Jumaat, September 12, 2008

Semakin Kerap Aku Menaip!


Ya, itulah yang berlaku kepada aku.
Semakin kerap aku menaip.
Ah, peduli apa orang baca ke tidak.
Blog aku, aku punya sukalah.
Ceh, macam memberontak pula.
Dah sejak kebelakangan ini.
Aku banyak masa untuk aku mengarang.
Karangan yang tiada tema dan mesej.
Hanya kata-kata bercerita apa disekeliling.
Owh, itu hebat. Itu indah.
Itu cantik. Itu aneh.
Aku luahkan dalam bait kata yang tidak seberapa.
Sebelum aku kehilangan idea...
Aku terus menaip.
Aku tak bosan beromongan.
Omongan yang tidak memerlukan teman bicara.
Hanya sekadar pendapat peribadi tentang suatu peristiwa.
Aku menunggu buku yang aku tempah.
Buku yang melengkapkan buah fikiran John Gray.
Tapi bila mahu sampai?
Lagu beralun, semuanya dari iTunes Library.
Enggan mendengar radio Malaysia.
Takut tersentuh hati mendengar lagu raya.
Bukan aku nak meraung sebab lara kesedihan.
Tapi memandang nikmat raya itu sudah tiada.
Apatah lagi puasa disini.
Ha, dah banyak pula aku menaip.
Lupa pula, lagi 3 entri.
Jumlah entri genap seratus.
Kalau tidak silap, rasanya.
Angka seratus? Apa simbolnya?
Kalau umur, simbol semakin tua.
Kalau markah, itu adalah kesempurnaan.
Tua dan sempurna?
Owh, tidak sesuai, barangkali.
Cuma simbol sudah seratus kali aku menaip.
Alhamdulillah.
Nikmat tangan aku menaip.
Akal fikiran yang tidak berhenti mencurah isinya.
Aku berhenti sekejap.
...
Kabur, kabur.
Dah tiada apa nak diperkatakan.
Macam mana mahu menulis novel?
Sampai ditengah jalan aku sudah berhenti?
Itu harapan aku sebelum graduasi.
Ingin menulis novel.
Apakah temanya?
ENTAH!
Apa yang aku suka dan aku mahulah!

Aku berhenti sampai disini.
Beri laluan diri melabuh tirai malam.
Menanti sahur yang suram.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...