Rabu, September 17, 2008

100: Terbaik Atau Tertua?

Gusar apa yang aku mahu katakan untuk entri yang ke-seratus.
Hendak bercerita tentang diri sendiri, aku banyak menghabiskan masa dengan tidur. Gara-gara kepenatan bermain futsal dimalam hari. Kali ini aku mendapat kesakitan pada tempat yang ditakuti oleh karier bola sepak profesional, tapi aku bukan di tahap itu.
Lutut aku sakit.
Risau kalau-kalau kepala lutut aku lari macam adik perempuan aku.
Dia lagilah, sprinter 100 meter. Tapi boleh berlari selaju dari aku. Spesialnya, ada kepala lutut yang boleh berubah kedudukan. Seram rasanya.
Kalau lebih seminggu lutut aku berada dalam keadaan sedemikian, aku ucapkan salam kepada bola sepak. Mungkin lepas ini aku hanya bermain Black Jack di bilik sahaja

(Tunduk kepada kekecewaan...)

Aku mengemop lantai rumah, gosok lantai tandas.
Angin apa yang membawa aku memegang mop. Bila aku mop sana, mop sini, fikiran aku meracau ke Malaysia. Apa yang berlaku kalau malam raya di sana? Apa yang aku selalu lakukan ketika aku di sana pada malam raya? Dah 3 tahun lebih aku merindui suasana itu. Aku abaikan ucapan tanniah kepada ruang hitam si Dandelinoid yang menerima entri keseratus.

Seperti aku katakan sebelum ini, kalau umur seratus, ia semakin tua, kalau markah itu seratus itu adalah kesempurnaan. Apa lagi yang boleh ditakrifkan dengan seratus?
Tiba-tiba telefon bimbit yang aku letak tersorok dalam guni hijau aku memberi isyarat ada orang menghantar SMS.

"Siapa pula yang hantar malam begini?"

Aku cari-cari. Maklumlah guni ini tak berpoket, ada poket kecil tapi sudah aku penuhi dengan pemadam. Di bawah timbunan buku Il-Bo-No (Japan Language), aku menjumpainya.

Quote dari seseorang:

"A thought of you came into my mind...
Wondering if you are fine...
Hoping that angels would be guarding you every moment...
May you always be blessed..."


Entri yang keseratus, bukan penghujungnya kerana penghujungnya adalah kematian.

3 ulasan:

miss berkata...

hoho

eM-BerG berkata...

nice one adeep.. aku sker penulisan ko.. teknik penceritaan yg unik
paper pon aku sokong maen blackjack jer.. xyah turun maen bola.. xpon bola pakai jari

- e k a - berkata...

ayat ending yg best seh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...