Rabu, September 10, 2008

Manusia yang COOL!

Tak tahu apa aku nak katakan hari ini. Bulan puasa memang mencabar. Apatah lagi ambil kelas Pendidikan Jasmani (PJ) atau nama kelas ini di Korea, Senghwal Sport. Padan muka, ambil kelas pagi. Aku punya lalok untuk kelas pembelajaran mengenai kawalan sensor, suis dan litar. Aku cuma ingat sikit-sikit itupun dengan bantuan kawan aku didepan. Rugi hari ini.

Tapi aku rasa seronok untuk hari semalam. Aku belajar bahasa Jepun. Bahasa negara seteru Korea dan bangsa yang hebat dikala Perang Dunia Kedua. Seperti aku cakap aku ambil kelas ini tanpa mengira jam kredit aku, jadi pelajar 'gelap' dalam kelas. Ada ke tak, tak penting. Cuma niat aku nak belajar bahasa yang memenuhi komik dan animasi kegemaranku.

Hirakana, katagana. Tapi aku rasa macam COOL habis. Belajar bahasa Jepun dengan menggunakan bahasa Korea. Macam mana nak terangkan? Macam ini. Kalau di Malaysia aku belajar bahasa Inggeris menggunakan kepahaman aku dalam bahasa Melayu. Tapi untuk bahasa Jepun adalah lain. Sampai ke tahap macam ini aku pergi. Tak pernah aku fikir masa aku di bangku sekolah menengah.

Aku belajar bahasa ini pun saja-saja. Memandangkan semester akhir aku yang serabut dengan ABEEK, aku nak enjoy semester akhir diploma aku dengan masuk kelas yang tak sepatut aku ambil, macam bahasa Jepun ini.

Dan aku cuba bertindak tidak gelabah mengenai isu ABEEK yang hangat dan populis dikalangan pelajar JPA. Aku COOL? Tak, cuma berlagak sebagai manusia yang COOL. Gelabah mana pun kita merancang jadual kelas kita semata-mata nak 'transfer subject' ke universiti, Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita. Dia yang sebaik-baiknya merancang....

(Aku pasrah dengan ABEEK ini!)

3 ulasan:

Em Berg berkata...

kalo gitu aku pon cool gak...
COOL!!~~

Tanpa Nama berkata...

cool jgk doe~hehe

Tanpa Nama berkata...

its gud to learn new language..
keep it up ya!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...