Isnin, September 08, 2008

Aku Terlalu Melayan Perasaan (Kembalilah Ke Dunia Nyata!)

Tak tahu apa pasal sukar hendak melelapkan mata. Pukul 12.20, aku cuba tutup muka. Habis selubung badan aku dengan 'blanket' berwarna ungu. Malam ini terasa panas. Disebabkan PANAS aku tak boleh tidur?

Aku pusing kiri, kanan. Kanan aku ada baju. Kiri aku ada segala kertas pujukan rayu untuk memanggil aku ke universiti mereka. Apalah sangat nilai otak aku. Memang menjadi isu yang tak habis sampai suatu masa nanti. Nak masuk universiti mana, mana tempat terbaik aku mencampakkan diri aku. Disebabkan masalah PEMILIHAN UNIVERSITI aku tak boleh tidur?

Aku pasang lampu meja. Aku letak disebelah tilam aku. Aku buka buku bahasa Jepun. Penuh tulisan yang aku tahu beberapa patah sahaja. Sepatutnya aku sudah hafal setiap tulisan Hiragana. Semua untuk persiapan kelas bahasa Jepun yang aku gatalkan diri nak ambil walaupun tidak meletakkan nama sebagai pelajar rasmi kelas itu. Maksud lain, masuk sekadar nak tahu walaupun dikhabarkan cikgu itu lawa. Disebabkan TULISAN HIRAGANA aku tak boleh tidur?

Tapi aku sudah tahu kenapa aku tak boleh tidur. Cuma aku nak nafikan sebab faktor itu aku tak boleh tidur. Nak tahu apa dia? Drama "Kekasihku Seru". Mungkin aku tak keluar malam kalau aku menonton drama ini di Malaysia. Owh...nikmat tidur malam sudah hilang malam ini.

Ke aku yang terlalu melayan perasaan. Aku berharap aku kembali ke dunia nyata. Dunia aku yang bakal sibuk dengan buku yang 98 peratus dipenuhi tulisan Korea. Tiada makhluk halus di bulan Ramadhan, tapi aku merasakan mereka ada.

Aku memang terlalu melayan perasaan. Aku ingin lihat benda yang gembira. Ini aku katakan gembira pada pukul 3 pagi. Tarian Kim Jong Kook dan Ha Ha.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...