memakai kemeja coklat. Duduk dalam jarak setengah meter dari aku. Tak jadi masalah sebenarnya sehinggalah kawan dia sebangsa dengan dia datang. Depan aku, banyak lagi saf kosong apatah lagi di belakang.

Apa yang berlaku sebenarnya?
Dengan susah payah dia menyelit antara aku dan kawan dia. Aku tengah sedap membaca (bacaan aku tak adalah sedap, cuma perasaan sedap membaca), dia dengan rakus menyelit-nyelit. Aku tak faham 'fi il' manusia sebegini yang tak nampak erti luas di hadapan ataupun di belakang. Dah menyelit, berborak lebat pula. Aduh. Sabar Mohd Adib, bulan puasa. Dugaan barangkali.

Aku dengan rasa bingung dengan apa berlaku aku bergerak 5 saf kehadapan. Menyambung kembali tugasku tadi. Elok baca Al-Quran bulan puasa, bertambah-tambah nikmatnya. Dah nak semakin masuk waktu Zohor, maka bertambahlah manusia memenuhi ruang masjid. Dan ada menyempit memang berlaku disini memandangkan masjid ini kecil dan ramai warga asing lain datang. Seluruh pelusuk dunia katakan.

Macam ini pula yang berlaku. Sebelah kanan aku ada seorang manusia dan tiang, sebelah kiri aku pula 2 orang berbangsa Indonesia. Kita serumpun! Ceh. Bukan itu ceritanya. Jarak aku dan manusia disebelah kanan hanya beberapa sentimeter. Tak sampai pun 30 sentimeter. Aku ulang balik, TAK SAMPAI PUN!

Ada lelaki dalam lingkungan 50 tahun, berjambang lebat, rambut sudah putih semuanya. Dia pandang kiri, kanan. Dia letak kaki. 2 belah kaki celahan tadi. Pap, pap, pap. Dia duduk seperti duduk antara 2 sujud. Apa lagi, aku yang duduk menyila terangkat sebelah, hilang kestabilan. Aku lihat sebelah.

"Huh, dah lah besar badan, aku kecil je. Sedap menyempit," protesku.

Aku bergerak 5 saf kehadapan. Seperti tadi aku masih bingung. Saf hadapan punyalah kosong. Kalau nak baring pun boleh. Aku duduk kembali, lupakan niat mengomel dalam hati. Dah nak solat, aku gerak kehadapan untuk memenuhi ruang hadapan. Aku beralih saf entah berapa kali.

Tapi nak tahu apa yang berlaku. Aku berada di saf ketiga, hampir belakang imam. Jarang sekali aku ada disini.

Moralnya, ada hikmah setiap apa yang berlaku. Cuma perlu berfikir kenapa ianya berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...